hari ni dah hari raya ke berapa ek? seriously i have lost count dah. yang pasti masih ada entry raya yang muja nak update. jangan marah haaa. hari tu muja ada update
beraya rumah ustazah norhayati, hari ni muja combine je dua entry kepada satu. kasi padat dan mapan gitu lorh. beraya rumah cikgu zul dengan teacher maizan. dedua my beloved teacher. cikgu zul ni cikgu bahasa melayu muja time darjah 6 and teacher maizan lak pernah jadi guru penasihat when i joined
story telling competiton time darjah tiga. sampai ke labuan kami bersama-sama. bab muja habiskan duit and masa dia memang dah tak terkira. perrghhh. cer tacim tetiba nok. T_T
|
cikgu zul, mukhlis, iwan, ida dan muja |
kami pergi rumah cikgu zul hari raya keempat. dalam kul 10 mukhlis amik muja ngan ida then kitorang gerak gi rumah iwan lak. dah macam madam. bajet-bajet orang kaya pun ada bila driver dok tunggu kita masuk kete. masuk je, kete pun gerak. awww. berangan sungguh! cikgu baru sihat lepas kena serangan jantung. moga cikgu sihat walafiat hendaknya. bila dah jumpa cikgu zul, memang tak sah kalau tak dengar pelbagai jenis cerita yang boleh buat kita ternganga nganga. tak tahu nak caye ke tak. haha. teringat kelas bahasa melayu
darjah enam yang havoc kegemaran kami. dari kisah cikgu cikgi zaman sekarang yang asyik kena tembak hinggalah perihal gadgets, semua keluar. mungkin cikgu tak tahu yang muja bukan peminat gadget kot -.-'
yang muja paling excited bila pergi beraya di rumah cikgu zul adalah anak-anak dia. comel tu memang dah part yang tak terkata. yang muja nak highlight nih, dorang punya hobi tu. perghh! memang sebijik sama kami punya kecintaan yakni Snap Gambar. dorang ni jenis makhluk Allah yang bila kita panggil nak amik gambar je, terus datang. tak macam adik muja si amir tu. punya susah. bajet malu! puuuiii. dengan bebudak kecik sporting ni, maka terhasillah gambar yang macm kat bawah ni haaa. yang sulung tu siap curi spek abah dia. kemahen. -.-'
|
moga muja dapat anak reramai dan sporting cenggini nanti. amiiin |
|
kami macam family dah kan? |
satu je yang muja tacim sikit time gi raya rumah cikgu zul nih, ianya bab baju muja yang kainnya keras macam batu. can you imagine how hard a rock can be? can you imagine a rock turn into material then sewn into baju kurung? seriously dont imagine it. memang horror sedunia! buat muja nampak gemuk di pagi raya. ni memang peristiwa yang tak dapat dimaafkan, apetah lagi diampunkan. tidak sama sekali! sampai ada kawan muja cakap, time muja jalan, nampak macam robot. kain dia tu jenis tak jatuh. mengembang gitu. arrrgghh!!! menyesal tak beli online kat
Zalora River Island ni for baju raya hari tu. kalau tak, tak de la jadi masalah kain keras cenggini. ni yang dikatakan menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. -.-'
|
nampak tangan kanan muja tarik baju tu ke belakang nak bagi tak nampak macam mak cik mengandung 6 bulan? bagus T_T |
|
ni muka stress bila baju dah macam batu. ida melayan je muja buat ape pun. kesian kat dia. hee |
|
sesama anak sulung. secocok pulak muja tengok. kah3! |
|
habis edit dah ni. tak cantik-cantik gak macam yang muja nak. tak reti! pfftt!!! |
then, hari raya kelima lak muja gerak lak gi pasir tumbuh to celebrate raya dengan my beloved teacher maizan. time ni mukhlis dah balik penang. teacher maizan ni dah pindah dari sekolah muja dulu. susah gak nak cari rumah dia. sempat makan buah langsat dua tiga bijik. keh3. bila sampai, dye pun citer pasal budak-budak kat sekolah yang dah berubah jugak. seram lak bila dengar cerita dari orang lama nih. budak bawak rokok, budak bawak gadgets, budak tak nak belajar. nasib muja nanti hanya Allah jela yang tahu. moga muja mati secara normal, bukan sebab kena tembak. sobss.
kat rumah teacher ni best gak. dapat makan benda-benda sup hari tu. eh, korang tahu tak yang makan itu hobi muja? hehehe. ok. now you know la kan? moga ukhuwah antara kita sentiasa kental dan pejal. tak musnah dek masa. jangan la juga muja dilupa dengan kehadiran pelajar-pelajar lain. kalau jumpa tepi tepi mall tu, jangan risau lew teacher, confirm muja tegur. kalau jauh sangat, muja jerit je. pe susah. asalkan muja tak dilupa. tak dapat nak bayangkan kalau satu masa, kita jumpa, teacher pun tanya, 'anak ni sape ye?' omg! sadis and tacim tak terhingga tau. :'(
|
muja, teacher maizan, and iwan |
|
muja and her beloved teacher. :") |
|
on the way home. sempat lagi menggila atas kereta yang ada atas jalan :D |
syawal tahun ini muja rasakan cukup sempurna. adik-adik semua balik, semua ada. rumah cikgu pun muja dah sempat singgah. tak macam raya sebelum-sebelumnya. walaupun sudah sangat kurang dapat duit raya, tak bermakna raya muja sudah tidak bermakna. moga muja sempat berjumpa syawal yang seterusnya. moga students muja juga akan mengingati muja seperti mana muja mengingati guru-guru muja yang pernah berjasa. amiin
keep loving, stop hating. love you forever. xoxo :D
salam singgah disini. puisi generasi anak muda berjalan2 :)
ReplyDeletecomel je miss muja ni... bestnyaa jadi cikgu.. ena rasa nak jd lecturer je nanti... huuuuuu
ReplyDeletesyioknya sambung beraya lagi.. hehehee
ReplyDeletebajet-bajet orang kaya pun ada bila driver dok tunggu kita masuk kete-------->>> ayat nie x bleh blah x bleh blah....nk je aku kunci pintu aritu,..hahahahaa
ReplyDeleteHehe..cikgu ni macam pernah nampak aje..tapi kat mana yer...
ReplyDelete@Syazary Sukor tq for visiting :D
ReplyDelete@✿AINAA ROSEBERRY✿ aissyyy,, awak tu doctor :D
ReplyDelete@KiD tamo jelyyy naa
ReplyDelete@'; bUdAk kLaTe ;' hahaha,, aku ada driver,, mung ade? :P
ReplyDeleteAdeeeeee....haha....untgla ad driver
ReplyDeletesangat untung k,, hahaha
Deleteterbaiklah beraya ke rumah cikgu-cikgu masa sekolah.
ReplyDeletesangat terbaik,, dh jangan jelly naa :P
Deleteseronok sakan ye raya huhuhu..
ReplyDeletewan tu,, tak sanggup pun datang kelate,, sobss
DeleteI'm glad you had a great time with your friends and your loved ones.
ReplyDeletememnag best dapt jumpe guru sekolah dulu2..lagi2 sporting..
ReplyDelete