Diari Hamil Muja- 2 Cara Urutan Mudah Untuk Masalah Perut Kembung Bayi

2 Cara Urutan Mudah Untuk Masalah Perut Kembung Bayi| Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Macam yang aku pernah bagitahu, aku sekarang dalam proses belajar cara jadi seorang ibu. Walaupun tak mungkin jadi sempurna, the least I can be is the best Mummy for my child. Tak tahu nak letak him or her lagi sebab tak scan lagi. Sabar ye. Nanti aku share pengalaman scan jantina my first baby ni. :D

Baca juga:
- Berat Turun Semasa Hamil
- Ujian Prenatal dan Antenatal
- Cara Untuk Tahu Kita Hamil

Antara akaun Facebook yang aku follow untuk dapatkan tips menjadi ibu mestilah Facebook Nik Nur Adilin. Boleh  panggil Mummy Lin or Kak Lin. Mesra dan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dan pengalaman menjadi mummy to her first baby. Ilmu bisnes pun ada. Korang kena follow sebab Kak Lin sangat memahami perasaan first timers macam iols ni. Yelah, dia pun first time juga kan.

Urutan Yang Betul Untuk Mengatasi Masalah Perut Kembung Bayi


Masalah biasa yang aku selalu dengar pasal baby adalah perut kembung kerana susah untuk kentut dan berak. Mungkin pada permulaan berada di luar perut ibu, bayi belum biasa dengan susu dan sistem penghadaman pun masih baru.

Jadi, kita sebagai ibu mithali kena tolong bayi dengan untuk keluarkan angin dan najis supaya bayi tidak menangis kerana perut tidak selesa. Apabila sudah keluar semua, selesailah masalah perut kembung. Kalau kita tahu caranya, kita juga senang. Tak de lah bayi menangis sebab perut meragam.

Bila bayi selesa, ibu pun ceria. Jadi, jom belajar cara urutan untuk bagi perut bayi kita selesa dan boleh kentut dan membuang puas-puas.

1. Urutan 'I LOVE YOU'

.
urutan bayi, cara mengatasi masalah perut kembung bayi, cara buat bayi kentut dan berak

Cara pertama, sapukan apa-apa jenis minyak bayi pada perut baby sambil membuat urutan 'I Love You'. Amboi, nama urutan pun dan chia chia chia.

Langkah pertama, buat gerakan seperti huruf 'I' dari atas ke bawah di sebelah kiri perut bayi.
Langkah kedua, buat gerakan huruf 'L' terbalik,
Langkah terakhir, buat gerakan huruf 'U' terbalik.

Ulang setiap gerakan uruan I Love You ini beberapa kali sehingga puas hati. Dingatkan, urut secara perlahan-lahan tanpa menekan perut bayi yang masih lembut dan sensitif.

Antara minyak bayi yang elok Minyak Bebe Anugerah. Selain itu, Minyak Bidara yang ada kandungan kayu putih juga elok untuk buat bayi kentut dan berak.

2. Urutan Tapak Kaki



urutan bayi, cara mengurut bayi, cara atasi masalah bayi perut kembung

Cara kedua untuk membuat bayi kentut dan berat adalah 'Urutan Tapak Kaki'. Urutan tapak kaki boleh dilakukan selepas membuat urutan I Love You.

urutan bayi, cara mengurut bayi, urutan untuk perut kembung bayi
Bulan merah menunjukkan lekuk pada tapak kaki bayi yang dalam keadaan baik.

Tapak kaki bayi yang normal mempunyai lekuk di bahagian tengah. Di tengah tapak kaki itu terdapat sistem percernaan bayi. Kalau pada tapak kaki tiada lekuk, itu tandanya bayi sedang mengalami kembung perut walaupun bayi tidak menangis. Selalu-selalulah perhatikan tapak kaki bayi kalau bayi tidak membuang dalam masa yang agak lama.



Urut tapak kaki dengan lembut untuk melancarkan pengaliran darah serta mengeluarkan angin di dalam perut. Apabila kita sudah nampak tapak kaki mempunyai lekuk semula, itu tandanya kita sudah berjaya.

Apabila sudah selesai melakukan kedua-dua jenis urutan ini, insya Allah, bayi akan kentut dan berat dengan lebih senang. Jadi, bersedialah dengan pampers dan air suam untuk mandikan bayi. Selamat mencuba!

Bukti Keberkesanan 'Urutan I Love You' dan 'Urutan Tapak Kaki'


cara kurangkan masalah perut kembung bayi, cara bayi kentut dan berak


Tak sabar rasanya nak mengalami sendiri perasaan gembira dan puas hati bila berjaya memberikan yang terbaik kepada anak nanti, bila berjaya membuat anak selesa, dan bila berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak. Mesti lain macam kepuasannya. Cepatlah baby keluar dengan selamat. Amiin. :D

Doakan Mummy dan Baby Selamat Semuanya

As usual, aku dengan rendah diri memohon doa daripada semua pembaca blog aku sekalian yang ada. Mohon doakan segalanya berjalan dengan lancar. Semoga aku dapat bersalin dengan normal. Semoga bayi aku juga sentiasa sihat sejahtera. Insya Allah, doa kalian untuk aku, akan terlantun untuk kalian juga. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus