Top 10 Peristiwa Tak Dapat dilupakan Sepanjang Berusia 21 Tahun

Top 10 Peristiwa Tak Dapat Dilupakan Sepanjang Berusia 21 Tahun | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Alhamdulillah, sudah 22 tahun aku hidup sebagai seorang manusia di dunia ini. Eh rasa macam baru semalam je Umi beranakkan aku. Mih3

Bila dah besar ni, makin rasa urghhh, banyaknya tanggungjawab!!! Hamba Allah, umat Rasulullah SAW, anak perempuan, pelajar tesl, kawan, naib pengerusi, bendahari. Tu yang sekarang. Yang menunggu lagi. Bakal cikgu, bakal isteri, bakal ibu, bakal nenek. Eh. :3

peristiwa tak dapat dilupakan
Tq Nick Nashram for this beautiful card. Terharu tau :')

Banyak yang telah aku dapat dan kerjakan sepanjang 22 tahun ini. Rasanya sama banyak yang baik dengan yang jahat, tapi aku tak pasti sebab tak boleh nak komunikasi lagi dengan dua malaikat di bahu kanan dan kiriku ini. Moga-moga banyaklah yang baik. :D

Sepanjang berusia 21 tahun, banyak benda pahit manis yang berlaku. Antara kenangan sepanjang setahun aku bergelar budak perempuan 21 tahun yang paling tidak dapat dilupakan. Pastinya ada banyak yang paling tak dapat nak aku padamkan dalam fikiran ni. Tapi kira ni yang paling top. :D

1. Dikutuk Di Blog Orang Lain
Pastinya yang ni paling tak dapat dilupakan. Menangis weh. Pukul 5 pagi baru boleh tidur. Aku ingatkan Yuyu Zulaikha yang famous amos tu je yang akan dikutuk dengan nama terang benderang dalam blog, nampaknya kami sekarang punyai similarity sekarang. Hanya mampu bersabar. :)

Tq Syanim dan Wahafizah my classmate for this cute book!!! Love it so much!! :)

Kadang-kadang bila fikir balik, apalah sangat aku ni sampai orang nak cakap pasal aku. Aku ni bukan famous. Lastly, I think positive and hold strong to a principle; haters gonna hate, they born the famous. and famous people have haters.Terus rasa nak berterima kasih kepada beliau. Tq for 'loving' me. :3

2. Dicurangi Oleh Dua Lelaki
Mungkin umur 21 tahun ni hormon gatal menjadi-jadi. Mungkin sebab dah rasa besar bila sudah layak mengundi. Kah3. Dicurangi itu perit tapi hanya mampu berada di tangga kedua. Malah disebabkan entry sadis tentang merekalah aku dikutuk di blog yang kat atas itu. Hailaa. Dia caring sebenarnya.

Gigih cari kek askar untuk diletakkan di wall ittew. Tq Nizarazi San!

Satu yang kukenali semasa rekrut wataniah. Masa rekrut, memang tak de yang lebih aku tak suka dari dia. Betul kata orang, jangan benci sangat, nanti jatuh cinta. Nasib baik aku tak parah masa putus. Bab mengawal perasaan semasa putus, memang korang kena menuntut dengan aku. Keh3

Satu lagi kenal di alam maya dan aku syak dia masih meneruskan operasi mencari wanita-wanita untuk dicurangi. Mohon berhati-hati dengan namanya dunia cinta alam maya. Mohon juga doakan beliau menjadi normal suatu hari nanti.

3. Kisah P1 Wimax Bebal
Maka betullah kata orang, umur 21 tahun memang permulaan hidup orang dewasa yang sangat sucks. Kan umur mengundi dah. Yes. Aku mula dibebani dengan hal-hal yang tidak pernah aku bayangkan aku akan hadapi termasuklah masalah dengan P1 Wimax sucks ni.

Aku: Nak terminate P1. 
Ahkak: Kena tunggu 3 hari
Aku: (Dahel????)

My first birthday present I got this year! Lip scrub by Irissential. Visit untuk cantik. Keh3

Kalau aku kecik lagi, mesti abah yang kena deal. Aku tunggu benda setel dan guna je. Ni tak, aku terkial-kial dengan P1 Wimax Penipu nih. I ols tacim sungguh dengan umur 21 tahun. Nasib baik sekarang sudah 22 tahun :3

4. Pertama Kami Bertemu Blogger Muka Ke Muka
Rasanya aku pernah tulis di blog ni yang impian aku untuk jumpa blogger muka ke muka memang sangat besar. Gara-gara cemburu tengok gathering blogger di facebook. Sape tak jelez bila tengok mereka yang sebahagian daripada kita bersua muka, bergelak ketawa. Kita? Mampu lihat saja.Akhirnya, aku dijodohkan untuk berjumpa dengan Nisa Kay.

Aku: Hey, Tu Nisa Kay! :D (penuh excited!)

Lepas tu, jodoh aku dengan blogger terus bertambah. Nina Nieyna datang Kelantan dan kami jumpa di KBMall dan tak leh lupa juga jumpa dengan Mastura Rara dan Hazanis. Semua blogger cantik comel. Aku je biasa. Tak pelah. Mana tahu dapat badi comel dari mereka. Sape tahu? :3

5. Dapat Hadiah Kereta Daripada Umi
Masa puasa dulu, pernah satu hari aku rasakan kekuatan diri seolah-olah mengalir keluar dengan rakus. Nak balik rumah, berpuasa, cuaca panas, orang ramai berhimpit dalam bas, terpaksa berdiri, tak de aircond. Terus aku rasa fobia untuk naik bas masa tengah puasa.

Aku: Abah, nak motor. Tak tahan dah. Bla bla bla (Sambil buat muka nak nangis. Nak hidup kena ada skill. Air mata yang diteran tetap tak mahu keluar di saat-saat memerlukan. Deng!!)

Tup tup, umi belikan kereta Myvi untuk aku. Aku tahu, kereta itu lebih kepada sebuah amanah sebenarnya dan aku bakal jadi pemandu sahaja. Menghantar adik-adik aku gi sekolah pada hari Sabtu. Tapi tetap sahaja aku suka. Muda-muda pun dah boleh berbakti untuk keluarga. :')

6. Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Kenduri Kahwin
Nampaknya, amanah yang aku pegang dengan adanya kereta ihsan daripada umi aku tu, tercalar apabila kereta aku dilanggar dari belakang. Sungguh aku sedih masa tu sebab kesalahan tu bukan berpunca dari aku. Kalau aku yang buat, tak pela juga kereta tu nak kemek pun. Ni orang lain. :'(

Aku: Orang tu yang langgar kereta aku, aku langgar kereta orang depan bla bla (cerita kat Huda di rumah mak sedara)
Abah: Dah dah la ceritanya. Orang nak makan nasik.
Aku: Hana, jom balik rumah. (Tacim ngan abah)

Nasib baik lah everything will be covered dengan insurans. Kalau tak, naya je aku nak repair sendiri. Sedih sungguh i ols.

7. Jadi author di Fuh.My
8. Mula kumpul kawan-kawan blogger yang havoc
10. Mula ada peluang tulis advertorial di blog ni.

Last but not least. aku nak ucapkan sebanyak-banyak terima kasih untuk semua kawan yang mesej, post di facebook, tweet ucap selamat hari lahir untuk aku. Korang memang lejen walaupun korang ingat sebab Facebook yang ingatkan korang kan? :3

Sorry sebab tak berkesempatan nak reply semuanya. Post di wall hanya mampu like. Pm insya Allah berbalas. Yang post gambar dan video, hebat sungguh korang. Kretip! Memang aku baca semuanya dan tq soooo much!

Korang jangan tacim pulak kalau nanti birthday korang aku tak wish, aku selalu tidur awal. Ngeh3. So, di entry ni, aku nak wish kat korang an advance;

Happy Birthday To All Of You
Hope you will always be happy in this world and in the here after!

Bubaiii. Wassalaam :D


Comments

  1. assalammualaikum mujaa.. zara blom wish lagi kat mujaa.. hoho. bru on9 ari ni.. happy bornday dear. moga sehat dan sukses slalu dsmping kluarga tcintaa.. amin ya rabbal amin ^^

    ReplyDelete
  2. Taniah da 22 tahun. Retis kan..

    ReplyDelete
  3. Kalau Muja di area yang berdekatan dengan Shah Alam, bolehlah datang SkyTrex Shah Alam. Event kami pada 2 Mac nanti. Boleh refer kat post sini http://salammedia.my/blogger-challenge-sky-trex-bukit-cerakah/

    ReplyDelete
  4. Best kan jadi blogger? dapat ramai kawan, dapat jumpa face to face, kena kutuk dan macam2 lagi. Sebenarnya dari pengalaman itulah membuatkan kita semakin cekal mengharungi liku2 hidup ini.. Kutukan dan cacian itu dah jadi asam garam dalam kehidupan... :)

    Apa2 pun, selamat hari lahir buat Nurmujahidah Ismail.. Moga panjang umur dan dimurahkan rezki... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best! ada macam macam orang kita jumpa. yang baik, yang cantik, yang manis, yang pahit, dengki, yang busuk hati, semua jumpa.. huhuu.. tq aniq! :D

      Delete
  5. bnyak sungguh pengalaman dia..
    shar br tahu upanyer dia author untk fuh.my
    isk isk
    isk..
    ktinggalan..

    slamat hari lahir sekali lagi :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah dan selamat Hari Jadi , semoga panjang umur murah rezeki selalu. :) Dapat myvi. best tu.

    ReplyDelete
  7. best! all the best and happy birthday.
    btw, nama awak best :)

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. nak hantar kad betul2 xdak address..huhu
    xpa, nanti nak belanja makan pizza kat pasir puteh : )

    ReplyDelete
  9. Happ belated birthday. Dapat banyak hadiah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. adalah beberapa ketul,, dari bro tak dapat lgi nih :3

      Delete
  10. banyak pengalaman manis muja..wah jadi author fuh..terbaikk

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus