Ketidakpastian
assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh
dalam hidup ini kita selalu berhadapan dengan ketidakpastian
tidak pasti sama ada pilihan yang lebih baik itu A atau B
tidak pasti hendak lakukan itu ataupun yang ini
tidak pasti mahu belok ke kanan ataupun ke kiri
tidak perlu kita khuatiri dan tertanya-tanya
kalau jadi macam ni atau macam tu bagaimana
bukankah segalanya telah ditetapkan oleh yang Maha Esa
maka berdoalah agar dipermudahkan segalanya bagi kita
membuat keputusan itu sesuatu yang mesti
fikirkan sebaik mungkin mengikut gerak hati
nescaya hati yang suci akan membantu diri
diri yang dalam keadaan mencari-cari
mencari menggagau sesuatu yang tidak pasti
saat inilah kita amat perlukan keyakinan diri
yakin dengan segala apa yang kita putusi
yakin yang itu yang terbaik buat masa ini
bersedialah menempuhi segala risiko yang bakal dihadapi
ya Allah ya Tuhanku.. tunjukilah kami jalan ke arah redaMu.. jauhilah kami dari perasaan ragu-ragu.. sesungguhnya kami hanya hambaMu.. hambaMu yang tidak mampu..
ketidakpastian itu..mungkin ada A,B,C,dan D juga..atau mungkin lebih..hu3
ReplyDeleteMemang susah nak buat kputusan kalau semuanya tak pasti..solat istikarah,itu yang terbaik :)
ReplyDeletebetul saat ini kita perlukan keyakinan diri, berbnyakkanlah istikharah :)
ReplyDeletesinggah n follow...
ReplyDeletejmpot singgah blog teman...
http://ctamanaqim.blogspot.com/
^_^