Majlis Perkahwinan MK Syahir, Pemilik Fuh Dot My Meriah

Majlis Perkahwinan MK Syahir, Pemilik Fuh Dot My Meriah | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Satu persatu kawan aku menamatkan zaman bujang mereka. Tahun ni sahaja dah berapa orang. Aku ni bila nak kahwin? Tunggu press conference nanti ya. Kah3

Aku memang teruja sangat nak bercerita pengalaman aku berjalan-jalan ala ala backpacker ke Kedah semata-mata untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan sahabat merangkap bos kesayangan aku, MK Syahir, pemilik fuh dot my dengan pasangannya Kak Habsah.


majlis perkahwinan, fuh.my, blogger meeting, blogger hebat berkahwin
Terserlah kebahagian pengantin. Aku pun suka tengok. Heee

Butir Majlis Perkahwinan Sebelah Lelaki- MK Syahir

majlis perkahwinan, blogger hebat kahwin, majlis persandingan, bercinta selepas nikah
Perghh! Tertunai impian aku nak tengok sisi sweet MK Syahir. Siyes rare! Hahaha

Acara :
Majlis Perkahwinan Sebelah Lelaki, MK Syahir dan Habsah di Selama, Kedah.
Tarikh:
14 Jun 2014
Hari:
Sabtu
Masa:
11 pagi - 9 malam
Aktiviti menarik:
Meratah daging kambing

Haa.. Retiskan laporan aku? Majlis kahwin Syahir memang meriah giler. Pelamin putih bunga berjuntaian indah. Pengantin lelaki hensem. Pengantin perempuan cantik. Tetamu havoc macam aku. Kambing bakar. Apa lagi yang kau nak daripada sebuah majlis perkahwinan? Hahaha

Sebelum Membawa Diri Ke Selama, Kedah.


Kalau ikutkan, aku adalah sejenis anak dara yang hanya tahu menghabiskan masa di rumah. Semenjak ada sedikit pendapatan daripada blog, barulah reti berjalan sampai ke Kuala Lumpur untuk SBB2014 hari tu. Ye, KL je. Tu pun aku dah rasa daebak giler. Siyes.

Kali ni aku pergi ke Selama, Kedah pula untuk jadi penyeri majlis kahwin bos aku nih. Mulanya teragak-agak jugak mengenangkan fulus yang makin kering apabila semester 3 tamat. Penyelesaiannya? Tuntut gaji daripada bos untuk beli tiket bas. Kah3

Kejadian pertama yang menjadi kenangan seumur hidup adalah tersalah beli tiket. Kali pertama beli tiket weh. Salunya kawan yang belikan. Tiket pergi 12 Jun, tiket balik 13 Jun. Majlisnya pulak 14 Jun. Nampak permainannya di situ? Kerugian dicatatkan RM45. Sabar jelah. -_-

Kenapa Aku Nak Sangat Menghadirkan Diri Di Majlis MK Syahir?

First thing first, mestilah sebab dia bos yang terbaik pernah aku jumpa dalam dunia ni. Ada masalah? Bagitahu je. Insya Allah beliau tolong. Haa. Baik punya bodek. Kih3

majlis perkahwinan, majlis persandingan, cupcakes, fuh.my, blogger hebat kahwin, perkahwinan blogger
MK Syahir dan Fuh.My berpisah tiada. Cupcakes pun boleh. ^^

Jarang Sangat Aku Berjalan Di Tempat Orang


Famili aku bukan jenis yang suka bercuti cutian. Hari-hari cuti kami dihabiskan di rumah. Umi bekerja di klinik, abah berkebun di kampung, aku dan adik-beradik habiskan masa berinternet. Kengkadang gi Kota Bharu. Melaka pun aku tak pernah jejak. Ya, aku tahu sadis sangat. :'(

Sementelah dengan cuti sekolah selama lebih kurang sebulan, aku pun tak de buat apa selain buat persediaan majlis merisik aku hari tu dan luangkan masa sedikit yang ada dengan bakal suami aku pada minggu kedua cuti, aku buat keputusan untuk pergi ke Kedah.

Nak Rasa Bergerak Sendiri, Berdikari


Jadi, bila aku dah besar ni, aku memang nak berjalan-jalan ke tempat orang sendiri sementara aku ada masa. Nak rasa berdikari. Lepas ni dah nak kahwin kena jalan dengan suami. Rasa cool je meredah situasi yang tak pasti. Hadapi masalah sendiri. Buat keputusan sendiri. Syok!!! :D

Contohnya, aku sepatutnya berhenti di Butterworth untuk jumpa dengan Liyana, tapi aku berhenti di Kulim. Sorang-sorang tidur di surau padahal tak tahu lagi nak gi ke Selama tu macam mana. Then, tunggu bas punya lama, lastly, Syahir juga yang datang amik. Berdikari konon. Fuii.

Nak Jumpa Rakan-rakan Blogger Lain


Jaringan perkawanan blogger bukanlah dalam jarak berjalan kaki. Kawan blogger aku boleh kata ada di setiap negeri di Malaysia. Memang susah nak jumpa. Jadi, bila ada majlis cenggini, boleh lak kitorang buat ala-ala reunion gitteww.

Kat sana, Syahir dah sediakan homestay untuk rakan-rakan beliau yang jauh. Tak baik lagi ke tu?Masa dok kat homestay tu, aku kenal-kenal lebih rapat dengan dorang. Antara blogger yang aku jumpa di majlis perkahwinan MK Syahir,

Otai Izham - abang pengantin
Liyana Hamid
Sue Izza
Qaseh Dalia
Najeeb Abdullah - fotografer rasmi
Sheda Ucu
Aima Babycomel
Adish Shida
Zyraroxx
Korn El Jr
Hasrul Hassan
Azfar Roslan

majlis perkahwinan, perkahwinan blogger, blogger hebat berkahwin, bercinta selepas nikah, fuh.my
Bergambar dengan blogger, bagai isi dengan kuku. Huhuu

majlis perkahwinan, blogger hebat kahwin, fuh.my, persandingan
Yang baju purple tu pun pengantin baru lagi tau. Huhuu

majlis perkahwinan, mk syahir kahwin, pemilik fuh.my kahwin, blogger hebat kahwin, perkahwinan blogger hebat
Akhirnya jumpa budak comel yang aku guna gambar dia buat dp dulu.
Nama dia Izni. Btw, dia blogger jugak ke? Hehehe

Perjalanan Pulang Ke Kelantan Yang Mendebarkan


Selesai majlis di rumah Syahir, aku balik ke homestay dengan Liyana, Zyra dan Yuni. Nanti nak balik ke Butterworth dengan Zyra. Lepas maghrib kami gerak. Berhenti makan burger then makan daging kambing di rumah Syahir. Masa tu memang heaven giler.

Korang bukan tak tahu aku suka kambing bakar. Oppss, memang tak tahu ek. Ok sekarang dah tahu, belanjalah! Walaupun dok syok meratah, kepala asyik dok terfikirkan bas. Pelik juga sebab selalunya aku tak de la pikey sangat. Rupanya ia satu petanda.

Aku terlepas bas. Ya, tidak salah lagi. Lewat 15 minit sebab layan daging kambing yang sedap overdose. Kalau di Kelantan, pukul 8 malam yang tercatat pada tiket ke Kedah tu adalah masa bas bergerak dari Jertih. Aku manalah tahu berbeza. First timer kan? :'(

Sakit hati weh sebab akak penjual tiket tu cakap, pukul 10 malam yang tercatat di tiket tu adalah masa bas gerak dari Sungai Nibong. Terkono aku. Perhatian semua! Kalau tak tahu jangan bagi bagi informasi salah. Tak tahu jangan bagitahu. Kan dah menyusahkan orang sekarang?Dem!

majlis perkahwinan, majlis persandingan, pemilik fuh.my berkahwin, blogger hebat kahwin, perkahwinan blogger hebat


Nasib baik Zyra tak balik rumah terus. Jadi, termenginaplah aku di rumah Zyra semalaman. Pagi esoknya tu, Zyra hantar pulak. Naik feri tu lejen jugak ye. Tapi tak leh enjoy sangat sebab rasa bersalah sangat dah menyusahkan zyra. Kalaulah pergi sana untuk jenjalan lain pulak ceritanya.

Total loss- RM90. Tak pe. Redha. Adalah dosa aku di mana-mana. Mungkin juga penghapus dosa. Mungkin juga rezeki lain menunggu di depan. Huhuuu

Buat Pasangan Romantis MK Syahir dan Habsah


Tahniah sebab setelah bertahun korang bertahan dengan impian untuk bercinta selepas nikah, akhirnya impian korang sudah menjadi kenyataan. Bercintalah sepuas-puasnya selepas ini. Tiada lagi yang menghalang. Aku yang dengar kisah korang pun terasa manisnya.

Aku doakan korang kekal berbahagia sehingga ke syurga. Semoga korang dikurniakan zuriat soleh dan solehah yang dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Semoga hidup korang sentiasa dirahmati dan diberkati. Semoga rezeki mencurah-curah ke atas kalian. Amiin.


majlis perkahwinan, selfie dengan pengantin perempuan, majlis persandingan, pemilik fuh.my berkahwin, perkahwinan blogger
Akhirnya, ada manusia yang senyumannya lebih manis daripada senyuman aku.
Aku reda dalam terpaksa. Huhuuu

majlis perkahwinan blogger hebat, blogger hebat berkahwin, mk syahir kahwin, pemilik fuh.my berkahwin, bercinta selepas nikah
Aku dengan online bff, Sheda Ucu. :')
Wassalaam.


Comments

  1. korn di tag dlm entry ni..? ah nak menangis rasanya setelah sekian lama xde sape nk tag.. hehe...

    btw, selamat pengantin baru utk abam mksyahir n isteri... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ditag,, tapi tula,, tak sempat nak bergambar dengan korn,, huhuu :P

      Delete
  2. loor tiket pegi balik la muja burn...sabar je la..takpe tu pengalaman kan..

    tahniah utk caer dan isteri semoga hidup terus diberkati disulami kasih sayang dlm rumahtangga..

    salam kenal ye muja..dari kak adish shida (kakakecik) bukan kak sheda ucu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah nasiblah nampaknya kak.. pengalaman yang cukup berharga.. huhuu

      Delete
  3. Bestnye jalan2. Kak muja dah macam kakak ana, suke merantau sane sini naik bas. Katanye tambah pengalaman. K.muja leh la ambik badi pengantin tu sikit, nnti tak lama lagi kak muja lak. Hehe. ^_~

    Btw tahniah pada pengantin baru, wpun tak kenal. Nak doakan jugak. Semoga berbahagia selamanya. Hehe. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. pnjg komennya.. nnti kita jumpa kalau ada jdoh ye.. :-)

      Delete
  4. Takpe muja..dah tau nak beli tiket sendiri dah.lhehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus