Set Bersahur Shaklee- Kekal Bertenaga Sampai Berbuka
Set Bersahur Shaklee- Kekal Bertenaga Sampai Berbuka | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Ramadhan tiba lagi! Alhamdulillah kita sudah mula berpuasa pada hari Ahad, 29 Jun 2014 bersamaan 1 Ramadhan 1435H. Excited sungguh aku sambut Ramadhan dan Syawal tahun ni. Paham-pahamlah kenapa ye. Ehem :2 Alhamdulillah sekali lagi sebab kita masih dipanjangkan umur dan diberi peluang sekali lagi untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan, penghulu segala bulan, bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan. Selamat menyambut Ramadhan aka bulan puasa ye semua. Bercakap tentang Ramadhan, memang kita tak boleh lari daripada kewajiban menunaikan ibadah puasa dan bersahur adalah salah satu daripada tuntutan ke atas orang yang berpuasa. Walaupun bersahur sangat digalakkan, ramai yang menghadapi masalah untuk bersahur. Aku pun boleh tidak berkecuali. :'( Nak bangun sebelum subuh dah satu hal, selera nak makan pula tak de. In fact, setakat fikir nak sediakan makanan tu pun dah cu...