Cara Mengurangkan Berat Badan Untuk Wanita: Apakah Leptin?
ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.
Cara Mengurangkan Berat Badan Untuk Wanita | Hari ni, entah macam mana, jari jemari muja ni boleh pulak terklik satu iklan tentang sebuah program mengurangkan berat badan untuk wanita. Muja tengok video tu dari awal hingga akhir sebab ia sangat menarik tapi tak beli pun produk luar negara tu. Tukaran wang dah 3 kali ganda tapi i gained a lot from just viewing the ad.
Now, I want to share the knowledge with all of you. Hope it gives you benefit. Lepas tengok video program diet untuk wanita tu, Muja mengetahui penemuan baru tentang Leptin. Muja sendiri tak habis selidik lagi. Muja akan kongsi by part. Senang untuk diingat dan tak de la buang masa kena tunggu selidik semua baru nak tulis.
Buat pengenalan, muja nak bagitahu yang cara mengurangkan lemak badan ni lebih kepada untuk wanita sebab caranya berdasarkan kelebihan dan kelemahan yang ada dalam diri seorang wanita. Lelaki pun boleh amalkan tetapi rasanya lebih baik korang teruskan cara yang korang dah buat selama ni. Cara itu lebih sesuai dengan korang. Terpulanglah.
Cara yang muja ingin perkenalkan adalah cara mengurangkan berat badan dengan mengaktifkan Leptin.
Apakah Leptin?
Leptin adalah sejenis hormon kekenyangan (hormon yang menghantar signal ke otak bahawa simpanan lemak dalam badan adalah mencukupi dan tidak perlu ditambah lagi dengan pengambilan makanan) yang dihasilkan oleh sel-sel lemak.
Secara lojik akalnya, semakin banyak lemak yang dihasilkan oleh sel-sel lemak, semakin banyak hormon leptin dihasilkan, yang seterusnya akan menghantar signal kepada otak bahawa kita sudah kenyang, dan otak pula akan menghantar signal kepada badan supaya mengurangkan pengambilan makanan. Secara automatik berat akan berkurangan.
Teori di atas kedengaran sangat hebat. Namun begitu, teori di atas adalah sebuah teori yang sangat terlebih general. Terlebih menggunakan imaginasi kerana kita dapat lihat ramai manusia yang mempunyai berat badan berlebihan di dunia ini. Hakikat sebenarnya tidak begitu. Hal ini terjadi kerana metabolism yang telah rosak dan masalah endokrin yang biasa terjadi pada mereka yang mempunyai masalah berat badan.
Fakta yang paling menarik adalah, golongan wanita menghasilkan dua kali ganda hormon Leptin berbanding lelaki. Jadi, kenapakah golongan wanita susah mendapatkan hasil yang dikehendaki apabila berdiet? Padahal, golongan wanitalah yang mempunyai lebih peluang untuk membakar lemak dengan adanya hormon Leptin ini. Hal inilah yang akan kita bincangkan satu persatu di blog mujadafewa.my ini. Jangan lepaskan satu entry pun tau. :P
Setakat ini dulu. Nantikan sambungannya di saat Muja rajin. Kah3
mane nak beli hormon leptin tu.. farmasi adeke.. :D
ReplyDeleteaiiippp,, dia ada dalam lemak,, lemak boleh beli kat farmasi tak? :P
Deleteuntuk lelaki bagaimana pula, ??? excited nak tahu nie
ReplyDeleteleptip tu apa muja?
ReplyDeletemacam nak kena recall balik bab dalam subjek biologi ni,hehehehe
ReplyDeleteSemalam MAkbed pon cari pasal leptin ni kat utube. Tapi, kalau Muja leh explain lagi dalam term yg mudah difahami, lebih besh. Good entry!
ReplyDeletewah makin ramping la muja lepas ni
ReplyDeleteBila dah berusia ni kalau nak kuruskan badan memang susah sikit kan..dah try mcm2 cara dah..turun skjp lps tu naik balik..adehhh sedih sungguh. Nak xcersice malas le pulak..
ReplyDeleteOk sis tunggu lagi entry muja...nak gak cuba cara yang muja cakap ni..:)
tips nak gemukkan badan xde ke .. huhuhu .. nina kurus sangat nim :'(
ReplyDeleteMuja.... kita nak tambah berat!!! =)
ReplyDeleteUitt..kite dhnkuruih dah..hahha
ReplyDelete