Usahawan Kecil dan Tip-tip Usahawan


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 


bila baca atau dengar perkataan usahawan, pastinya aku akan terbayang perniagaan yang dijalankan secara besar-besaran, imaginasi mula melingkar ke kawasan ladang-ladang dan kilang-kilang. ternyata dewasa ini, usahawan boleh menjalankan perniagaan mereka di mana-mana sahaja waima dalam keselesaan di rumah semata-mata. hal ini terbukti apabila adanya golongan suri rumah yang berjaya menjana pendapatan besar dengan menggunakan bakat dan kebolehan mereka di rumah. terima kasih kepada kemudahan internet yang semakin meluas penggunaannya di dunia ini.

bagaimana pulak dengan usahawan kecil? pada pemahaman aku daripada pembacaanku sendiri, usahawan kecil adalah golongan peniaga yang bekerja sendiri secara sambilan dengan modal yang lebih kecil dan pengurusannya lebih mudah. mungkin definisi ini tidaklah setepat mana kerana ianya hanyalah daripada pandangan aku sendiri. contoh usahawan kecil di mata aku adalah golongan suri rumah yang menggunakan kebolehan yang mereka ada untuk bekerja dari rumah. mereka ini adalah mereka yang berwawasan tinggi dan nampak peluang yang cerah menanti di hadapan mereka. tinggal mereka perlu ada kecekalan dan ketabahan yang tinggi untuk berjaya sahaja.

tanpa kita sedar, terdapat pelbagai jenis produk sebenarnya boleh diniagakan walaupun beroperasi di rumah. sebagai contoh, makanan gorengan, home-made chocolate, kraf tangan, barangan perhiasan, tempahan sulaman, tempahan jahitan, perencah, dan macam-macam lagi. tidak ketinggalan penghasilan E-BOOK yang sangat terkenal sekarang. kita tinggal menulis apa yang ada di fikiran dan menyebarkan ilmu di dengan penghasilan E-BOOK tersebut. yang tinggal hanya mahu melakukan atau meneruskan aktiviti bermimpi di siang hari.

aku bukanlah orang yang berpengalaman dalam bidang keusahawanan, tapi aku ada mata. aku bukanlah orang yang terlibat dalam bidang keusahawanan, tapi aku telinga. 5 deria yang dipinjamkan oleh Allah SWT memberi peluang untuk aku memerhati dan menimba apa saja ilmu yang ada yang sempat singgah di kotak fikiranku. hari ni, tip-tip usahawan adalah perkara utama yang aku ingin kongsikan di sini. antara tip-tip usahawan yang aku boleh berikan daripada pemerhatian sendiri adalah:

adakah wanita ni bakal menjadi usahawan kecil suatu masa nanti? wallahu a'lam.

tip-tip usahawan 1- mengetahui kelebihan dan potensi diri sendiri

  • mengetahui kelebihan diri sendiri adalah penting bagi seseorang yang hendak memulakan perniagaan sebagai seorang usahawan kecil. tiada logiknya untuk kita menjual barangan kraf tangan apabila kita bukanlah tergolong dalam golongan manusia yang kreatif. bukan tidak boleh mencuba, tetapi untuk menyesuaikan diri dengan perkara yang bukan secara naturalnya ada dalam diri kita akan memakan masa yang lama dan pembaziran masa berlaku di situ. adalah lebih baik kita cungkil bakat yang sudah sedia ada dalam diri. lebih senang dan efisyen.
tip-tip usahawan 2- ukur baju di badan sendiri
  • sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit sesuai sebagai pembakar semangat para usahawan kecil yang baru memulakan perniagaan. jangan menganggap sesuatu yang besar dapat dicapai dalam waktu yang singkat dan dengan usaha yang sedikit. ketahuilah bahawa tiada yang tidak berusaha boleh terus berada di tahap tertinggi dalam sesuatu bidang. mula dengan kecil dan kembangkan usaha ke arah memajukan perniagaan. janganlah modal permulaan yang besar menjadi liabiliti yang tidak tertanggung di kemudian hari. sekali lagi diingatkan, kalau kail panjang sejengkal, jangan laut hendak diduga.
tip-tip usahawan 3- timba ilmu daripada yang pakar
  • carilah mereka yang sudah lama bergiat dalam bidang keusahawanan. timba ilmu dari mereka yang sudi berkongsi. kumpul dan hadamlah tips-tips mereka yang tidak tercatat dalam buku-buku kerana pengalaman adalah cikgu terbaik dalam hidup. dalam menjalani kehidupan seharian ini, menimba ilmu perlulah menjadi satu proses yang berterusan. ilmu menjadi satu perkara yang amat penting apabila kita baru hendak mula bertatih dalam memulakan sesuatu yang baru. masakan boleh menulis novel 600 muka surat jika abjad A hingga Z masih tidak dihafal. itulah analogi yang paling tepat untuk menggambarkan kepentingan ilmu.
tip-tip usahawan 4- sentiasa positif dengan setiap yang berlaku
  • usahawan kecil yang baru hendak bermula pastinya akan menghadapi masalah-masalah yang kadang kala tidak dapat dielak dan usahawan yang positif akan mengambil cabaran-cabaran tersebut sebagai batu loncatan untuk mereka terus berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. bidang keusahawanan bukanlah suatu bidang yang sesuai bagi orang yang mudah menyerah kalah dan lemah kerana sepanjang karier seorang usahawan, akan ada pelbagai onak duri yang perlu ditempuh terutamanya dalam mengatasi cabaran dan persaingan daripada syarikat-syarikat lain. jadikan setiap yang berlaku sebagai pengajaran dan simpanlah sebagai pengalaman berharga untuk digunakan di kemudian hari.
tip-tip usahawan 5- berniaga dengan telus dan amanah
  • dalam setiap yang kita lakukan sehari-harian, reda ALLAH adalah yang paling penting untuk kita cari. apabila perbuatan kita diredai olehNya, in sya ALLAH, setiap usaha yang kita lakukan akan menemui kejayaan. jadikan Nabi Muhammad sebagai contoh peniaga yang berjaya. hati rasa tenang dan kita akan mempunyai return customers yang akan sentiasa percaya dan yakin berurusan dengan kita. mendapatkan kepercayaan daripada pelanggan sangat penting kerana mereka inilah yang akan menjadi punca utama pendapatan kita dan mereka akan jadi a strong tool dalam mempromosikan produk kita kepada orang ramai. kesan yang sangat besar dengan berniaga dengan tulus dan bersih.
cukuplah 5 tip-tip usahawan daripada aku yang masih belum bergelar usahawan ini. moga tip-tip usahawan yang aku kongsikan hari ni dapat memberi manfaat dan inspirasi buat usahawan kecil yang baru bermula mahupun usahawan kecil yang sudah lama bergiat aktif.

ps- sekali aku join contest seo. rasa macam seronok. do join and learn more and more :D

Comments

  1. Good luck dengan contest SEO ni..
    anyway, tahi lalat kita sama la kat atas bibir tu.. :)

    ReplyDelete
  2. bagus tips2 muja sudi kongsi,. sbb tgh berjinak2 jgk nak berusahawan ni. hehe :)

    ReplyDelete
  3. bgus tips tu..cume lain sikit dari nad belajar..hehe..nad amik kos keusahwanan..

    ReplyDelete
  4. @Nadia Johari muja main guna lojik akal je nad,, tak tau la betul ke tak,, hehe

    ReplyDelete
  5. @potia casadelarossa muja kan pejuang wanita,, hehe,, in sya ALLAH berani,, amiin

    ReplyDelete
  6. Usahawan kecil atau besar yang penting usaha yang diberikan..kena gigih dan bersungguh2 dalam setiap perbuatan..:)

    ReplyDelete
  7. salam,

    jooom kita sama2 jadi usahawan bermula dari kecil2an... melangkah lebih jauh... ;)

    ReplyDelete
  8. @Cheq Kaq YE,, mula dengan kecil,, and membesarlah,, :D

    ReplyDelete
  9. @Ummi Hanie spnjang jadi kecil la dapat pengalaman kan,, harap2 tip-tip usahawan ni dapat menginspirasikan :D

    ReplyDelete
  10. hye..
    toe blog baru iema
    blog lame toe mmg x bley dpt lg da

    ReplyDelete
  11. menarik.. sebenarnya tengah mencari ruang2 kecil untuk berniaga secara kecil2an.. :)

    Jemput join segmen ni kalau belum.. 100 penyertaan TERAWAL akan dapat Sticker Fridge Magnet @ Button Badge dari Cenderahati Akamika Gift .. Cepat!! Cepat!! Hehe ^_^

    http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/02/segmen-ucapan-selamat-hari-lahir-buat.html

    ReplyDelete
  12. Ok, rasenya dah faham dah contest-contest SEO ni. Saya tak layak lagi laa muja :p

    ReplyDelete
  13. As-Salam. Sebuah entri yang menarik dari Nurmujahidah ... :) HH pasti ramai usahawan kecil akan baca dan praktikkan petua, nasihat dan tip usahawan yang diberikan.

    In Sha Allah, usahawan kecil akan maju terutama usahawan suri rumah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus