Nik dengan Muja Dah Kahwin Hooiii!!!
Nik dengan Muja Kahwin Dah Hooiii | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Apalah sangat nak tulis untuk majlis akad nikah ni kan, gambar jela mampu ditempek. Tu pun lepas gigih mengedit tak nak kasi korang muntah tengok pengantin tak berapa lawa macam iols. Yelah, iols bukan pengantin baru cantik jelita Hazanis. Selamat pengantin baru beb. Muahxxx!!! Oh ye, ingat tak sebab-sebab aku nak kahwin awal? Baca k. :P
7 Januari 2014: Perkenalan kami
7 Jun 2014: Keluarga Nik datang merisik
30 Julai 2014: Majlis pertunangan di rumah Muja
5 Jun 2015: Akad nikah di rumah Muja
6 Jun 2015: Majlis kesyukuran di rumah Muja
8 Jun 2015: Majlis sambut menantu di rumah Nik
Tarikh pun dekat sama je sebab semua time cuti sekolah. Dedua cikgulah katakan. Kih3
Ecececeyy. Dah berani bahu ke bahu dah sekarang. Kui3 |
Jumaat, 5/6/2015. Ramai sangat kahwin tarikh ni termasuklah Hanis Zalikha. Bangga sikit di situ. Kata orang sebab tarikh ni cantik. Photographer memang fully booked. Kalau last minute memang tak dapat. Kitorang pula pilih tarikh ni sebab masa ni cuti sekolah. Memula nak buat 6 Jun 2015. Cadangnya nak akad nikah pagi, majlis petang. Tapi, mak Nik takut kalut pulak. So, awallah sehari aku jadi bini. Jumaat pun macam hari elok. Aku hokey. Janji kami kahwin! :P
Kalau tak de yang pakai baju biru tudung pink, aku tak lahir Kalau tak de yang pakai songkok baju biru, aku tak leh kawin. Dedua penting. Ekekekee. |
Honestly speaking, sebelum kahwin, dugaannya teramat banyak. Jangan tak percaya sebab ini kebenaran semata. Kami bertunang dekat setahun and it was not easy! Duduk jauh-jauh. Yang ada cuma komunikasi. Berjumpa mata sekali sekala pun payah. Masalah kewangan lagi. Bayangkanlah sebulan sebelum kahwin, hampir-hampir jugak runtuh masjid kitorang sebelum terbina. Salah faham, keletihan, emosional. Gabungan semua tu memang buat kitorang tertekan. Tapi,
BERTAHANLAH!!!
Nilah orang kuat majlis kahwin aku. My beloved family. |
Berapa kali lafaz baru boleh angkat tangan camni? Koranglah teka. :P |
Bertabahlah semua yang bakal mendirikan rumah tangga. Anggaplah segala ujian itu sekadar tornado. Berbahaya, tapi pasti berlalu. Semua yang buruk tu cara syaitan tak kasi kita kahwin. Berkahwin ni terlalu banyak nikmatnya. Taraf ibadat si bujang dengan si berkahwin pun dah lain tahu. Tu yang iblis tak nak kita kahwin. Takkanlah kita nak mengalah pada dorang pulakkan? Kita ni kan sebaik-baik umat. Malulah kalau kalah dengan dorang. Don't ever give up your spouse!!! Hold strong!!! As long as dia tak de orang lain tu, kira ok la. Masalah lain tu, pejam mata jelah.
Ceyhhh. Malu cenggini kekal 5 minit je. -_- |
Lepas tu, dah start nak jenjeling dah. |
Our first handshake. Mohon nampak dengan mata hati betapa nervousnya aku masa ni. |
Alhamdulillah. :') |
Dengan rendah dirinya, aku mintak sangat doakan kami dan keluarga yang kami bina. Mohon doakan kami akan berbahagia sehingga ke syurga, diberikan kekuatan luar biasa menghadapai tornado rumah tangga, dikurniakan zuriat soleh solehah yang mampu membantu kami apabila kami sudah di alam kubur, dan perkara-perkara baik je berlaku dalam hidup kami. Berharap sungguh-sungguh nih. :')
Akhir kata, terima kasih aku ucapkan untuk semua yang dah membantu menjayakan majlis perkahwinan aku nih. Dari persediaan sebelum, semasa dan selepas kahwin, ramai betul membantu. Umi abah, keluarga, kaum kerabat, sahabat handai, catering, wedding planner, photographer, tetamu, dan keluarga suami aku. Semualah yang aku tak tertulis kat sini ke. Semua ye. Jangan ada yang nak tacim lak. Aku luku sorang-sorang kang.
Sekeping gambar sanding yang masih sanggup aku share. Kening pelik. Mata pelik. Dont have the heart to share more. T_T |
Insya Allah. Bila korang doakan kami, doa tu terpalit kat korang balik tahu. Aku kat sini dah sedia mengaminkan. Wassalaam. :)
Allah, cantikkknyaa... tahniahh. Mogaa bahagia ke akhir hayat :)
ReplyDeleteterima kasih sis.. :)
Deleteakak pun nikah pada 5.6.2015...hehehe tahniah
ReplyDeletelaaaaa.. kita geng! :)
Deletetahniah muja..selamat pengantin baru. sangat lawa dear :)
ReplyDeleteterima kasih. :)
DeleteTahniah muja ramai blogger kawin tahun ni termasuk saya haha..
ReplyDeleteterima kasih and tahniah jugak. :)
Deletetahniah muja & husband .. :D
ReplyDeleteolololooo.. thank you. :)
Deletecantik nye cikgu nie.. eheheh.. seri pengantin la kata kan.. tahniah ye.. selamat pengantin baru
ReplyDeleteeh.. biasa biasa aja.. tq.. :)
Deletetahniah buat nik dan muja, semoga berbahagia hingga syurga,lama dah kak ana tunggu entri penuh wedding nik-muja.
ReplyDeleteterima kasih.. tahniah penantian kak ana sudah berakhir.. hehee
Deletetahniah muja, larrr, dah kawen rupanya, hehehe ~ tahniah nasib baik lah CP duk korek gak entry-entry lama..CP pun sedang menanti masa, in shaa ALLAH, doakan :D
ReplyDeleteinsya Allah cp.. baru je.. hari genap dua bulan.. heheheee
Delete