Hati Seorang Pengantin- Panggilan Hangit HotFm
Hati Seorang Pengantin- Panggilan Hangit HotFm | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Mungkin juga agak terlewat aku mendengar klip Hati Seorang Pengantin semasa Panggilan Hangit dari HotFm yang sebenarnya dah lama hangat diperkatakan di Facebook. Rasa rugi pun ada bila aku tak berpeluang mendengar klip suara ini secara live. Walaupun tak berpeluang dengar live, aku sempat dengan klip suara ni dari laman Youtube.
Mungkin klip suara Hati Seorang Pengantin itu melucukan, tetapi sebagai seorang perempuan yang juga masih belum berkahwin, rasa seram dan takut dengan persiapan perkahwinan "in trend" tak boleh aku elakkan. Dari nada suara Encik Izudin, memang aku dapat rasa betapa risaunya bila loan untuk kahwin tidak diluluskan. Nak kahwin pun kena berhutang bagai? Betul ke? Kenapa? Dulu aku heran, sekarang tak lagi. Makin besar, makin jelas nampak kenapa perkahwinan yang baik menjadi mahal, zina yang keji menjadi murah.
Benci tau nak mengakui tapi jelas ia salah salah kita sendiri. Betul kata tuan Denaihati, perkahwinan sekarang sudah menjadi sebuah majlis mewah, bukan lagi sebuah ibadah yang merupakan sunnah dan mempunyai segala hikmah yang tidak dipunyai oleh orang yang tidak berkahwin. Fahamilah hati seorang pengantin. Kenapa mereka nak berkahwin? Kenapa nak disusahkan mereka? -_-'
Satu fakta diri ini, aku seorang yang sangat pemalas dan tidak sukakan sesuatu yang rumit. Kalau ikutkan, aku mahukan hanya majlis akad nikah yang wajib dan majlis jamuan makan dengan kaum keluarga dan sahabat handai untuk mengisytiharkan perkahwinan aku. Cukup bagi aku. Akad nikah sebagai satu simbol penyatuan dan kedatangan mereka yang diundang pastinya cukup bermakna bagi aku. Alangkah melimpah ruahnya rasa disayangi bila semua berkumpul dalam kesibukan kehidupan di dunia ini semata-mata untuk meraikan majlis aku, hari besar aku, hari bermakna aku.
Aku tak perlukan akad nikah dalam sinaran lampu bergemerlapan mahupun majlis perkahwinan yang perlu diingati sehingga akhir zaman sebagai majlis termewah pernah diadakan. Tidak perlu pelamin gah sebab aku tidak mahu bersanding. Aku malu nak duduk dan menjadi pengantin merangkap bahan pameran di hari perkahwinan aku sendiri. Aku tidak inginkan perkahwinan yang dianggap sebagai pertandingan. Cukuplah menjadi sebuah penyatuan antara dua keluarga, dua hati.
Apalah sangat pandangan orang yang kekalnya hanya sementara. Aku hidup atas ihsan Allah dan ibubapa, keluarga. Yang penting kehidupan selepas pernikahan itu. Bahagia ke derita? Membawa ke syurga atau ke neraka? Kekal selamanya ke putus di tengah samudera? Cinta ke mana? Mohon doakan kehidupan yang terbaik untuk semua pasangan berkahwin. Amiiin
Masalahnya sekarang, bila cakap tentang majlis perkahwinan, ia seolah-olah menjadi suatu bebanan. Jika terlalu awal, dikatanya pengantin buat perkara tak baik sampai kena kahwin tergesa-gesa. Jika terlalu lewat, dikatanya jual mahal, tidak laku. Siap bagi gelaran andartu, andalusia. Perihal wang hantaran pula. Kalau rendah atau sederhana, orang mengata. Dunia ni memang dah terbalik agaknya. Bukankah wanita terbaik itu adalah yang paling rendah maharnya? Satu lagi. Bila pula dalam Islam mas kahwin ditentukan bergantung pada kelulusan pihak perempuan?
Dalam kes aku di Kelantan, perempuan akan menerima mas kahwin sebagai wang hantaran. Aku selalu bercita-cita untuk jadi wanita terbaik, tapi banyak hati pula yang aku kena jaga. Kalau orang keliling mengata aku je, tak jadi masalah, tapi, macam mana dengan pasanganku dan keluarganya, keluargaku, dan lainnya. Bukan tu je, lepas kahwin pun tak berhenti masalahnya. Masalah rezeki anak lambat pun dipersoalkan. Allah yang Pemberi Rezeki. Kita hanya mampu menerima. Kalau ada, ya ada. Kalau tak de kena reda. Lambat atau cepat hanya persoalan masa.
Sian bakal suamiku. Kerja kuat untuk aku. Wassalaam. T_T
Kebahagiaan hati seorang pengantin terserlah- kredit Dena Bahrin |
Mungkin klip suara Hati Seorang Pengantin itu melucukan, tetapi sebagai seorang perempuan yang juga masih belum berkahwin, rasa seram dan takut dengan persiapan perkahwinan "in trend" tak boleh aku elakkan. Dari nada suara Encik Izudin, memang aku dapat rasa betapa risaunya bila loan untuk kahwin tidak diluluskan. Nak kahwin pun kena berhutang bagai? Betul ke? Kenapa? Dulu aku heran, sekarang tak lagi. Makin besar, makin jelas nampak kenapa perkahwinan yang baik menjadi mahal, zina yang keji menjadi murah.
Benci tau nak mengakui tapi jelas ia salah salah kita sendiri. Betul kata tuan Denaihati, perkahwinan sekarang sudah menjadi sebuah majlis mewah, bukan lagi sebuah ibadah yang merupakan sunnah dan mempunyai segala hikmah yang tidak dipunyai oleh orang yang tidak berkahwin. Fahamilah hati seorang pengantin. Kenapa mereka nak berkahwin? Kenapa nak disusahkan mereka? -_-'
Majlis Perkahwinan Idamanku
Satu fakta diri ini, aku seorang yang sangat pemalas dan tidak sukakan sesuatu yang rumit. Kalau ikutkan, aku mahukan hanya majlis akad nikah yang wajib dan majlis jamuan makan dengan kaum keluarga dan sahabat handai untuk mengisytiharkan perkahwinan aku. Cukup bagi aku. Akad nikah sebagai satu simbol penyatuan dan kedatangan mereka yang diundang pastinya cukup bermakna bagi aku. Alangkah melimpah ruahnya rasa disayangi bila semua berkumpul dalam kesibukan kehidupan di dunia ini semata-mata untuk meraikan majlis aku, hari besar aku, hari bermakna aku.
Aku tak perlukan akad nikah dalam sinaran lampu bergemerlapan mahupun majlis perkahwinan yang perlu diingati sehingga akhir zaman sebagai majlis termewah pernah diadakan. Tidak perlu pelamin gah sebab aku tidak mahu bersanding. Aku malu nak duduk dan menjadi pengantin merangkap bahan pameran di hari perkahwinan aku sendiri. Aku tidak inginkan perkahwinan yang dianggap sebagai pertandingan. Cukuplah menjadi sebuah penyatuan antara dua keluarga, dua hati.
Apalah sangat pandangan orang yang kekalnya hanya sementara. Aku hidup atas ihsan Allah dan ibubapa, keluarga. Yang penting kehidupan selepas pernikahan itu. Bahagia ke derita? Membawa ke syurga atau ke neraka? Kekal selamanya ke putus di tengah samudera? Cinta ke mana? Mohon doakan kehidupan yang terbaik untuk semua pasangan berkahwin. Amiiin
Majlis Perkahwinan Kena Mewah dan Menyusahkan?
Masalahnya sekarang, bila cakap tentang majlis perkahwinan, ia seolah-olah menjadi suatu bebanan. Jika terlalu awal, dikatanya pengantin buat perkara tak baik sampai kena kahwin tergesa-gesa. Jika terlalu lewat, dikatanya jual mahal, tidak laku. Siap bagi gelaran andartu, andalusia. Perihal wang hantaran pula. Kalau rendah atau sederhana, orang mengata. Dunia ni memang dah terbalik agaknya. Bukankah wanita terbaik itu adalah yang paling rendah maharnya? Satu lagi. Bila pula dalam Islam mas kahwin ditentukan bergantung pada kelulusan pihak perempuan?
Dalam kes aku di Kelantan, perempuan akan menerima mas kahwin sebagai wang hantaran. Aku selalu bercita-cita untuk jadi wanita terbaik, tapi banyak hati pula yang aku kena jaga. Kalau orang keliling mengata aku je, tak jadi masalah, tapi, macam mana dengan pasanganku dan keluarganya, keluargaku, dan lainnya. Bukan tu je, lepas kahwin pun tak berhenti masalahnya. Masalah rezeki anak lambat pun dipersoalkan. Allah yang Pemberi Rezeki. Kita hanya mampu menerima. Kalau ada, ya ada. Kalau tak de kena reda. Lambat atau cepat hanya persoalan masa.
Pray for us. Pray for us. Pray for us. Tq. :') |
Kalau semua berfikir macam Muja aman la dunia nie kan :)
ReplyDeletesebenarnya ramai je pkey mcm ni.. tpi takut dgn yg lebih ramai itu..
Deleteitew dalam masalah :'(
ReplyDeletesabarla nina. semua org ada masalah.. yang membezakan adalah cara menghadapi msalah tersebt.
Deletewawah,,,sha doakan bakal pngantin slmt ke jinjang pelamin, pray for me also ya muja :D
ReplyDeleteterima kasih sha,, i hope semua bakal pengantin akan berbahagia sehingga ke syurga. amiiin :')
DeleteBerkahwin biarlah ikut kemampuan, nak buat loan juga jangan sampai beratus ribu. Cukup sekadar bagi orang makan sudah memadai. Semoga hubungannya sampai ke akad nikah nanti.
ReplyDeleteinsya ALLAH,, ikut kemampuan,, no la,, rasanya tak berbaloi buat loan untuk kawin sdgkn boleh je kawin tanpa buat loan,, banyk lagi bnda lain,, loan kereta, loan rumah,, kawin is not a thing that needs loan for me,, huhu
Deleteone of my friend yg duk kelantan kata 10k pun xcukup.. :(
ReplyDeletenasib baik i bukan lelaki :D
yup. memang azab sangat nak kawin zaman sekrg ni...
DeleteBersederhanalah..lbih bahagia :)
ReplyDeleteAlhamdulillah stkt ni kami xde bhutang/ amik loan sesen pn utk kwen..smua kami usaha dgn duit simpanan sndiri..mjlis pn ala kdr je nti.skdr ckup syarat.huhu. Yg pntingkhidupan slps khwin! ^*
yup. muja sokong less is more kan.. yang pnting bermakna.. tak sbr nk mjlis ema nnti. heee
DeleteMuja, that is exactly my kind of wedding ceremony that I wish to have. Just yesterday my future Adam (InsyaAllah) asked me whether to have a kenduri (in which we invite over all the friends that we know, siap pasang khemah semua).
ReplyDeleteI said, no I don't want that kind of kenduri. Just hold a simple kenduri at my house, which we invite the orang surau to come over to baca tahlil and doa selamat. At the same time I will inform my relatives sebelah mum to come over as well. But no khemah-khemah sebab kenduri tu pun sebelah malam.
And for nikah, I wish to nikah at pejabat agama during office hour. Once we are done with the nikah, we will resume our duty for the day as usual. He will go back to teaching and I will go back to my office.
Hahaha kind of macam apa aje nikah di pejabat agama kan? But I kind of like it. Lain dari yang kebiasaan. Dare to be different!
perghhh.. tak beragak la pulak kawin kat pejabat agama je.. wakakaka.. tapi cool gak tuh.. jarang orang buat.. go for it tata! :-)
Deletebersederhanalah... kan?
ReplyDeleteyup.. less is actually more.. :-)
DeleteI wrote my own version in my blog about this, dear... and I mentioned you. I hope you don't mind.
ReplyDeleteof course i dont mind at all. plus.. proud to be mentioned on ur blog. :-)
Deletebukan takat kahwin belanja mahal.Tapi sekarang ni majlis tuning pun dah macam majlis kahwin meriah Nye..apa apa pun ikut kemampuan dan jangan la sampai berhabisan pinjam lepas kahwin merana bayar balik.
ReplyDeletetu la.. muja pn ada pesan jangan sampai pinjam dan bergolok bergadai.. tak suke.. menganiaya diri sendiri namanya.. hmmm..
DeleteSiyes kelakar dowh layan En Izudin... Wkakaka :D
ReplyDeletehahaha.. tu la.. lawak.. tp ada pengajarannya..
Deleteapa guna mahal kalo tidak bahagia di kemudian hari... sssengsaraaa jadinya...
ReplyDeleteseriously.. tiada gunanya.. huhuu
Deleteassalamualaikum muja..skg belanja kawin mmg mahal sekali...mudah2an akan bahagia dunia n akhirat nanti...:)
ReplyDeletewaalaikumussalaam. terima kasih banyak kak.. hope to be happy as you are.. :-)
Deleteinsha allah, dah start kumpul duit dari sekarang da ni..
ReplyDeletekita buat sekadar kita mampu.
yang penting kehidupan selepas kahwin tu perlu diutamakan :)
tq abg for everything you have done for me.. i really truly appreciate it.. really hope for a long lasting happiness with u in the future.. :-)
DeleteSerius kelakar gila panggilan hangit kalini. Nak kawin awal! Hihik doakan kita jugak kak Muja
ReplyDeletesama samalah jgak kita ye.. amiin
DeleteBerkahwin ikut kemampuan..kadang yang murah tu boleh menjadi gah..:)..
ReplyDelete