Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

kontes ilmu blogspot blogger malaysia, ilmu blogging, tips blogging, cara blogging, cara tulis blog
Klik Sini Kalau Nak Join 

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Saya adalah pengguna blogger.com yang untuk memperkatakan tentang ilmu SEO secara hebat masih belum layak. Namun begitu, saya berusaha juga untuk mempelajari sedikit sebanyak cara penulisan blog dengan lebih baik.

Apa yang saya mampu buat, saya buat. Apa yang saya tak mampu, mungkin akan saya buat pada masa akan datang. Siapa tahu. Jadi hari ini, saya ingin berkongsi apa yang sekarang saya lakukan dalam berblogging.

Hasilnya sedikit demi sedikit menampakkan diri walaupun jauh lagi daripada sasaran sebenar. Semoga entri ini membantu sedikit sebanyak semua yang membaca.

1. Senarai Semak Sebelum Sebuah Entry Diterbitkan

Saya selalu melakukan ralat dalam penulisan entri di blog saya ini menyebabkan saya mempunyai senarai sendiri perkara yang perlu dipastikan sebelum mengklik Publish untuk setiap entri. Antaranya adalah:

Tajuk Entri pada permulaan entri memastikan tidak tercicir memasukkan kata kunci dalam entri. Tiada kesalahan ejaan dikesan dalam entri.
Tajuk Entri Sama dengan url entri. Kalau tidak sama, gunakan Custom Permalink.
Alt Tags Pada Setiap Gambar dengan kata kunci yang difokuskan menggunakan fungsi Properties supaya lebih senang diindeks oleh Google
Labels digunakan dengan baik untuk mengumpulkan entri dibawah kumpulan yang sama.
Search Description Diisi dengan beberapa ayat yang dimulakan dengan tajuk entri.
Tag h1 Digunakan pada kata kunci dalam entri.


2. Waktu Terbaik Sebuah Entry Diterbitkan

Dari pengamatan saya sendiri, waktu terbaik untuk menerbitkan sebuah entri adalah antara pukul 8 malam sehingga ke 10 malam. Mungkin pada blog lain, masanya adalah berlainan. Bergantung juga pada kekerapan menerbitkan sebuah entri.

ilmu blogspot blogger malaysia, ilmu blogging, tips blogging
Sumber Google Analytics sendiri. Pageview Saya Biasa-biasa Saja

Gambar kiri menunjukkan pelawat paling banyak pada pukul 9 malam, tengah menunjukkan pada pukul 8 malam dan kanan menunjukkan pada pukul 9 malam. Hal ini mungkin kerana orang ramai suka membaca blog selepas daripada waktu kerja.

3. Tempat Wajib Ping Entri Selepas Diterbitkan

Untuk mempercepat proses sesebuah entri diindeks, kita digalakkan untuk ping entri atau menghantar entri kita ke laman ping yang banyak terdapat di internet. Tak terkira rasanya. Ada yang percuma, ada yang berbayar. Antara tempat wajib saya ping entri di blog saya adalah:

Freebacklinktool (500 laman)
Ping My Url (1500 laman)
G+ Communities (20 Comunities)
Facebook Groups
Ping aggregator

Setakat ini sahaja ilmu blogging yang saya ingin kongsikan pada kali ini. Semoga setiap usaha yang kita lakukan termasuklah usaha dalam bidang blogging ini mendapat keredaan daripada Allah SWT. 

Jika ada kesilapan dalam entri ini saya mohon maaf kerana saya budak baru belajar. Kalau ada salah silap di mana, teguran dan pembetulan amat diharapkan.

Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.

Sekian. Wassalaam.

Comments

  1. hari minggu pun tak sesuai update blog.
    sebab biasa la, hari minggu orang banyak keluar p shopping mall..huhu

    ReplyDelete
  2. Semak sebelum publish.. Suka point penting nie.. :)

    Nie segmen HH kan? In shaa Allah saya join. Sempat lg ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat lagi aniq,, join jangan tak join,, best gak hadiah dia kalau menang tuu :D

      Delete
  3. Sy pon masih belajar dlm dunia bloggging ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita.. blogging ni life long learning.. :-)

      Delete
  4. good luck beb! ilmu blog aku sipi2 jek. main tulis ikut sesedap rasa :)

    ReplyDelete
  5. Salam berkenalan. Thanks for sharing blogging tips di atas. ^^ Sangat berguna dan boleh dipraktikkan.

    ReplyDelete
  6. okehh hang menang la kontest ni. tahniah awal2. :D

    ReplyDelete
  7. All the best muja.. nak join jugak..tapi tak sempat nak cari idea.. hehehe.. good luck!!

    http://www.norainyusoff.com/2014/01/pesta-makanan-tradisional-lenggong-2014.html

    ReplyDelete
  8. datang dari kontest yang sama...all the best muja...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. hahaa.. thnx for sharing.. I never thought timing is a vital thing need to take into account... Insyaa Allah I'll try after this!! Klau ada masa, baca la blog saya... mohdsuhaimi95.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  10. datang singgah sini kakak omey...hokhok..entry lama n klik2...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus