CARA MASUK SAF YANG BETUL. PENTING AMAT!

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
now,, it is not only churp2 giving us money,, blin too!!! how cool is that??? :D

aku hari ni nak kongsi ngan korang tentang cara masuk saf yang betul. selalunya kita hanya diberitahu tentang kedudukan saf yang betul kan. contohnya rapat bahu ke bahu, kaki ke kaki, lurus. so, kebanyakan kita dah tau. Tapi!! cara mula-mula nak masuk saf ada lagi yang tak tau. muja dulu pun tak tau. main hentam je ikut suka hati. bila dah semua benda baik mula or guna kanan and kiri untuk benda kotor terus ingat semua kena KANAN.. aiyaaa,,, bila nak berubah aku ni.


source
lebey kurang macam ni la kan,, yang dah biasa kita tahu,,,

contoh penggunaan kanan dan kiri

  • tangan kanan untuk makan
  • masuk masjid mula dengan kaki kanan
  • basuh kubul and dubur tangan kiri
  • masuk tandas kaki kiri
tapi kita kena ingat, 

SAF BERMULA DARI TENGAH


Soalan; Assalamualaikum Ust. Saya musykil berkenaan kedudukan saf kedua dalam solat berjemaah. Apabila saf pertama penuh, saf kedua hendaklah dimulakan dari hujung sebelah kanan imam kemudian makmum yang baru masuk hendaklah duduk sebelah kirinya atau hendaklah dimulakan dari tengah saf, iaitu bertentangan dengan kedudukan imam dan makmum yang baru masuk hendaklah duduk sebelah kanan saf dan makmum seterusnya duduk sebelah kiri secara bergilir-gilir? Tolong ust jelaskan beserta rujukannya. Terima kasih.

Jawapan

Hendaklah dimulakan dari tengah saf kerana Nabi –sallalllahu ‘alaihi wasallam- bersabda;

ÙˆَسِّØ·ُوا الْØ¥ِÙ…َامَ Ùˆَسُدُّوا الْØ®َÙ„َÙ„َ
“Jadikanlah imam berada di tengah kamu dan tutupilah kekosongan (pada saf)” (HR Imam Abu Daud dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-).

Maksud hadis ini menurut ulamak ialah; jadikanlah imam kamu di tengah-tengah saf kamu iaitu dengan kamu berdiri di belakangnya serta di sebelah kanan dan kirinya. (‘Aunul-Ma’bud, Kitab as-Solah, jil. 2, bab Maqam al-Imam min as-Saf).


SOURCE

SO,, aku harap dah tak ada dah kekeliruan pasal nak start dari kanan ke tengah k,, dah terbukti di sini,,, secara logiknya pun bila kita start dari tengah lebih memudahkan orang lain nak join kita punya saf. bayangkan kalau saf mula dari kanan, orang yang datang dari kanan terpaksa berjalan di hadapan orang yang tengah solat untuk masuk saf dari kiri. kalau dia tak melalui depan imam pulak, dia terpaksa ke belakang dah masuk dari kiri. perkara yang sangat membuang masa. sedangkan kalau start dari tengah, orang yang baru nak masuk saf boleh masuk saf dari arah mana yang lebih dekat dan memudahkan mereka.

SO,, kalau pun kita dah berada dalam saf, tapi baru bangun untuk solat, keutamaan bergerak ke tengah untuk merapatkan saf. so that, pendek la cikit baris yang hendak digerakkan. bayangkan kalau sume orang nak bergerak ke kanan, lebar masjid pulak besar gedabak, betapa panjangnya baris yang hendak digerakkan. harap korang dapat paham apa yang aku tulis ni,, sebab tulis ni tak de nada. boleh buat orang keliru.

PENERANGAN LEBIH DETAIL DI SINI

ayat berbelit kerana kurang tahu nak tulis macam mana dah,, hehe,, kalau nak tanya, boleh comment k :D

 Banner

Comments

  1. betul tu tapi ramai yang tak paham2.hmmm

    ReplyDelete
  2. pemikiran orang sekarang asyik fikir penuh kan ke kanan. tu yang susah tu.

    sakit je hati tengok ade saf yang lopong2..

    ReplyDelete
  3. thanks.. lyla mmang confuse pun pasal ni.. dri tngah lh kn..

    ReplyDelete
  4. mcm mana ya nk tegur warga emas untk rapatkn saf..dah dua kali sy solat berjemaah tp tak bersentuh bahu pun..rsa mcm solat sendiri je

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt,
    Saya nak tanya,
    Situasi ketika solat tarawih berjemaah di masjid, di saf jemaah wanita.

    Di saf wanita paling depan ada ruang yg renggang di sebelah kanan imam (tapi tak muat kalau nak masuk org lain).
    Untuk rapatkan saf, makmum perlu berganjak ke arah makmum yg mana? Ke arah kiri atau kanan?

    Maklum balas amat dihargai.

    Terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Persiapan Untuk Anak-anak Ke Sekolah; Taska dan Tadika