Riak, Sombong, Menyakitkan, dan Annoying



assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh

dari kecik aku diajar oleh ustaz dan ustazah bahayanya sifat-sifat mazmumah
ya aku tahu mereka sifat yang tidak patut ada dalam hati setiap ummah
namun dia menyelit tanpa sedar saat kita betul-betul tersangat lemah
lemah longlai dengan godaan perihal keduniaan yang tak henti-henti serakah

riak itu apabila berasa kita lebih mulia daripada yang lain
menyebabkan kita selalu jaga orang lain punya tepi kain
mengata apa-apa yang di mata bukan dengan main-main
kadang kadang yang dirasa manis time berlawak itu yang masin

orang lain dipandang sebelah mata kerana padanya hanya dia yang sempurna
pada orang lain ada saja yg tak kena mesti ada yang cacat dicela di sini sana
setelah menghiris luka dengan sengaja dikatanya nasihat, sekadar gurau senda
disalahkan pula orang yang terasa dirinya diluka dan terluka kerananya

apabila dua manusia berbeza membuat perkara yang sama
pada pandangan dia perkara itu menjadi berbeza
ada saja alasan nak membetulkan dirinya yang diraja
sudahku kata, bukankah dia rasa dia sahaja yang 'sempurna'

sekali lagi riak, ego serta berasa sempurna beraja
annoying giler ngan orang bajet sempurna,, puuuuiiii!!!!


Comments

  1. Replies
    1. geram betul, tiap kali cakap ngan dia, mesti menyesal. grrrr

      Delete
  2. Replies
    1. yup,, sangat,,, pantang cakap ngn dia,, terus titew yang kena,, cess

      Delete
  3. salam, kalau akak dah bengang sangat dengan manusia yg annoying kan, akak tak layan dah lepas tu.buat dia macam tak wujud.baru kita tak sakit hati dah biar dia muhasabah diri kenapa org taknak layan dia lagi.

    ReplyDelete
  4. buat tak tau org macam ni..makin dilayan buat sakit hati kita je

    ReplyDelete
  5. Sabar jela muja..perangai manusia brbeza-beza

    ReplyDelete
  6. sadly, the world is full of pple of tht kind :3

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus