TOLONGLAH TOLONGLAH TOLONGLAH doakan aku berubah!

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

baru je nak tidur balik lepas solat tu, abah datang warning, eh bukan, informing that we were going to kok lanas to renew our identity cards. our???

abah: kak, siap-siaplah. buat ic hari ni.

ok. mine is lost, his is damaged. dulu aku punya pun rosak. bilala kita punya cip ni nak berkualiti. so, mandi pagi la aku hari ni. salu mandi pagi aku jamakkan je dengan tengah hari, time nak solat zohor. sekadar ingin jimatkan air. tak salahkan? mm sedih lak mengenangkan hidupku bertemankan air keruh akibat hujan.

umi pulak datang: kak, jom gi makan.

aku tak gi. abah gi dating dulu ngan umi kat kedai. makan pagi sama-sama time cuti adalah rutin. hanya itu yang buat aku rasa abah romantik. kebanyakan masa lain, sekadar menjadi suami yang menyayangi di hati, tidak dikongsi. never mind. simpanlah cinta di hati sendiri. hanya yang bercinta akan memahami. adess. terjiwang.

lamanya tak amik gambar. so snap muka yang akan masuk di ic jap agi

alhamdulillah, setelah kali ketiga keluar rumah dengan harapan nak buat ic, hari ni telah berjaya. ok. bagus. rasa tenang sangat di jiwa.

mesej dihantar kepada ida: aku dah otw balik ni. siap2 la.

dalam kul 10 gerak gi kb dengan ida. on the way dengan teksi, aku excited giler. nak beli hp hari ni. kih3. hp apa masih belum terlintas di fikiran. entah la. aku memang main tengok dan beli.
sampai je kat kb mall, masuk je terjah burger king yang baru bukak yang dah amik tempat a&w di kb mall. dasar jakun. yup, today was the first time i tasted the delicious burger king burger!!!

sebab ada promosi dapat burger free. oh tiba-tiba aku rasa aku sangat bertuah. aduss. port dia memang malang kot. dah tiga kali kedai kat situ bertukar. a&w then tempat permainan then burger king. tak tahu la tu apa lak yang akan mengambil alih port tu lepas ni. maybe sebab kedudukan kedai tu yang paling hujung. and sedikit tersorok. maybe banyak. kesian. moga berkekalan ke anak cucu. eh?



jadi tukang promote burger king pun ok nih

then aktiviti mencari hp dijalankan. laaa... walaupun berdekatan kedai-kedai dalam tu, harga dorang letak untuk satu-satu barang yang sama adalah berbeza. pelik sungguh aku rasa. lepas dah survey semua booth yang ada. aku pilih GALAXY S ADVANCE. sesuai dengan budget, sesuai dengan kamera, suka sebab boleh video call. ahh,,, aku bukan gadget maniac. asal boleh mesej and call, it should be ok. :D

then, aktiviti mencari cardigan and beg duit. cardigan untuk ida, beg duit untuk both of us. nak cari yang sama. ececey,, romantik!!! boleh tahan gak cerewet si ida nih. sakit kaki aku dibuatnya semata-mata nak cari cardigan yang berkenan di mata dia. akhirnya jumpa. memang begitulah bila window shopping dengan wanita. leceh betul. kecuali dengan aku. kih3. lepas dah tawaf kbmall tu mencari dompet yang mengikut ciri-ciri yang aku nak. berzip dan muat letak wang kertas RM50 tanpa lipat. tup2 berbalik ke kedai no 1 yang kitorang pergi untuk beli dompet yang kitorang nak. haisyyy. buat apa la meround???

then terus balik in a taxi. aku dah letih bercakap non-stop, tertido. tetiba aku bangun menanyakan ida di mana beg samsung yang ada kotak hp yang aku beli tuh. omg!!!! tertinggal kat kedai beli dompet!!!! tinggal separuh jalan lagi kot untuk sampai ke rumah. sangat malang nasibku. :'( kan ke dah pesan suruh korang doakan aku berubah dekat ENTRY INI??? korang tak tolong ek? sila buat sekarang ok? :'(

aku yang baru bangun tido dengan tetiba: ida!!!!! beg samsung mana beg samsung????????

sepanjang dalam perjalan balik ke kbmall, aku tak berenti mengeluh. aku sedey sebenarnya dengan perangai aku yang macam ni. sampai je terus gi kedai dompet tu. nasib baik ada dalam kedai tu. dah disimpan. balik semula dengan teksi yang sama. huhu. banyak giler duit habis semata-mata untuk bayar duit tambang.

tepek gambar hp dalam blog adalah perbuatan budak jakun.

berlatarbelakangkan aku punya katil. comelkan cadar aku? kih3

i am not a galaxy promoter ok.

jangan risau ye. aku dah selamat sampai di rumah and still able to update my blog daily. maybe pasni akan lebih kerap dengan adanya hp baru nih. hehe. huda cakap ada hikmah di sebalik yang berlaku.

terdapat 2 pengajaran daripada kisah ini.

  1. jangan lalai dalam hidup setiap saat.
  2. solat hajat untuk berubah dan hp baru aku ni takkan hilang dah macam hp dan kamera dulu.
  3. jangan sia-siakan duit beribu yang dihabiskan untuk buat lesen kalau tak nak memandu.




Comments

  1. best sgt ader phone baru hehehhe

    ReplyDelete
  2. Aduhh, seriau kita baca tau.. camne boleh tertinggai ni? Next time, pls.. mujur ada org yg jujur.. Awak buat saya takut tau dgn apa yg jadi dgn awak..
    (maaf terbebel pulak, xde niat cuma nak mintak awak sentiasa beringat pasni).. Jaga diri ok =)

    ReplyDelete
  3. @pjietak best sangat setakat ni,, password wifi terlupa,, haha

    ReplyDelete
  4. @baby comelsebenarnya hp tu dah dalam beg.. kotak yang ada charger bagai tu je yang ada dalam beg samsung tu,, hehe

    ReplyDelete
  5. muja ni...mcm perangai adik cheqkaq Mak Lang..huhu..best laa ade hp baru..nanti boleh whatsapp ngn cheqkaq..

    ReplyDelete
  6. hihi muja ni boleh terlupa2 pulak...

    ReplyDelete
  7. nasib baik... klu tak dah hangus dah kan? jgn careless ok lain kali... lepas ni dah malas nak belikan hp kat awk lagi dah... ekekekekek

    ReplyDelete
  8. wah..hp baru :)

    saya ni tah bilalah nak tukar hp yg canggih2 ni. tapi saya tak minat touch screen.. problem betul rasanya.. huhu

    sabar ye awak.. dulu, saya tahu doa untuk selalu ingat. tapi dah lupa sebab tak amalkan.. huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus