Menyesal Jauh Sekali


Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Banyak masanya kita menyesal pada masa kini
Apabila masa yang lampau dikenang kembali
Teringat masa yang yang dibiarkan menjadi rugi
Mulalah berharap masa boleh diputarkan sekali lagi

Menyesal tidak mungkin kulakukan sekali kali
Kerana tiada faedahnya untuk kita menyesali
Perkara yang sudah berlaku memang sudah hakiki
Peluang untuk mengubahnya tiada lagi

Yang kita mampu kita kenangkan adalah masa lalu
Masa kini pula kita manfaatkan dengan penuh jitu
Doakan selalu masa depan yang cerah tanpa asap kelabu
Doakan kita selamat di dunia dan akhirat itu tentu

Semuanya mengenai masa kini dan masa depan
Masa lalu hanya boleh dijadikan pengajaran
Yang mana boleh dan tidak boleh dilakukan
Kelak di akhirat insya Allah mendapat ganjaran

Yang baik kita manfaatkan
Yang jijik kita elakkan
Yang menekan kita lepaskan
Yang rapat kita eratkan

Comments

  1. Menyesal pun x guna, sbb yg berlalu akan terus berlalu.. apa yg penting,


    Yang baik kita manfaatkan
    Yang jijik kita elakkan
    Yang menekan kita lepaskan
    Yang rapat kita eratkan..

    :)

    ReplyDelete
  2. menarik!! =)

    pesanan buat semua di malam hari..

    ReplyDelete
  3. masa yg telah ber;a;u xkan dpt diputar kembali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kucha.. Just boleh jadikan pengajaran je..

      Delete
  4. Jgn sesekali ada rasa sesal...kerana itu bisikan syaitan utk mnyatakan kita tak redha dgn aturan Allah... Redha is the best way...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus