Kelas Tambahan Bahasa Inggeris Di Kampung Tersayangku
ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.
Kelengkapan kami sederhana sahaja, kami gembira :) |
Serasanya bagaikan nak menyerah kalah dalam dunia blogging ini apabila entry paling banyak pageview di blog ini terpaksa didelete atas sebab tertentu. Last entry pasal fraud clicks yang banyak berlaku semenjak 8Share mula terkenal tahun ini.
Tak pelah. Kisah sedih kita lupakan dulu. Kali ini Muja nak bercerita tentang aktiviti utama yang Muja lakukan sepanjang cuti sekolah tahun ni. Seriously, tak de perancangan sangat tetapi because of my beloved father, it just happened. Macam biasa, Muja memang focus kepada Grammar.
I taught English subject for the second year to my new students. Kali ni, it is just more and more memorable sebab i had a lot of students and we had our class at my aunt's house in my village. Abah yang suggest. Tak sampai seminggu bercuti terus buat kelas. Abah ni tak menyabau betul.
Mulanya, kelas ni nak diadakan di rumah baru Muja but we changed place sebab susah dengan proses bagi kunci rumah. Dedua pak cik ngan mak cik Muja yang tinggal kat situ kerja. So, kita pun buat kat rumah Mak Long yang ada beranda besar tu. Angin fuu fuhh bertiup. Lagi best. HEHE
Pelajar yang walau kena marah, masih mampu tersenyum. Marah tanda sayang k.. :) |
Muja tak kira pun jumlah mereka ni. Pernah satu masa tu sampai 30 pelajar. Sambutan memang menakjubkan sangat. Tak sangka. Pengaruh abah la ni. Honestly, Muja sendiri sangat respect ngan my students yang sudi menghadiri kelas tambahan semasa cuti ini. Rajin bebenor.
Lain sungguh dengan teacher mereka sebab masa Muja dulu, tak denye Muja nak spend my holiday attending classes. Even masa tahun SPM pun, Muja tak bawak balik satu buku pun masa cuti dua minggu. For me, it is a waste of holiday time, but not for them. Great students! :D
Pakaian Teacher Muja tetiap hari mengajar selalunya selekeh. Kalau tak silap adalah sekali pakai baju kurung. Yang banyaknya pakai jeans, shirt dan sweater. Tak tahu la kenapa tak leh nak apply sangat apa yang orang selalu kata; cikgu suka melawa. Tittew tak lawa. :'(
Mereka ni ternyata jauh lagi rajin daripada teacher mereka yang pemalas amat. Sabau jelaa,,, |
Apabila mengajar pelajar yang agak ramai ini, Teacher Muja banyak menimba pengalaman baru. Terutama tentang cara menarik perhatian para pelajar. Lebih lagi berbanding dengan kelas yang Muja buat tahun lepas. Pelajar sikit, keliling meja. Senang nak kawal berbanding dengan tahun ini.
Cara Menarik Perhatian Pelajar Untuk Belajar
1. Cikgu perlu mempunyai lontaran suara yang kuat dan jelas supaya pelajar dapat mendengar penerangan guru dengan baik dan cikgu juga tidak perlu mengulang berkali-kali
2. Cikgu perlu mesra dengan pelajar untuk mengelakkan para pelajar berasa takut dengan cikgu mereka. Pelajar perlu rasa selesa dengan cikgu yang mengajarnya.
3. Cikgu perlu merangsang pelajar untuk belajar dengan cara yang aktif seperti dengan memberikan klu, bukan dengan memberi jawapan secara terus.
Khusyuk ke idok, cek sendiri enggak tahu. Moga masuklah dalam fikiran apa yang diajar. Amiin |
Disebabkan pelajar yang hadir agak ramai, Muja tidak boleh buat macam tahun lepas. Dulu tulis atas meja, bagi students copy. Tahun ni papan putih pun letak atas kerusi. Ramai yang nak tengok. Saiz papan putih pun besar dah tahun ni. Terima kasih untuk Cikgu Aya tukang sponsor. Ekekeke.
Teknik Mengajar Yang Digunakan Sepanjang Kelas Tambahan
1. Penerangan secara terperinci tentang tatabahasa Bahasa Inggeris beserta contoh (Grammar)
2. Sesi menjawab soalan bagi setiap topik setiap kali habis sesebuh topik. Uji kefahaman.
3. Menggunakan bahasa tubuh atau signal apabila mereka menanyakan maksud sesebuah perkataan
4. Terjemahan terus dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Jimat masa tapi tak mencabar.
5. Perbincangan dalam kumpulan dalam kalangan pelajar. Buka kamus dan usaha jawab soalan.
santai sahaja kelas kami. selesalah bagi kami :D |
Peristiwa Menarik Sepanjang Kelas Tambahan Diadakan Tahun Ini
1. Naufal, pelajar darjah dua yang berani mati join kelas tambahan tahap dua menangis sebab tak sempat habiskan menulis soalan. I understand him. Dia menulis agak slow. Darjah dua kan. Kawan lak semua dah nak balik masa tu. Tension jadinya. Kesian dia. Ekekekeke
2. Atirah, pelajar darjah dua bertanya soalan berani mati gak; apa yang Muja ajar tu untuk darjah berapa. Alahai, padahal Muja dah beritahu kelas tu untuk darjah 4, 5, dan 6. Muja pun cakap la dia tak perlu berasa takut ke hape and dia sepatutnya bangga apabila advance daripada orang lain.
3. Dua orang pelajar lelaki yang tak nak dengar cakap. Orang mintak baca after Muja pun dia tak nak, terasa hati pun ada jugak. But alhamdulillah, lepas few days, ada yang mula berani bersuara. It is a big achievement for me. Seriously, rasa happy sangat masa tu.
moga senyuman kami kekal selamanya. |
One thing about mengajar ramai pelajar, masa untuk menyiapkan tugasan agak lama. Jadi apa Muja buat dalam tempoh itu adalah Muja main je dengan dua anak sepupu cute overdose ni. Dorang macam penyeri dalam kelas kami. Si Fakih ni siap panggil Muja Cikgu Kak. Kak is my pet name.
-_-
Banyak masanya kami gelak dalam kelas dengan benda luar alam yang berlaku masa kelas. Ada masanya kucing yang ada menyorok bawah meja, tido kat situ. Ada masa kalau Muja datang awal, Muja siap tulis thing kat papan putih, Muja gi makan dulu sementara tunggu dorang tulis. Lapa... :'(
Yang ni pulak Cik Adawiah. Kalau umi dia tak de then she will be nice to me. Kalau umi dia ada, memang harapan la nak dia bermanja ngan tittew. Budak ni beauty conscious. Suka sangat nak cantik. Pakai losen bagai. Suka wangi-wangis. Baru kecik, dah anak dara nanti tak tahu laa..
Last but not least, Muja memang sangat berharap agar kelas tambahan yang kami adakan sepanjang cuti tahun ni tidak akan jadi sia-sia. Moga ilmu mereka bertambah dan moga semua peserta akan menggunakan ilmu itu dalam kelas di sekolah tahun depan dan pada masa depan. Amiin
Gambar hari last. Ramai yang malas join pun join bergambar. Tak malu punya budak :P |
To my students,
I really love you. Please, do your best in your life. Please, use the knowledge I've given you. I will pray for your success. Love you all. :')
Ps- Sesiapa yang nak dapatkan Vitamin C Pahang Pharma boleh contact Muja k. Wassalaam ;)
Never give up... Be strong cikgu..
ReplyDeleteBtw, comel budak2 semua tu.. :)
mungkin ada berjangkit comel ngan ticer dia,,, haha
DeleteCantiknyaa cikgu mujaaa. Hahaha .. Keep it up..
ReplyDeleteadess,, cikgu muja selekeh pun cantik ke -_-
Deleteterbaekk.. didik anak bangsa.. :D
ReplyDeleteinsya ALLAH.. :)
Deletesweet aje muja ni.ramai nyee anak murid..tgk muja mcm akrab sgt ngn student..mst ramai ske muja ;)
ReplyDeleteharap harapnya dorang tak fobia,, haha
DeleteTerbaiklah Muja. Proud with u.
ReplyDeletetq tq :D
Deleteterbaik muja...banyak jasa tu tuk orang kampung..semoga terus sukses dan teruskan usaha macam ni mendidik anak bangsa
ReplyDeleteNak belajar english dengan teacher muja jugak boley? :)
ReplyDeletebagusnya muja ni. teruskan usaha murni ye :)
ReplyDeletecikgu saya pun nak join belajar english..saya punyer english tak berapa bagus..huhuhu
ReplyDeleteNak jadi student tua Muja boleh> Penguasaan bahasa Inggeris masih lagi lemah.
ReplyDelete