English vs Maths

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

today, macam biasa, aku tunggu 8.30 ke atas untuk mandi and start tuition class.  rashikah ngan rozana macam dah tak berminat je. biala. aku buat pun sekadar mengisi masa lapang. nak datang datang. tak nak datang pun tak pe. tak paksa. maybe masalah transportation masalah utama.

asalnya aku suh shaima ngan erina bawak buku latihan matematik dorang and buat depan aku. then, i noticed that erina ni tak ingat agi sifir. masalah besar ni. shaima buat soalan yang dah ada dalam buku latihan matematik dia. hari ni bertambah lagi student aku iaitu nabil afiq, anak sepupu aku. best budak ni. dia baru darjah satu. tak belajar lagi sifir, darab, bahagi rasanya, tapi bila aku ajar dia cara nak hafal sifir 2, alhamdulillah. dia boleh je faham slow slow. bagi aku better dia belajar benda lain time ngan aku sebab rugi la kalau ajar benda sama je. berjurus tol budak ni. time dia datang rumah aku semalam, aku suruh solat maghrib pun dia ikut je. dia solat ngan shazim. benda macam kat bawah ni benda yang aku suruh dia ngan ngan hana tulis and they made it on the first day. well done !!! :)

1 x 2 = 2
2 x 2 = 2 + 2 = 4
3 x 2 = 2+ 2 + 2 = 6
dan seterusnya sampai 12 x 2 = 24

alhamdulillah setakat ni, students aku sume bijak, intelligent, wise. tak kira la english, maths, sume la. aku harap dorang berjaya. hehe. buat yang dah dewasa sikit tu aku suruh hafal sifir je, syakir sifir 6, hana sifir 4, erina sifir 4. sifir ni penting. kalau tak ingat, sampai universiti la kita nak selesaikan problem solving question tu susah. so sebagai cikgu maths yang tak bertauliah, aku suruh je dorang hafal sifir. kira dictator jugak la aku pagi ni. aku aplikasikan method yang cikgu ong ai guat yakni cikgu maths aku dulu guna. yang aku tak guna hanyalah rotan or pembaris. yes!!! paksa hafal and soal face to face is the best solution for students yang malas nak hafal sifir. padan muka dorang. hasilnya, dorang dah cair untuk sifir masing-masing hari ni. minggu depan sifir lain pulak. hehe. aku harap habis je bulan disember ni, sifir 1 hingga 12 tu dah cair la dalam otak dorang walaupun teacher dorang sendiri pun tekan calculator nak kira 2 darab 2. haha

dalam kul 10 gitu aku dok layan citer pinokio dalam slot dongeng kat astro ria. pinokio tu jahat, tak kenang budi, kesian betul aku tengok ayah tua dia. dah la miskin, tup tup anak patung kayu dia pulak buat hal itu ini. pening kepala orang tua tu. yang paling tak menahan time orang tua tu jatuh dalam hujan kena langgar ngan motor. nak nangis tapi aku cover macho la. eh. emo lak aku. tiba-tiba abang sahir datang bawak anak dia, shazim. rupa-rupanya, shazim pun datang nak belajar jugak. bila aku cakap kelas dah tamat, nangis budak tu. alahai cute!!! aku cakap kat dia boleh je nak buat kelas sekarang, tapi budak kecik cenonet tu dah malu kot sebab dia terdatang lambat. abang sahir pun satu, nape tak tanya dulu kelas start kul bape. dah dekat seminggu dah pun. dah dua hari kelas start pukul 9. kesian shazim. esok la teacher muja ajar shazim k :D

esok nak ajar English balik sebab shaima cakap nak belajar English bila aku tanya dia. maybe dia tahu aku tak tau nak ajar apa kalau pasal maths. aku hanya boleh jawab apabila dorang ada soalan yang dorang tak reti nak jawab. tu je. kesian dorang kan. masa dengan aku tu tak leh diguna to the optimum kot. so, tomorrow back to English balik.

doakan dorang berjaya k.. my first batch students.


Comments

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus