pengalaman ditipu online


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
join exabytes here :D 

actually benda ni dah berzaman berlaku. adala dalam setahun lepas kot. aku bukannya nak ungkit kisah lama tapi aku harap kisah aku ni dapat dijadikan pengajaran berguna untuk korang semua terutamanya yang suka beli barang secara online. seriously serik giler bila sekali kena. tapi tula, dah memang cara membeli belah sekarang guna online, banyak gak barang online yang tak kita tak jumpa di alam realiti nih. the key point here is BE CAREFUL!


Sebenarnya aku copy je entry ni dari blog troll yang aku pernah buat dulu. tak perlu la aku share link dia sebab tak glamour langsung blog tu. masa tu aku rasa desperate sangat nak luahkan kat somebody tapi benda ni rahsia kan. so i keep it to myself. sekarang aku dah tak kisah. biala family aku nak tahu pun. tak pe. biarkan. aku kena marah kejap je tapi pengalaman ni sangat berharga. pengalaman ni buat aku lebih berhati-hati and susah percayakan orang. be hard to get people.

to that BONGOK PERSON yang selesa hidup dengan duit haram!
  • mula-mula aku jumpa blog kawan ko, aku hepy sangat sebab aku ingtkan aku akan dapat balik hp aku yang hilang dulu, hp apa? sila CHECK SINI. aku rasa happy sangat sebab dah merata tempat aku pergi tak jumpa. sengal kan aku nih, nak benda yang dah kuno, tapi itulah aku,, seorang yang teramat sangat setia and i dont like it at all.
  • then aku call ko. ko kata hp tu ade. ko boleh tlong carikan, tapi ko kena hantar melalui pos. aku gitau la aku nak amik time gi kl next year,, sebenarnya aku tak nak camtu gune pos benda berharga camtu lagi tinggi risikonye kan. huh. aku memang tension bile ko cakap nak gune post sedangkan dalam blog tu dye cakap tak gune post. first time ko menipu aku.
  • ko cakap masukkan RM50 dulu for deposit. aku masukkan jugak walaupun aku terpaksa gi maybank ngan sepupu aku yang bakal membocorkan rahsia aku beli hp online. aku risau tapi aku wat dono je. aku putar belit citer. aku wat ape je. huh. sesungguhnya, aku tak kisah dah sebab aku wat-wat percaya kan ko.
  • then sebab aku kecian kat ko. aku tibe-tibe bersetuju guna pos. aku pun tak tau nape aku ni memang tak tetap pendirian. maybe sebab aku dah gitau sepupu aku bagai. aku rase kecian dorang sume susah sebab aku. aku tak leh la. aku rasa macam bersalah. ape ala. camtu la aku nih. padahal dah ko yang nak jual, mstilah ko yang kena susah kan???
  • aku bagitau mukmin aku nak beli. awal-awal lagi mukmin dah tentang habis-habisan. siap nak ganti balik RM50 aku tu. aku wat tak peduli je walaupun aku tau ape yang mukmin cakap tu betul semuanya. aku wat pekak gajah je biar pun aku tau risikonya sebab aku rase aku kena percayakan kau walaupun hati ni ade kegusaran yang aku tak boleh nak buang.
  • lepas tu aku wat salah lagi bila aku rase cam tak nak lak gune pos. aku decide nak tunggu gak gi kl. aku tau aku salah. aku tak tetap pendirian,, tapi aku patut kan rasa camtu? dont you think so?? tapi time tu ko cakap hp tu ko dah beli dengan duit ko sendiri, second time ko tipu aku weh,,, sekarang aku tau ko sebenarnya tak beli agi kan hp tu???
  • then, ko wat deal ngan aku. aku masukkan RM200 lagi then ko akan pos. lepas tu aku akan bayar baki tu. ko yang nak benda ni weh! bukan aku ok! aku pun turutkan jugak la kan,, aku kecian la kat ko part ko cakap dah beli dengan duit ko tu. aku ni baik sangat la aku rasa,, i should not be like this sebenarnya kan???
  • aku masukkan jugak. tunggu punya tunggu benda tu tak sampai. aku start risau bile aku call ko susah ngak jawab. bila aku mesej punya la susah ko nak reply. then ko cakap alamat tmpat aku belajar tu tk dijumpai. third time ko tipu aku kan??? ipg kat kelate ni ade satu je. kot ye pun ko nak tipu, kena ade ilmu banyak dulu, gi la menuntut or bertapa dulu.
  • then sampai la masa aku bercuti,, aku dah tak leh tunggu kat ipg dah,, aku gitau ko. ko marah aku. ko cakap nape bagi alamat ipg. bodoh sekali lagi untuk ko.. dah nape ko tak gitau awal-awal time aku bagitau berbulan-bulan lepas? aku dengan naifnye, bagi alamat rumah plak. aku sedey giler time tu.
  • then aku tunggu plak kat rumah,,, tak sampai jugak,, sekali lagi ko cakap alamat rumah aku tak dijumpai. pos laju bagi balik hp tu kat engko. sedangkan hadiah ga yang aku menang hari tu yang gune pos biasa pun dah sampai. gile kan ko nih? ko pandai menipu tak ni sebenarnya weh???? forth time ko tipu aku!!!
  • bile aku called ko tak nak jawab. aku suh bagi kat pemilik blog tu. ko cakap ko akan bagi hari sabtu. kul 9. tapi ko tak sampai. ko tau tak dye tunggu ko sampai kul 2 pagi???? ko giler kan??? bodoh nak mampus gitu. bayaran puttry dapatkan customer untuk ko pun ko tak bagi. ko memang stupid doh!
  • berminggu aku tunggu weh. lastly, aku bagi ko options. hantar or ko bagi balik duit aku. ko mintak no akaun. nampak sangat ko tak beli lagi kan hp tu???? fifth time!
  • ko cakap nak bagi sebelum ahad. tapi ni hari isnin baru ko cakap ok,, aku lak susah nak keluar rumah. huh. aku tak tau la dah dapat belom duit tu balik,,, :'(
  • yang paling tak menahan, dah la ko tu jahat, ko buat lak status lebih kurang macam ni, "hp ko ni baik aku guna buat baling kat anjing je!" aku tahu itu status untuk aku yang dah call ko macam orang desperate, tapi ko ke aku yang patut memaki hamun dengan sepenuh hati sekang ni????!!!!
  • pastu gf ko siap support ko lagi!!! kesian dia tak tahu yang bf dia tu hidup dengan duit haram. sedeyh! hahaha. memang korang couple yang bangang al bongok wa gila!!! :D jarang aku nak guna perkataan ni tapi both of you deserve this!
  • pastu aku dah block fb kau. aku tak leh la tengok post ko mengata aku. aku jadi sedih tengok ko bergembira dengan awek seksi ko yang memang jauh lagi hodoh dari pontianak hancing sundal malam tu. teruk bebenor taste ko ye. ish3
updated
  • aku dah check,, aku still tak dapat duit tu,, hidup la ko dengan menyebarkan duit haram ke seluruh keturunan ko,, amiin,, 
perhatian!!! aku tak kan halalkan sesen pun,, doa orang teraniaya akan dimakbulkan kan?? mujarab kan?? insya Allah,, Allah itu Maha Adil,, :'(

updated

kalau ye pun gilerkan duit, cari la rezeki yang halal.
kalau ye pun miskin, jangan reti nak kaya dengan duit orang
kalau ye pun daif, jangan tunjuk sangat terdesak duit
kalau ye pun jahat, ingat-ingatlah bertaubat
kalau ye pun desperate, sila jadi manusia yang ada rasa malu
kalau ye pun gila, boleh dah slow-slow gi tanjung atau mana-mana asyllum
kalau ye pun masih muda, ingat-ingatlah mati
kalau ye pun nak hidup senang lenang, jangan jadi pemalas macam garfield
kalau ye pun ada gf kaki kikis, korang boleh putus bila-bila masa
kalau ye pun senget, silalah betulkan
kalau ye pun mereng, jangan sampai orang benci
kalau ye sengkek, buat la cara tak de duit, tak yah nak enjoy sangat
kalau ye pun bangang, tak perlu pun nak tunjuk sangat
kalau ye babeng, sungai banyak, terjun je.

aku nak pinjam dialogue drama sikit, 
"KECIK-KECIK TAK NAK MAMPUS! DAH BESAR MENYUSAHKAN ORANG!!!"

berapa lama sangat RM250 tu boleh kekal ngan ko yang ko yang sampai nak dapat banyak tu pun kena tipu orang?? and berapa teruknya effect yang akan ko sebarkan untuk semua keturunan kau yang mendatang dengan duit haram tu??? ditakdirkan orang bodoh ni tiada akal fikiran. bertindak ikut nafsu. 

buat korang yang nak berniaga online, boleh BACA SINI untuk maju ke hadapan dan dapat rezeki berkat di dunia dan di akhirat. in sya ALLAH. buat korang yang nak shopping online lak, boleh BACA SINI. moga membantu so that korang tak ditipu macam aku. amiin. aku tak de nak generalise semua online shops sebagai menipu but BE CAREFUL kalau korang tak nak duit korang bertukar status menjadi haram di tangan orang lain.

PS- maafkan aku atas kekasaran bahasa. sesungguhnya kemarahan sedang bermaharajalela. tapi aku tak sampai hati pulak nak share link fb and blog dorang. biarla ALLAH yang membalas.


Comments

  1. oke sgt kejam. penipu bersiri. hidup x berkat woo~

    ReplyDelete
  2. mkn duit haram hati pun jd hitam.

    pengalaman mengajar kita kan..sabar =)

    ReplyDelete
  3. teruk nor org tu erk..mkn duit haram..

    ReplyDelete
  4. never buy online..:) if so please COD.

    ReplyDelete
  5. @nor aishah dh hitam legam tu rasanya,,, dah sabar,, hehe

    ReplyDelete
  6. @Nadia Johari mybe dia tak tahu nk beza dh kot halal haram,, main rembat je,,

    ReplyDelete
  7. org mcm ni patot direjam dengan batu tak pun disula dengan duri ! gerammmm.... pernah gak kena tipu, tapi kena tipu ngan blogger yg buat GA, hadiah haram xsampai sampai dah 3 bulan dah.. semua budak bawah umur yg buat GA.. erghhh..

    ReplyDelete
  8. deno belum pernah beli barang onlie.. em... mmg kena hati2

    ReplyDelete
  9. Salam.

    Muja..next time, lau muja buat sesuatu, cerita pada mak ayah ea..takpun sesiapa yg muja percaya. Skurg2nya muja dpt 2nd opinion.

    Takpa, apa yang berlaku, semua pengalaman.

    ReplyDelete
  10. ada buat report tak dekat pengguna..

    ReplyDelete
  11. Macam2 dunia ni. Allahuakbar.

    Payah nk ckp dgn org mcm dorg ni, putar2 tang situ jgk, kawan akak dh ramai sgt kene. Buat buang air liur je kalau kite tanye dia "ko x takut makan duit haram ke?" dorg sebenarnye dh x kesah dh pasal halal haram, yg penting dpt duit bleh enjoy.

    Celakalah mereka yang mencelakakan org lain.

    ReplyDelete
  12. Awk, jemput join segmen 1st saya http://nasuhanass.blogspot.com/2013/02/segmen-saya-suka-makan.html :D

    ReplyDelete
  13. kena tipu lebih2 lagi melibatkan wang ringgit memang tension..

    paling tinggi pernah kena tipu setakat ni melibatkan ribuan ringgit..

    geram sangat sampai rasa nak lapor polis je tapi in the end, salah sendiri gak sebab x buat "MoU" siap2 dengan dealer sebelum bayar apa2..

    pengajaran buat diri selepas ini, pastikan ada something yg boleh buat dealer xleh lari.. :)

    ReplyDelete
  14. jahat nye!!ntah pape perangai cmtu..grhhh!!next time kene careful tau..

    ReplyDelete
  15. ish, ape la buruk pnye prangai org tu...? patutla akak sll tak jadi nk bli brg on9. Ada kes penipuan camni rupanya. Ish3... Memang tak berkat dan selamat dunia dan akhirat dia tu

    ReplyDelete
  16. teruk btul..klo dh melarat xder duit pinjam la..bkn org xblh tolong

    ReplyDelete
  17. geram.mmg kena hati2.

    ReplyDelete
  18. apesal die camtu ...tak baik laaa carik duit dengan menipu camtu ..

    ReplyDelete
  19. satu hari die akan terima balasannnnn....tak berkat la hidup macam tu..haissssss

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum nur..ada balasan nyer nanti...:)

    ReplyDelete
  21. Pengalaman untuk kita tu... dah ditakdirkan duit tu bukan awak punya.... sama2 kita berdoa semoga die bertaubat.. insyaAllah

    ReplyDelete
  22. Kadang-kadang agak susah nak membeli online tapi ada la juga membeli sekali sekala..Sekarang ni macam2 cara nak menipu..kesian yang memang betul2 mencari rezeki secara online..

    ReplyDelete
  23. saya pon pernah.. tp biarlah rahsia...eerrkk

    ReplyDelete
  24. Salam.mmg macam2 perangai manusia ni sis. Harap kita tak buat mcm tu pada org lain kan?Cari rezeki halal baru blh bertahan lama..

    ReplyDelete
  25. He actually think that he is not the bad one.. sbb sdh mmg hati gelap.:).. anyway, I follow u.:)

    ReplyDelete
  26. padan muka jadi BONGOK PERSON.. :) huhu

    ReplyDelete
  27. mksud lyla org tu.. hehe.. ade statement kat atas yg tulis the bongok person.. hehe.. sori2.. kalau taip je..biasalh kdang2 ade misunderstanding sikit.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus