Parasit Itu

Parasit Itu | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku memang bengkek sangat dengan seorang manusia yang disyaki diserang masalah mental yang kronik. Mungkin juga beliau mengalami amnesia. Susah buat dusta, masih rasa hidup tak pernah berdosa. Padahal mulut penuh kata nista. Fuuiiii.

Sudah lempar batu, tangan taruk kat belakang. Tak malu sungguh. Padahal ada yang nampak tangan dari belakang tu. Sedddeyh kau ni lah. Disebabkan status Facebook beliau juga diragui gara-gara ketiadaan rasa bersalah, penyakit kronik yang pasti tidak dapat dikenalpasti. Boleh ubat ke tidak masih dalam siasatan. Eh apa kaitan lak dengan tajuk? -_-

parasit, manusia parasit
Parasit memang sifat dia dah sentiasa menganga. Nanti nak ngap je. Waspada!
Parasit. Masa belajar biologi kat sekolah menengah dulu, yang aku tahu, yang namanya parasit adalah makhluk yang hanya tahu mendapatkan sesuatu yang diinginkan daripada sesuatu yang lain sehingga puas dan sesuatu itu hilang segalanya tanpa memberikan sepicing pun kebaikan kepada makhluk yang telah berbuat baik kepadanya.

Sebagai contoh, kutu. Kutu di kepala ni bukan sahaja hidup menumpang di atas kepala, di dalam rimbunan bulu kucing, dijadikan pula kepala sebagai habitat. Kemudian, si kutu tak sedar diri ni, tanpa rasa bersalah, menghisap pula darah orang yang berjasa kepadanya. Maka tergaru-garulah hosnya. Apa tak kenang budinya si kutu parasit nih?

kutu parasit, parasit itu, manusia parasit
Kutu adalah parasit. Cegah kutu untuk kehidupan yang lebih aman makmur.
Aku: Hey kutu. Kenapa ko pergi hisap darah orang yang sudah sudi bagi tempat untuk buat rumah kau? Apa tak kenang budi sangat ko ni???
Kutu: Aku kan parasit. :3
Aku: Oh, lupa. -_-

Sesetengah manusia memang layak digelar parasit. Datang tak diundang, pergi tak dihalau. Parasit jenis masuk dari celah-celah kaki tak berkasut. Tak de perlindungan. Ye, jijik. Mengengsot masuk melalui mana-mana liang yang dirasakan boleh. Diterobos dengan penuh kejam dan keji. Bila berjaya menceroboh, diserap segala yang ada, meninggalkan hos dengan perut buncit yang sakit. Parasit kau!

Comments

  1. harap sangat diri kita tidak jadi seperti itu... Allahurabbi

    muhasabah diri ini yang banyak kekurangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup,, muja pun harap kita takkan jadi parasit :'(

      Delete
  2. Replies
    1. jahat pun tak cukup nak describe. dia ni lebih kepada kejam dan keji. :)

      Delete
  3. parasit..virus..sebut pasal kutu dulu mak bunuh kutu dengan ridsect..hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha,, wah,, ilmu baru,, boleh praktis nanti,, keh3

      Delete
  4. Manusia bak perasit memang suka menghisap darah mangsanya.

    ReplyDelete
  5. parasit?
    zaman moden ni parasiz suma saiz besar2..
    antaranye parasit jalanan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? yg lagi bahya dri kutu dan cacing kerawit. hee

      Delete
  6. Bahay nya parasit ! Jan kita jadik mcm parasit ni.. nahuzubillahminzalik. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. mintak jauh la dgn yg namanya parasit ni..

      Delete
  7. wahh..siapakah parasit itu? titeww takutnyalahhh..

    ReplyDelete
  8. Ngeri dengan parasit lagi itu belum lagi jumpa dengan perangai peresit manusia yang sebenar

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus