Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging
ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.
suatu ketika dulu, muja pernah punya sebuah diari setiap tahun. penuh dengan cerita tentang crush muja yang kekal sehingga tingkatan lima. lepas dia tamat sekolah dan saya masih dalam sekolah tu, saya berhenti tulis diari. kesan daripada itu, sampai sekarang pun masih terasa. lepas tu, muja tahu pasal blog dari kawan yang mempunyai kemudahan internet terlebih dahulu. mulalah rasa untuk berblog membuak-buak. lagi mudah untuk berkongsi dengan berblogging.
my beloved diaries: form 2, form 3, form 4, form 5 tu crush dah keluar. diary tak diperlukan lagi, |
justeru, muja rasa, daripada menulis tanpa dapat apa-apa, baik juga buat sesuatu dengan penulisan yang muja buat di blog muja. apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging adalah cara-cara untuk meyakinkan pembaca dengan apa yang kita coretkan di blog kita. apabila pembaca yakin, itulah permulaan kita mula berupaya membuat duit dengan blogging
Buat Duit Dengan Blogging Sangat Lumayan
suatu ketika dahulu, ramai yang mengatakan sentiasa berada di atas talian adalah sekadar membuang masa. sekarang, beratus blog tumbuh setiap hati kerana manusia sudah sedar yang blogging boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan. mereka mula sedar apabila sudah ada full-time blogger menjadikan blogging sebagai sumber pendapatan yang utama.
bukan hanya blog informasi yang menjadi tumpuan para advertisers, blog personal juga mula mendapat tempat di hati pengiklan apabila blogger-blogger ini tahu cara-cara memikat hati para pengiklan. mereka yang berjaya memikat hati pembaca hanya dengan menulis aktiviti harian sememangnya sangat hebat. betapa kita boleh membuat penulisan menjadi begitu berkuasa.
Buat Duit Dengan Blogging Sangat Menarik
buat duit dengan blogging sangat menarik kerana ia menggunakan medium yang disukai oleh semua orang iaitu internet. saya boleh dikatakan ketagih internet tetapi saya tidak rasa itu sesuatu yang negatif apabila sudah terbukti blogging boleh jadi satu pekerjaan yang lumayan. ianya sangat menarik apabila mereka yang bukan dari kursus penulisan dapat menarik ramai pembaca yang setia.
kalau nak contoh blogger yang buat duit yang baik, bukan saya orangnya tapi saya percaya, buat duit dengan blogging adalah cara buat duit yang sangat efektif dan menghiburkan. seperti biasa, kita akan lebih gembira apabila kita buat perkara yang kita suka. samalah juga dengan blogging. suka blogging dulu, duit akan datang kemudian.
click untuk join --)) Mini Contest: Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging
“Mini contest ini mendapat sokongan penuh blogger Pakar iaitu Titan, Juan dan Suri.”
setakat ni duit belom menjadi lagii..hehe masih usaha..
ReplyDeletebagus2,, teruskan berusaha :D
Deleteya. stuju dengan pendapat aw. apa pun i wish u luck :D happy blogging
ReplyDeletehappy blogging :D
DeleteIlmu yg baik untuk dikongsi.
ReplyDeletesama samalah kita amalkan.. :-)
Deletemesti banyak sangat pengalaman menulis ni
ReplyDeleteada diari lagi tu
dalam diari tu penulisan lagi merapu.. sejak ada blog kena jd skema sikit.. hehe
Deletedatang belajar dkt sini..gud luck muja...
ReplyDeletemuja yang kena belajar ngan kl kot. hehe
DeleteAlhamdulillah, bila ena berblog ni, makin murah rezeki ena atas usaha sendiri... hehehe
ReplyDeletealhamdulillah.. rezeki datang daripadaNya
Deletefae belum lagi ke tahap tu. blog masih 'baby'. hehe.
ReplyDeletetak pe fae baby sekarang genius tau... ekekee
Deletemai dh brape thun blogging baru letak nuffnang...wlupn xbyk, tp ok la
ReplyDeletebaik ada dari tiada.. yang penting blogging tu perkara yang kita suka..
Deletealhamdulillah..rezeki muja..nad belum lagi dapat..hehe
ReplyDelete