Konvensyen Usahawan Muslim, Bisnes Sebagai Fardhu Kifayah


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

Maklumat lanjut mengenai Konvensyen Usahawan Muslim - Klik Di Sini
Maklumat lanjut mengenai Contest - Klik Di Sini

Seperti yang kita tahu, 90 peratus daripada ruang rezeki datangnya daripada aktiviti perniagaan dan berniaga itu juga suatu fardhu kifayah. Walaupun kita boleh memilih daripada pelbagai jenis kerjaya yang ada di dunia ni, kita tidak boleh menafikan bahawa berniaga merupakan antara wadah paling efektif untuk meningkatkan ekonomi seseorang sekali gus menyumbang kepada pengukuhan ekonomi sesebuah bangsa dan negara. Perniagaan tidak semestinya menjadi satu-satunya bidang yang diceburi kerana ia boleh juga dilakukan secara sambilan walaupun seseorang itu sudah menceburi bidang lain. Ya, bidang keusahawanan adalah sebuah bidang ke yang sangat fleksibel.

Sebagai seorang Muslim, kita semua adalah daie. Daie yang baik harus mengetahui peluang dan ruang yang baik untuk berdakwah. Sudah terang lagi nyata, berniaga juga adalah salah satu medium yang sangat berkuasa dalam proses menjalankan dakwah. Hal ini, sudah terbukti berkesan sejak Zaman Kegemilangan Melayu Melaka lagi. Maka dengan itu, kita perlu muhasabah diri dan mengenal pasti kelebihan yang ada dan mungkin berniaga adalah jawapannya. Jika kita tahu kita mampu atau kita yakin kita boleh melakukan sesuatu, maka kita haruslah berusaha keras menjayakannya supaya dapat meningkatkan potensi diri sendiri serta mengangkat nama Islam di peringkat tertinggi. Alangkah ruginya jika sebuah peluang terbuka luas disia-siakan. Moga usaha yang ditaruhkan dapat menarik mereka dari agama lain untuk lebih berminat mendalami Islam. 

Maklumat lanjut mengenai Konvensyen Usahawan Muslim - Klik Di Sini
Maklumat lanjut mengenai contest - Klik Di Sini

Hari ini, peluang perniagaan untuk para Muslim dan Muslimat, yakni semua yang beragama Islam memulakan perniagaan atau memajukan lagi perniagaan yang sedia ada terbuka luas melalui penganjuran Konvensyen Usahawan Muslim yang akan diadakan dalam tempoh kurang daripada sebulan sahaja lagi. Dengan bertemakan Bisnes Sebagai Fardhu Kifayah, konvensyen ini diharapkan dapat memberi peluang kepada para Usahawan Muslim yang masih mencari arah tuju perniagaan yang mereka ceburi dan meningkatkan lagi nama peniaga Islam supaya setanding dengan kemajuan dalam bidang keusahawanan oleh bangsa lain.


Nama-nama besar dalam pelbagai cabang perniagaan akan hadir sebagai ahli panel konvensyen ini. Moga dengan kesempatan yang diberi, para peserta boleh menimba ilmu semaksimum mungkin daripada mereka yang sudah berjaya dengan taktik dan teknik yang sudah mereka buktikan berkesan. Yang tinggal hanyalah untuk menjadikan mereka sebagai mentor dan 'meniru' apa yang sudah mereka lakukan. Insya ALLAH, usaha yang dijalankan berteraskan agama yang sebenar akan dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.

Butiran Konvensyen Usahawan Muslim, Bisnes Sebagai Fardhu Kifayah adalah seperti berikut:

Konvensyan Usahawan Muslim

Mereka yang mempunyai keinginan dan minat yang tinggi dalam bidang keusahawan bolehlah menyertai konvensyen yang sangat berguna ini. Jangan berlengah lagi kerana peluang yang baik tidak selalu datang dalam hidup kita. Rebutlah sementara masih boleh merebutnya. Bersempena dengan Konvensyen Usahawan Muslim, Bisnes Sebagai Fardhu Kifayah ini, sebuah contest yang sangat menarik juga turut diadakan untuk para blogger. Semua berpeluang menang jika menyertainya. Kalau tidak turut serta, maka memang pastilah tidak menang. Hadiah yang cukup lumayan ditawarkan untuk para pemenang.

Hadiah Pertandingan 
Tempat Pertama : 1 X Wang Tunai RM500 + 1 Tiket Percuma Konvensyen Usahawan Muslim 
Tempat Kedua : 1 X Wang Tunai RM300 + 1 Tiket Percuma Konvensyen Usahawan Muslim 
Tempat Ketiga : 1 X Wang Tunai RM200 + 1 Tiket Percuma Konvensyen Usahawan Muslim Hadiah Saguhati : 5 X Wang Tunai RM50 + 1 Tiket Percuma Konvensyen Usahawan Muslim - 

Maklumat lanjut mengenai Konvensyen Usahawan Muslim - Klik Di Sini
Maklumat lanjut mengenai contest - Klik Di Sini

Comments

  1. wah menarik bg yg betul2 minat biz kan.. :)

    ReplyDelete
  2. @Maria Firdz sangat kak,, hehehe,, join kalau berminat tau :D

    ReplyDelete
  3. usahawan melayu islam memang sangat digalakan pergi

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.tiket mahal tapi macam nak pergi ...

    ReplyDelete
  5. Entri yang menarik... Good Luck.. Semoga berjaya menjadi salah seorang pemenang Contest ini... ;)

    ReplyDelete
  6. hehe ada rezeki, jumpa di sana ^^

    ReplyDelete
  7. @onlajer kan? hang pun pergi la,, hang kan usahawan berjaya,, hehe

    ReplyDelete
  8. @Sheila Salim waalaikumussalaam,,, kalau dah hati nk pergi,, tak yah fikir dah mahal tak mahal,, ilmu tu yang penting,, kan? errk,, :D

    ReplyDelete
  9. @Zuan aduss,, muja tak gi, jauh and ta rasa lagi nak jadi usahawan,, hehe

    ReplyDelete
  10. hehe papepun all the best for the 1st price..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus