misteri yang direka tiada misterinya


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D

korang dah baca ke ENTRY PEREMPUAN TIDAK DIKENALI call aku?
kalau yang belum baca sekarang juga sila serbu entry itu
supaya bila korang baca entry ini korang tak rasa haru biru
sebab entry ini berkait rapat dengan entry itu

pagi tadi aku tidur dengan nyenyak sekali terima kasih kepada Allah yang turunkan hujan
jarang sekali aku tidur dengan selimut tapi semalam memang aku tiada pilihan
bukan setakat kaki je aku selimuti tapi keseluruhan anggota badan hanya kepala ketinggalan
betapa sejuknya aku semalam rasa tidak tertahan tapi alhamdulillah rasa nyaman

tetiba bunyi nada mesej telefon aku mengganggu ketenteraman
menyesal lak aku semalam telefon aku tidak silent kan
aku ni memang pantang kalau tidur terdengar bunyi-bunyian
automatically tidur aku takkan boleh lagi disambungkan

telefon di sebelah bantal aku sentuh-sentuh untuk baca mesej pengganggu yang tak de perasaan
sudah habis aku baca mesej itu segala jenis binatang dalam hutan masuk dalam fikiran
weh manusia kalau ye pun nak menipu sila tipu perkara yang lojik di akal fikiran
jangan sampai aku rasa macam orang bijak macam kau memang tak de pelajaran

semalam kau cakap kat perempuan tu kau anggap aku macam kakak bukannya teman
kau cakap kat aku perempuan itu bakal isteri kau yang kau akan kawin tahun depan
siap bagi amaran jangan mesej ko lagi tu yang aku rasa macam marah tak tertahan
eh tiba-tiba kau mesej pagi tadi cakap telefon kau tertinggal kat kedai kawan????

tiba-tiba semua peristiwa yang jadi malam tu kau tak tahu menahu
tiba-tiba perempuan semalam jadi bukan kekasih hatimu
tiba-tiba kredit ko habis mesej ko terpadam semuanya begitu
kau ni memang ada split personality ke ape aku pun tak tahu

dah tu semalam aku cakap dengan sapa kalau bukan dengan kau?
berapa orang kat sana suara sama sebijik dengan kau? (aku bukan manusia pekak!)
siapalah yang giler glamour sangat nak ngaku dirinya itu kau?
sapa lagi yang tahu semua serba serbi pasal kita kalau bukan kau?

pasal kita keluar berbuka puasa sama-sama yang kawan kau temankan
tahu dengan terperinci pasal mesej-mesej yang aku kirimkan?
tahu yang kau muda setahun daripada aku biarlah aku bongkarkan
siapa lagi???? siapa lagi kalau engkau bukan???

kau hanya mahu aku seksa tertanya-tanya dengan situasi sekarang
wahai manusia ketahuilah bahawa kau sememangnya sudah menang
aku kalah, ye aku mengaku aku sudah kalah sebelum berjuang
apa lagi kau nak wahai manusia yang pernah aku sayang?

mesej kau yang panjang berjela itu tidak aku balas lagi
aku takut kalau aku balas makin menderita hati ini
kau sengaja mencipta segala misteri
padahal segalanya sudah jelas kini

kau pergi la jauh sejauhnya jangan ganggu aku
aku tahu aku pernah salah dengan kau suatu ketika dahulu
tapi bukankah sudah aku mintak maaf beribu-ribu
kalau tak nak maafkan pun tak pe tapi berhentilah mengganggu aku


Comments

  1. muja, moga bahagia terus menjadi milik mu. yg pasti bungan tu bkn sekumtum kumbang tu berderet deret ada.

    ReplyDelete
  2. @baby comel menyesal tolak yang berdret2 selama ni,, haisyyy..

    ReplyDelete
  3. muja..agak special entri mcm ni sbb bcerita dalam pantun..nice! bahagia akan dtg muja cuma bykkn bsabar k :)

    ReplyDelete
  4. @Shida Radzuan suke buat entry cenggini,, hehe,, tengah sabar dengan orang pelik dan aneh macam dia ni shida,,

    ReplyDelete
  5. @Nadia Johari tapi tu la,, bla curiosity overwhelms,, tak leh nk sambung tdo dh rasa,,

    ReplyDelete
  6. berderet2 nti tu dtg balik..hihi..jauhkan diri dr dia...ct pon ade gk situasi mcm ni..ct snyap smpai skrg...klau balas,ada yang makan hati kang..huhu

    ReplyDelete
  7. Salam.

    Sian muja..terseksa berperang dengan jiwa..

    Time umur lana sebaya mcm muja..mcm nilah jugak..rasa nak belasah org yg haru birukan hidup kita.

    Tapi, muja kena selesaikan masalah ni dengan bijak. Supaya, tak melarat dlm hati. Nanti, nak buat apapun tak tenang muja..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus