Permainan Klik-klik Iklan Yang Menganiaya Banyak Pihak


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

Entry ini entry berani mati yang Muja pasti akan ada ramai yang tak berpuas hati. Muja dah tak kira dan tak kisah dah. Sebelum ini sudah ada yang menulis tentang ini namun masih tiada tanda-tanda musibat ini akan berhenti. Setelah sekian lama membengkak di hati, terhasil juga entry ini.

periklanan yang menganiaya, permainan klik-klik iklan, 8share, churpchurp
Apa Itu 8Share? Hmmm..

Hari ini Muja nak berkongsi pandangan tentang bagaimana permainan klik-klik iklan atau dengan nama yang lebih glamour digelar link exchange ini sangat menganiaya banyak pihak. Ada juga versi penipuan lain iaitu meminta klik dan caption hot menipu yang ditulis tak berkaitan dengan iklan. Semualah ye. :)

Hal ini dari pandangan Muja sendiri yang mungkin ada salah di banyak sisi sebab kita tak tahu cara pengurusan sebenar syarikat pengiklanan itu. Mungkin ada juga yang Muja tak dapat fahami dengan mendalam. Mungkin tersalah fakta, tersalah kata. Harap maaf dan boleh investigate them for yourselves. Diri ini tidak sempurna.
Kenapa permainan klik-klik iklan ini menganiaya banyak pihak? Bagaimana permainan ini menjadi satu penganiayaan pulak? Teruskan membaca.

Penganiayaan Terhadap Advertiser

Advertiser menghabiskan banyak modal untuk menghasilkan sebuah iklan berkualiti dengan harapan dapat menarik minat orang ramai untuk melihat dan menontonnya. Bayaran editor, model, penulis skrip, arahan, masa, semuanya adalah modal yang diperuntukkan. 

Secara lojiknya semakin ramai jumlah penonton, semakin tinggi peratusan untuk mereka mendapatkan pelanggan yang akan berminat untuk membeli atau menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Boleh dikatakan, sejak adanya link exchange, harapan hanya tinggal harapan.

Apabila link exchange dilakukan, peratusan untuk mendapatkan pelanggan menurun. Orang yang melihat iklan tersebut sekadar mengklik tanpa potensi untuk menjadi pelanggan sedangkan advertiser membayar 20 sen untuk setiap klik.

Agak-agak korang, berapa banyak advertiser rugi dengan perbuatan orang yang mengamalkan link exchange?

Penganiayaan Terhadap Syarikat Pengiklanan

permainan klik iklan, 8share, churpchurp

Baca. Kalau tak paham meh Muja tolong translate. 8share mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapatkan kepercayaan tentang konsep pengiklanan yang diketengahkan iaitu dengan menggunakan pengguna media sosial. Dari Youthsays membawa ke SAYS dan yang latest dinamakan 8SHARE. Bertahun mereka bekerja. Jerih perih tu. Fuuuh.

Apabila adanya manusia yang membuat perniagaan ini menjadi satu permainan, syarikat pengiklanan yang dah banyak bagi pendapatan untuk kekita ini akan kehilangan kredibilitinya. Advertiser takkan percaya lagi kaedah pengiklanan yang dijalankan ini membawa keuntungan. Jadi, syarikat pengiklanan ini akan rugi. Paham?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebelum bergerak pula kepada penganiayaan terhadap publisher iaitu kita yang menyebarkan iklan itu, kita tengok dulu cara 8share memberikan earning kepada kita.

Kita mendapat earning dari bilangan UNIQUE VISITOR, bukan visitor. In case ada yang tak faham unique visitor tu apa, Muja nak gitau dulu unique visitor tu pebendanya:

Unique Visitor is a term used in Web analytics to refer to a person who visits a site at least once within the reporting period. Each visitor to the site is only counted once during the reporting period, so if the same IP address accesses the site many times, it still counts as one visitor.

Versi Bahasa Melayu

Pelawat Unik adalah sebuah terma yang digunakan untuk menamakan seseorang yang melawat satu laman sekurang-kurangnya sekali dalam satu tempoh masa. Setiap pelawat ke laman tersebut hanya dikira sebagai satu dalam tempoh masa tersebut. Jadi, jika alamat IP yang sama mengakses laman tersebut untuk beberapa kali, ia hanya dikira sebagai satu unique visitor.

Perkaitannya dengan syarikat pengiklanan. Contoh: 8share and Churpchurp

Syarikat pengiklanan ini juga mempunyai tempoh masanya yang tersendiri untuk mengesan dan menentukan unique visitor yang masuk ke laman-laman iklan yang diberikan yang kita tidak tahu.

But in 8share case, Muja rasa memang dorang tak de tetap masa dah. Memang dorang kira yang first click sahaja sebab Muja ada tanya di page dorang dan di bawah ini adalah jawapannya.



Penganiayaan Terhadap HONEST PUBLISHERS: 

Bila seseorang sudah mengklik link yang telah ditukar-tukar itu, ia sudah dikira sebagai satu unique visitor. Pemilik link tersebut telah menjana 20 sen. Jika orang tersebut mengklik lagi iklan yang sama tetapi daripada pemilik link yang berbeza, pemilik link kedua tidak mendapat apa-apa lagi kerana sistem akan detect IP address yang sama.

Lebih menyedihkan apabila pemilik link kedua adalah orang yang share dengan cara yang jujur. Mereka sekadar mendapat letih berkongsi di pelbagai platform dan memikirkan caption paling hebat untuk menarik orang ramai mengklik iklannya. Tup tup hasilnya tarak. Adakah ini adil????

Ada juga yang bijak. Siap clean cookies bagai so that sistem tak leh detect. Pihak syarikat pun tak banyak masa nak check one by one. Tahniah. However, apa kata gunakan kebijaksanaan itu di tempat yang lebih baik. Ok? :)

Analogi bagaimana link exchange menganiaya orang yang jujur.

Ada tiga orang manusia. A, B dan C. A dan B mendapat iklan yang sama iaitu syampu Sunsilk. A jenis suka main link exchange. Jadi dia exchange link dengan C ataupun dia MEMINTA si C untuk mengklick link tu. Sebagai seorang yang baik hati, si C pun mengkliknya tanpa banyak soal. Then dia bukak tab Facebook lain. Tak tengok pun iklan tu. Sekadar nak tunggu habis loading je. Pedehal. -_-

2 saat kemudian, C melihat di news feed iklan yang menarik hatinya tentang syampu Sunsilk yang tanpa disedarinya adalah iklan yang sama dengan link yang dikliknya sebentar tadi tetapi dikongsi oleh B. C mengkliknya. 

ADAKAH ANDA TAHU YANG A YANG MELANGGAR PERATURAN TELAH MENDAPAT EARNING DAN B YANG JUJUR TIDAK MENDAPAT APA-APA????

Lagi sadis mereka yang upload print screen earning ribu riban daripada aktiviti ini, siap bersyukur, siap gitau Ini Cashout ke 976 Kali. Hati kita yang tak buat dan tak berapa nak masyuk ni hanya mampu lihat dan cemburu dalam hati. Nak buat takut, takut dibenci, di-ban. Paling menakutkan, di akhirat kelak. Seram...
tipu klik iklan, completed ads
Merujuk gambar di atas, kita mempunyai tempoh masa tertentu untuk mendapatkan sebanyak mungkin unique visitor bagi setiap iklan dan perbuatan yang sangat desperate itu menyebabkan banyak klik dan masa terbazir begitu sahaja. Macam mana terbazir? Refer balik penerangan di atas.

Muja berasa pelik juga kegiatan tidak bermoral ini masih ongoing walaupun sudah pernah ditegur oleh ramai blogger. Jadi, mereka tahu, cuma buat-buat tak tahu. Mungkin mereka ego? Mungkin mereka dalam kesempitan? Ada keperluan wang yang mendesak? Muja kurang pasti.

Muja cuba husnudzon, mungkin mereka tak tahu cara share dengan betul. Mungkin dorang tak tahu cara sharing yang betul dan salah. Jangan risau. Muja dah print screen sesiap. Jadi sila baca.

5 Pillars of the 8share Code of Honour.

8share code of honour, permainan klik iklan, klik iklan tipu
sila fokuskan pada quote dalam kotak merah. tq
Tak kiralah perbuatan apa yang korang lakukan yang dirasakan menyalahi peraturan, baik hentikan jelah. Kita sendiri tak tahu perbuatan itu mendatangkan rezeki yang haram atau halal kepada kita. Kita menipu, take things for granted, menghancurkan kepercayaan. Kenapa kita nak bawa diri kita ke tahap serendah itu hanya kerana duit? 20 sen per click? Not worth.

Satu lagi, anggaplah share iklan ini sebagai sumber pendapatan sampingan. So that rasa tamak tak menguasai. At least boleh beli barang online bagi mereka yang mudah tertarik dengan testimoni macam Muja ni. Kalau nak berpuluh riban, gunalah ilmu yang dah dipelajari di sekolah or gaji dari pekerjaan tetap. Lagi puas hati.

sesapa yang nak join boleh click di sini --) 8Share here :D 
yang Churpchurp boleh click sini --) join Churp2 Here :D

Just my 198 cents. Peace no war. A true friend is a friend who dares to tell you the dark side of you and pray for you in the dark. Wassalaam. :D

Comments

  1. Replies
    1. harap maaf kalau ada yang tersalah fakta di atas :'(

      Delete
  2. hairan sbb ada yg kejap je dah boleh cashout... akak nya berbulan kot baru cukup nilai utk cashout.. stakat ni 8share x pernah cashout lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? sedih kan? orang lain ribu riban,, ini memang tidak adil.

      Delete
  3. Serius siapa tamak akan benda ni akan rasa menyesal di kemudian hari. Sebenarnya anda boleh menjana pendapatan lain yang lebih menguntungkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan,, benda ni muja main time time boring jer.. share bebanyak tak pe,, orang klik itu rezeki orang tak klik pun kita terima,,,

      Delete
  4. liniey pun penah wat link xchange dlu..seriuosly dlu xtau yg mcm tu salah..bila terbaca stts kak suria yg mcm tu dinamakan click fraud bru la tauu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak tahu tak leh nak buat pe,, tapi yang dah tahu tetap buat tu ape cer,, sobss :'(

      Delete
  5. btw nak tanya cmne pulak kalau iklan ni di buat entry?adakah dibolehkan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tapi tak digalakkan sebab apabila iklan tu dah tamat, link tu akan jadi broken link. tak bagus untuk blog :)

      Delete
  6. tak berapa tahu sangat pasal 8 share nih... sbb tak pernah join pun... churp churp sama terbengkalai tak pernah check pun... huhu~
    apa pun bagus penerangan Muja... memang patut ditegur benda-benda begini...

    ReplyDelete
  7. penerangan yg terbaik dri muja
    moga ramai yg membaca n memahami rule 8share
    dulu yumida pun kurang faham mcm mana nak share benda ni, pernah gak terbuat benda terlarang mcm atas tu
    skrg dah tau, insaf..
    bila earning cepat naik bak durian runtuh..nafsu menguasai diri
    kengkadang kita lupa...adakah rezeki yg kita perolehi itu 'berkat' atau tidak

    permainan klik2 tanpa mematuhi syarat semakin berleluasa
    tertarik dgn last paragraph tu...'A true friend is a friend who dares to tell you the dark side of you and pray for you in the dark'. iye...i sokong sgt2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la,, harap2 dapat terbuka minda kenapa tak boleh buat begini,, bukan marah sebab ditegur,, huhuu

      Delete
  8. confirm ramai yg banned muja lepas nie :) tp xpe muja..kebenaran perlu di tegak kan :)

    ReplyDelete
  9. Saya tak pernah join 8share dan Churp Churp, tapi suka cara awak explain things. Panjang lebar dan cukup jelas. BTW we went to the same school :)

    ReplyDelete
  10. Sebab permainan klik2 iklan ni lah Google Adsense susah nak approve di Malaysia.. banyak sangat fraud click.. dan sebab permainan klik2 ni jugaklah dah mengganggu banyak periuk nasi orang lain..

    siapa yg buat kerja klik2 cara kotor memang rezeki yg dia dapat tu tak berkat.. haram..

    kalau ada nampak sape2 buat kerja tak senonoh macam tu, tolonglah report.. biar akaun dia kena block.. takyah nak kesian ke apa ke.. report je..

    ReplyDelete
  11. dah up dah...ne yg eca suka ne!...dulu i klik u, u klik i...tpi bila fkr xde faedah..biarlah xcashout xpe.jangan jadi mata duitan suda kan kan?!...biarla xmampu beli laptop baru xpe, asal akhirat xkena tanya...hahahaha :D

    ReplyDelete
  12. wow muja thanks penerangan detail.kekadnag alpa sebab makin rmi klik makin byk yg masok..padahal?hurmm

    ReplyDelete
  13. Oo.. zara xtau pulak bole juga buat mcm tu ntuk earn money dlm 8share cara mudah tp xbarokah. zara bru dlm 8share.. bru register last month. Satu info yg bguna buat zara.. trima kasih muja.. ^^

    ReplyDelete
  14. honestly, saya pun pernah buat jugak exchange link nie dulu-dulu.. tapi sekarang bila baca byk artikel di internet + tgk video dr 8share, rasa menyesal pun ada.. huhu.. Nak duit mmg mudah, tp kalau x kena dgn cara dia duit tu boleh jatuh duit haram..


    ReplyDelete
  15. hmmm .. betul tu kak. saya pun rasa sangsi bab 'unique visitor' ni. dia main kira yg 1st time tanpa tetapkan had masa, hmm

    terganggu piuk nasi orang lain.. nasib la.. ptt pun google susah nak approve malaysia ni

    ReplyDelete
  16. huhu panjangnya rajin ye menulis kalau berminat nak jadi penulis jemputan sila la datang di blog sye ye hihi http://lalapost.com

    ReplyDelete
  17. x pernha tahu psl bnda ni..hahaa...lyeen mcm pernah nk jinak2 tp asyik x jdik ja...ahahha...

    ReplyDelete
  18. Setuju ngan muja. Dengan kos sara hidup yg tinggi tak mustahil org sanggup buat apa sahaja untuk hidup. Biar tak kaya dunia yang penting kaya kat akhirat.

    ReplyDelete
  19. betul tu bro. eh sis! :D

    kesian kat advertiser tu sendiri. dia punya nak iklan dengan 8share, tapi publisher pulak yang buat hal.

    ReplyDelete
  20. tak baik buat macam tu..kena fikirkan halal haram juga...

    ReplyDelete
  21. memang menarik isu nie. macam mimpi plak aku dapat khatam entry nie dalam keadaan mata yg mengantok nie.. :)

    ReplyDelete
  22. Biasa la tu, setiapa perkara ada baik dan buruknya. Ada kelebihan dan kelemahannya. Dan itulah sebenarnya yang menjadikan dunia internet sebuah dunia yang indah jika kita tahu menggunakan segala kelebihannya. Dan kalaulah ada kekurangan, kita kenalah pilih satu antara dua, teruskan atau logout selamanya World WideWeb..gitu kan?

    ReplyDelete
  23. tu yang kadang-kadang pikir bnyak kali nak join ke semuanyer ni..sape yang pandai buat, dalam la duit tu..tak pandai macam nad..hehe..duk diam jele..kang buat salah sana sini

    ReplyDelete
  24. Tq banyak untuk perkongsian ni..saya mencari perbezaan says dan 8share terus jumpa blog yg awesome ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus