Forum Suara Mahasiswa : Bawani UUM Student vs Miss. Sharifah

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

tadi aku masuk je bilik aku dengar room mate aku tengah dengar lagu yang ada banyak perkataan LISTEN LISTEN LISTEN


"Listen" | Kosong - Mr Bie (Parodi)




Listen
kau melihat diriku seperti sesuatu
yang mencabar dirimu akal dan mindamu
kau cuba mengaburi dengan nota galaksi
siapa dirimu aku mahasiswa di sini

bila kutanya soalan tiba-tiba kau potong jalan
rampas mikrofon listen listen listen
semua haiwan dikaitkan 
langsung tak jawab soalan
asyik asyik listen listen listen listen

kini kami bangkit
bukannya kerna wang ringgit
perjuangkan nasib mereka yang slalu dihimpit
jangan asyik meroyan dengarkan penjelasan
dan akan dibuktikan siapa di pihak yang sebenar
u o u o u o u o u o u o

bah semua listen listen listen
semua haiwan dikaitkan
langsung tak jawab soalan
asyik asyik listen listen listen listen
bila kutanya soalan tiba-tiba kau potong jalan
rampas mikrofon listen listen listen

laaa.. pujaan hatiku rupa-rupanya yang nyanyi. hari tu pun aku ada share LAGU TAK TERUKIR DI BINTANG PARODI by MR BIE.. sebabnya? korang check it out sendiri and you will know. patut pun rasa sedap semacam. patut pun rasa dekat di hati gitu la. kih3. then aku search la. aku tak paham mula-mulanya apa yang pujaan hatiku ni dok bebel. tapi dah nama pujaan hati, aku dengar jela. aku tengok pulak kat facebook. jumpa lak video kat bawah ini.



baru la aku paham. baru la aku tahu kenapa pujaan hatiku tu marah and sarkastik bebenor. aku tak tahu aku sokong sape tapi tak kisah la. tapi aku saje nak buat peringatan kat diri sendiri je ni, sekadar memberitahu harapan aku and let you all know yourselves sape yang aku sokong. hehe
  • aku harap pendapat aku didengari sehingga habis sebab aku takkan rasa puas or satisfied bila dapat meluahkan separuh-separuh. rasa sesak nafas. rasa tak lepas hajat. macam berak yang tak sempat habis sebab orang lain nak guna jamban pada time aku tengah meneran. eh.
  • aku harap microphone yang aku tengah guna takkan dilarikan daripada aku sebelum aku rasa nak duduk atas kerusi balik. aku suka menyanyi sebenarnya. aku nyanyi time sekolah rendah. aku tak pernah gi karaoke. tapi aku benci orang rampas microphone aku!
  • aku harap aku boleh terus bercakap sampai semua benda yang aku dah tulis di atas sehelai kertas kumal habis dihuraikan. dah penat-penat aku tulis, berpeluh-peluh celah ketiak, dah cecah 1K perkataan, tapi yang sempat aku gitau 250 perkataan je. ini tidak adil!
  • aku harap aku takkan bercakap dengan nada tinggi and rasa tak puas hati yang menebal bila bercakap di majlis rasmi. bak kata FATIN LIYANA dalam latest video beliau, cakap lembut bukan bermaksud gedik. suara diubah sesuai dengan keadaan. you get what i mean?
  • aku harap aku takkan bertepuk tangan dengan galaknya untuk perkara yang tidak perlu aku sokong walau sape pun orang itu. dalam Maharaja Lawak minggu lepas. Zizan pun tahu tak lawak tapi penonton tepuk tangan, something wrong somewhere dalam diri penonton?
  • aku harap soalan yang aku tanya akan dijawab satu persatu mengikut susunan nombor. baru aku boleh paham and terima penerangan dengan hati terbuka. sekali lagi nak gitau, penat kot aku tulis satu persatu. tup tup tak dapat jawapan yang cam aku nak. sangat hampeh!
  • aku harap aku pakai dengan sempurna sebagai seorang muslimah sejati apabila berhadapan dengan orang ramai sebab orang tengok kita daripada luaran yang pertama. aku kurang yakin sikit dengan pandangan luar dah tak sempurna. sorry, i am a little bit racist sebenarnya.
  • aku harap aku seorang yang akan mendengar dengan hati terbuka apabila dikritik. memang sangat susah tapi in sya ALLAH aku cuba. manusia mana tak menyirap dikritik tapi pandai la bajet profesional depan orang. malu bila nampak kita kalut amat bila kena condemn.
  • aku harap aku ada keberanian untuk stay di situ untuk sambung perdebatan yang tidak sempat habis selepas orang yang interrupt dah letih bercakap. harap aku tak berganjak selagi tak habis benda yang aku nak cakap.
korang yang ada harapan lain tu sila kemukakan.. sekadar peringatan untuk diri sendiri. aku tak rasa nak share kat sini which side yang aku sokong sebab dua dua ada pros and cons.. hehe


Comments

  1. seriously kalau I jadi bawani, I dah tumbuk muka si zahora tu sampai hidung dia berdarah! LISTEN!

    ReplyDelete
  2. mls nk tgk pasal ni nnti geram...haha

    ReplyDelete
  3. memang rata2 citer pasal hal ni hari ni... hu hu hu...

    ReplyDelete
  4. no manners ! tiba2 bercakap pasal animal ade masalah ?? pfft.. u must LISTEN first b4 u want others to listen u la mak jerung ! proud of bawani.

    ReplyDelete
  5. @Farah Waheda Wahid sangat tak pelik kalau orang sakit hati dengan sharifah ini

    ReplyDelete
  6. @citragupta alex nasib baik tak de peristiwa tari menari di situ,, kih3

    ReplyDelete
  7. @Mar Haini Abdul Rahim dye yang tak hormat, kita lak yang salah. tak patut!

    ReplyDelete
  8. kejadian tu berlku di uum..tempt nad bljr..kgum degn bawani..die tau semua bnde..

    ReplyDelete
  9. buat malu je yg melayu tu...haha...patut sebagai org dewasa dia harus lebih bijak mengawal emosi apabila berdepan dgn org yg umur lebih muda mcm tu....memalukan org dewasa...haha

    syabas kepada bawani...sebab berani menongkah arus di dalam majlis yg takkan memihak kepada dia...ternyata bawani lebih cool dalam hal ini walaupun dia belum dapat degree...hihi

    ReplyDelete
  10. kenapa org lain tepuk jugak pada sharifah tu..sian Bawani..dia hanya utarakan pendapat jer

    ReplyDelete
  11. HPY BURFDAY MUJA IN ADVANCE A MONTH =)

    ReplyDelete
  12. Listen to me! si sharifah tu seorang yang egoistik. tgk muka dia pun dah tau.haha

    ReplyDelete
  13. miss sharifah teach us to be respect to adult.but,does she did??~i don't think so.grabbed the microphone while people is still talking is something which is very rude.is this a way to show your respect to young people??for Bawani I give u a tremendous respect for ur brave to stood up and speak out loud ur opinion...:)

    ReplyDelete
  14. miss sharifah told us to be respect to the adult.bt,did she show it?~i dont think she did.grabbing the microphone while people is still talking is something RUDE!!is this a way u show your respect to young people??wht so pity ..to Bawani I give u tremendous respect for stood up and speak out loud in front of the people..:)

    ReplyDelete
  15. salam ,

    kta pun nk kc pendapat jugak r lps tgok balik video tu .

    ada pro n kontra
    tp kta lebih di pihak madam sharifah ,
    y?

    1- hak dia untuk tidak mendengar semua soalan sbb itu adalah program dari dia, students must listen when dia bercakap .(cer dgr betul2x apa yg dia ckp)

    2- bawani mmg ada points unt bertanya tp xpayah r nak emo sangat? mcm org nak cari gaduh dkt court ja . kalau ko ckp elok2 boleh je madam nak jawab . kalau sy, org yg bertanya soalan xda manner ada hati ke kita nak jawab?
    ko tu sapa, aku ni sapa . we must respect people kan.


    btw,semua org mcm nk kritik madam sharifah . mcm dia sorang je yg salah kat sini .

    xfaham laa la dgn pendapat smua org ni.

    ReplyDelete
  16. dari pengamatan potia apa yg Bawani ckp tu ada betulnya... apa tujuan perhimpunan mahasiswa tu diadakan? bukan untuk mahasiswa/siswi?nak samakan mcm binatang tu tak kisahlah tu hak dia.. tapi cuba hormat hak org lain pulak.. dia kan presiden.. sepatunya tunjukkan sifat kepimpinan sebagai org terpelajar.. tunjuk contoh yg baik pada pelajar bukan bersifat kurang ajar nak buat erumpamaan dgn binatang di darat ataupun di laut... Kenapa tak leh samakan Malaysia dgn negara lain? sedangkan individu sekalipun ada idolanya masing2.. tanpa contoh masakan kita dapat mencorak haluan kita hingga kita berjaya berada di kelompok Negara maju? "pepatah ada mengatakan.. kalau nak pandai kena duduk dgn org pandai..." bukan duduk di kalangan org yang kurang pandai... org baik kalau berkawan dgn org jahat tiap2 hari lama2 jadi jahat bukan??? so contohi negara lain tu sebenarnya langkah bijak untuk berjaya dan berdaya saing.. kena paham apa maksud contoh!! dah nama contoh mesti amik yg baik2..

    kesimpulannya" sepatutnya bagi peluang kat Bawani tu cakap bagi habis dulu... pastu ulas balik apa yg dia ckp... dgn cara yg dalam video tu mcm menjatuhkan maruah Bawani depan pelajar2 semua.. mana sikap profesionality sebagai pemimpin? jgn nak kaitkan apa yg si bawani ckp tu sebaggai politik tp angggap sebagai suara pelajar... klu nak di kaji pasal PTPTN yg bawani ckpkan tu potia sokong 100% sbb ada betulnya...

    ANDAIKATA KOMEN INI MENYENTUH SENSITIVITI INDIVIDU , PERTUBUHAN,ATAUPUN BADAN TERTENTU SY MEMOHON MAAF... INI CUMA PENDAPAT SAHAJA..MUNGKIN SY KURANG MEMAHAMI AKAN SITUASI SEBENAR... HARAP MAAF...

    P/s: ini komen, bukan entry si MUJA :p

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus