SalamMedia Dot My Untuk Semua Blogger Yang Pentingkan Syariat Islam


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

salammedieadotmy, syarikat pengiklanan mengikut syariah, syarikat pengiklanan untuk orang islam

Terima kasih untuk Kak Kujie sebab sudah memberitahu Muja tentang SalamMedia Dot My, sebuah syarikat pengiklanan berasaskan syariah. Memang sesuai untuk blogger beragama Islam yang mementingkan kehalalan dan keberkatan dalam mencari rezeki.


Alhamdulillah, SalamMedia yang berasaskan Islam muncul di saat banyak syarikat pengiklanan lain tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan untuk kita semua. Selalunya, para bloggers selalu ditanya tentang kehalalan sesuatu pengiklanan dan situasi itu tidak lagi berlaku dengan adanya SalamMedia.



Para blogger yang menyertai komuniti SalamMedia juga tidak perlu lagi berasa ragu-ragu kerana pengiklanan yang dilakukan ditapis dengan penuh berhati-hati supaya menepati lunas-lunas Islam. Sebagai contoh, makanan yang diiklan disyaratkan untuk mendapatkan pengesahan JAKIM tentang status kehalalannya. Jadi, kita boleh beriklan dengan yakin bersama-sama dengan SalamMedia.

Siapa Yang Boleh Menyertai Salam Media?

Sesiapa sahaja boleh menyertai Salam Media selagi mempunyai blog, facebook, twitter dan instagram. Semua berpeluang memperoleh pendapatan dengan menyertai komuniti Salam Media, yang menitikberatkan cara penulisan berbanding dengan populariti di media sosial semata-mata.

Salam Media Berasaskan Syariah

Sebagai orang Islam, kita diwajibkan mencari rezeki yang halal walaupun tiada yang dapat menentukannya. Namun begitu, Salam Media berusaha untuk menjadi tapak pengiklanan yang paling hampir dengan halal dengan tidak mempromosikan minuman beralkohol dan sebagainya.

Keunikan Salam Media

Tidak seperti medium pengiklanan lain, Salam Media tidak membuat pengiklanan menggunakan banner tetapi menggunakan teknik advertorial. Jadi, para publisher diminta menulis dengan sebaik mungkin untuk lebih berpeluang untuk mendapatkan advertorial daripada pengiklanan.

Tak perlu buang masa tahu. Sertai SalamMedia sekarang. Ingat, sesiapa pun boleh sertai. Tak perlu rasa rendah diri. Tak perlu rasa tak layak. Tak perlu ragu-ragu lagi.

Boleh klik sini- SalamMediaDotMy . Jangan lupa like juga - Fanpage SalamMedia

Wassalaam.

Comments

  1. Salam Media tu suh isi borang la Muja.. Saya isi je.. :)

    ReplyDelete
  2. ic deabak leh la memenuhkan ruang iklan di blog hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tak guna ruang iklan,, dia guna advertorial :D

      Delete
  3. Muja pun join juga, sambil blogwalking sambil sertai contest. Peluang nak menag memang tipis tapi apa yg penting dpt mengenali apa itu salam media.

    ReplyDelete
  4. Nice info. Bolehla rekomen kat kawan lain tentang salam media ni.

    ReplyDelete
  5. Nice sharing. Tq for the article. I will recommend Salam media to others.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus