Hati Seorang Pengantin- Panggilan Hangit HotFm
Hati Seorang Pengantin- Panggilan Hangit HotFm | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Mungkin juga agak terlewat aku mendengar klip Hati Seorang Pengantin semasa Panggilan Hangit dari HotFm yang sebenarnya dah lama hangat diperkatakan di Facebook. Rasa rugi pun ada bila aku tak berpeluang mendengar klip suara ini secara live. Walaupun tak berpeluang dengar live, aku sempat dengan klip suara ni dari laman Youtube. Kebahagiaan hati seorang pengantin terserlah- kredit Dena Bahrin Mungkin klip suara Hati Seorang Pengantin itu melucukan, tetapi sebagai seorang perempuan yang juga masih belum berkahwin, rasa seram dan takut dengan persiapan perkahwinan "in trend" tak boleh aku elakkan. Dari nada suara Encik Izudin, memang aku dapat rasa betapa risaunya bila loan untuk kahwin tidak diluluskan. Nak kahwin pun kena berhutang bagai? Betul ke? Kenapa? Dulu aku heran, sekarang tak lagi. Makin besar, makin jelas nampak kenapa perkahwinan yang baik menjadi mahal, zi...