Bina Insan Guru Fasa 3 PISMP Semester 3 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tergagau jugak aku mencari idea nak menghapdate apabila terlalu banyak yang cross my mind tapi bila bukak New Post terus blank. Lastly, tengok gambar terbukak album Bina Insan Guru yang dah berzaman dulu. Ok. Tulis pasal Bina Insan Guru oleh bakal guru
Bahasa Inggeris la pulak. :)
Bina Insan Guru Fasa 3
Buat pengetahuan korang, program atau aktiviti
Bina Insan Guru ni wajib dijalankan oleh semua pelajar Institut Pendidikan Guru pada setiap semester, termasuklah para pelajar twinning yang belajar di United Kingdom. Ada yang sesama join program batch lain untuk memenuhi sukatan pelajaran dorang. Semester lepas kami buat gotong-royong dalam kawasan IPKKB je tapi emester ni pulak kami ditugaskan untuk membuat aktiviti khidmat masyarakat.
|
Gara-gara jelez tengok banner orang lain yang sedia ada. Kami buat gak di sana. Hehehe |
Program: Bina Insan Guru Fasa 3 PISMP Semester 3
Anjuran: Tesl 2 PISMP Semester 3
Tempat: Hospital Universiti Sains Malaysia
Tarikh: 22 Februari 2014
Untuk semester ni, kami memilih untuk membuat program
Bina Insan Guru Fasa 3 di Unit Pediatrik
Hospital Universiti Sains Malaysia. Kami memilih untuk lari daripada kebiasaan di mana program khidmat masyarakat mesti dilakukan di rumah anak yatim dan orang tua. Kami ingin membuat kelainan di samping mahu lebih
pengalaman bergaul dan berinteraksi dengan golongan kanak-kanak; golongan ni la nanti akan jadi murid kami. Insya Allah. :D
|
Pusat Sumber Kanak-kanak Hospital Universiti Sains Malaysia. Comel kan? :D |
Untuk kali ni aku diberi jawatan menjadi Naib Pengerusi program. Rasa macam tak banyak sangat menyumbang untuk program ni sebab yang paling banyak
handle adalah Ruqaiyah selaku pengerusi dan Siti Nadiah sebagai setiausaha. Tapi aku diberi tugas untuk handle permohonan LO dengan pihak IPG. Baru rasa kepentinganku di sini. Bab duit kot. Ekekeke
|
Mula-mula gantung. Time habis program, dorang berebut nak belon. Cute dorang nih!! :D |
|
Pemandangan semasa program Bina Insan Guru berlangsung. |
Sampai di Hospital Universiti Sains Malaysia
Sampai je kat sana, kami diberi taklimat ringkas oleh wakil HUSM dan teruk dibawa ke perpustakaan kecil yang disediakan untuk pesakit kanak-kanak. Cantik tempatnya. Tanpa lengah, kami mula menyusun buku, membuat bunting
segera, menggantung belon dan persiapan lain untuk menyambut para kanak-kanak yang terlibat. Aku ingatkan sikit je. Ramai jugak yang berminat. Aku harap sangat dorang suka je dengan apa yang kami sediakn untuk dorang.
Kami dibahagikan pula kepada dua kumpulan. Satu kumpulan untuk menjalankan aktiviti di perpustakaan dan satu lagi untuk melawat wad sambil memberikan hadiah untuk kanak-kanak di sana. Aku memilih untuk melawat wad sebab,
lepas lawat wad pun boleh masuk library balik. Keh3. Ada seorang budak ni, kalau tak silap aku, dia menghidap penyakit darah tinggi. Tak pun kencing manis. Terkejut jugak. Rasanya umur dia muda lagi. Dalam 10 tahun gitu. Terukkan kehidupan kita sekarang? Bahaya. Kesihatan terancam di mana-mana. #sigh
|
Topeng comel pun dah cukup buat dorang teruja. Cadangan alat bantu mengajar. Kena rajin sikit je. :) |
|
Mereka yang dah buat saya terharu. Great people! :D |
Alhamdulillah, penyertaan dari kanak-kanak ini amat menggalakkan, malah melebihi bilangan asal yang sepatutnya join. Terharu jugak bila usaha kita dihargai sebegini rupa dan mereka berminat dengan apa yang kami jalankan. Kerjasama dari petugas HUSM pun sangat baik. Terima kasih sangat. Sampai orang besar HUSM pun turun padang untuk melawat tau. Jangan main-main. Insya Allah nak datang lagi la ke sini. Lepas ni bawak
bakal husband pulak. Ihiks!
Kanak-kanak ni nampak excited sangat bila dapat mewarna, hadiah, topeng. Keseronokan dorang ni buat aku tertanya-tanya, betul ke dorang ni sakit? Pada hakikatnya, dalam kalangan dorang ni, ada yang menderita leukemia, barah, luka di kaki, dan sebagainya. Ada juga yang datang ke program ni sementara menunggu rawatan kimoterapi. Betapa hebatnya dugaan yang dorang hadapi di usia semuda ini dan betapa kuatnya hati mereka untuk terus berjuang meneruskan hidup.
I am still amazed seriously. :')
Tiba Masa Untuk Pulang
Dalam pukul 5 petang, bas datang untuk bawa kami pulang ke IPGKKB. Rasa puas hati sangat dengan program yang amat bermakna kali ni. Alhamdulillah. Buat semua yang terlibat, terima kasih kerana telah sesama menjayakan program ni terutamanya pihak HUSM yang sudah sudi menerima kedatangan kami. Moga ukhuwah yang terjalin akan berkekalan selamanya. Insya Allah. :D
|
Cantik juga dekorasi di HUSM ni. |
|
Dulu lain, sekarang lain. Makin jambu nampaknya bangunan HUSM ni. Kah3 |
|
Orang kuat program Bina Insan Guru Fasa 3 PISMP Semester 3 |
NN ada tak dalam gambar tu? Tak nampak pulak.
ReplyDeleteseronoknya jadi cikgu. ^^
ReplyDeletesangat seronok tau,, jadilah cikgu jugak,, hehe
DeleteI love babies and kids..
ReplyDeleteIt is an honoured to spend time with them.
playing, laughing and do everything together..
such a priceless experience.. right, kak muja? :')
sangat,,, bila la nak jumpa dorang lagi,, mmm
DeleteZumal pun teringin jadi cikgu tapi terbantut lak :(
ReplyDeleteAllah tahu yang terbaik utk kita :)
DeleteMiss my old days. Join program mcm ni mmg best. Happening...
ReplyDeletemhon sertai balik,, rindu lettew :3
Deleteeh ! laaa... ingatkan masuk spital jadi nurse... hoho...
ReplyDeleteEH,, ittew kan cikgu,,,
Deletekak muja, update blog please. :(
ReplyDeletedah update. be happy ye :)
Deletepasni kena reset minda untuk jadi real teacher...wat masa sekarang kekosongan banyak kat sabah sarawak :)
ReplyDeleteerrrkkkkk,, dah reset tapi tetap berat hati nak gi sana,, uwaaaaaa
DeleteMoment yang tak dapat dilupakn bila program2 macam ni :)
ReplyDeleteyup,, sangat tak terlupakan,,, :')
Deletehang maktab mana nih??
ReplyDeleteinstitut pendidikan guru kampus kota bharu la cikgu.. :-)
Deletemoment mcm ni mmg best..tak boleh dilupkn..
ReplyDeletetu la.. takkan dilupakan.. hee
Delete