Perkhemahan Unit Beruniform Di Lata Belatan

Perkhemahan Unit Beruniform Di Lata Belatan | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Beberapa minggu lepas, budak sem 4 tahun 2014 telah menjalankan perkhemahan unit beruniform di Lata Belatan, Besut, Terengganu. Dulu daki Gunung Tebu pun start dari sini la.

Perkhemahan unit beruniform wajib dijalankan sekurang-kurangnya sekali sepanjang 8 semester perjalanan kami untuk mendapat ijazah perguruan. Jadi, tetiba ada sorang peserta dari semester 6 join Bulan Sabit Merah sebab dia tak join the year before. Kekok juga memula. Lepas tu, ok je. Guru ni dilatih untuk cepat mesra kot.

Membina Khemah dan Gajet Itu Macam Makan Kacang; susahnya Nak Buang Bila Lekat Kat Gigi


Memula khemah macam biasalah, kena set up khemah. Dulu, aku macam kagum sangat tengok cikgu pasang khemah, tapi sekarang, aku kena belajar pulak pasang khemah untuk anak murid aku nanti. Dah pro dah.

Dah siap pasang khemah kena buat longkang kecik keliling so that tak de la air bertakung sangat kalau hujan. Jangan lupa tabur belerang keliling khemah sebab kita tak nak lipan masuk khemah. Betul tak? Kih3

tapak perkhemahan kami. tekalah mana satu khemah aku.

Untung budak PBSM macam aku ni, sebab kami ada ahli lelaki. So, semua gajet kitorang bagi terus kat budak laki suruh buat. Tak macam budak Pandu Puteri kat bawah ni. Kerja keras betul deme ni. Haa, putar tali tu banyak-banyak. Ikat kasi ketat ye. Kih3

Ya. Aku nampak kegigihan mereka.

Jadi Pelakon Adegan Kemalangan Ngeri


Antara aktiviti yang paling memorable dah takkan dilupakan bagi aku mestilah Demonstrasi Menyelamat. Kena buat luka palsu guna tepung, vaseline, nescafe, sirap dan beberapa bahan lagi. Adun pastu masak. Hasil dia seriously nampak macam real. Bergantung juga pada kreativiti orang

Tengok gambar bawah ni. Mohon jangan tertipu. Kah3

Seramkan? Jangan risau. Luka tu boleh makan pun. Kalau berseleralah.

Untuk demonstrasi menyelamat ni, kami dibahagikan kepada beberapa golongan. Aku jadi golongan keluarga mangsa yang melolong meratap melihat suami aku luka dan mati. Gambar kat atas ni kengkononnya suami aku. Don't imagine my acting. Takut lagi seram daripada si mayat. Hehehe.

Nampak tak polis pakai baju biru tu? Sian dia kena buli ngan wartawan.

Bila dah siap kami mekapkan mangsa ala ala pelakon filem seram, kami pun letakkan mangsa kat tempat yang kononnya berlaku kemalangan. Tempatnya mestilah kawasan air terjun Lata Belatan ni sebab kami nak main air. Yippiieeee

Lawak giler bila demonstrasi ni bermula. Golongan wartawan yang nak masuk ke kawasan kejadian bergaduh dengan golongan polis yang mengawal. Golongan mangsa yang masih hidup pula berdepan dengan pihak Bulan Sabit Merah yang datang menolong. Kelam kabut semua orang. Huhuu

Mandi Air Terjun di Lata Belatan


Disebabkan aku bajet cool. Ala ala tengok air sejuk tak terliur pun, aku tak mandi air terjun hari tu. Aku just masuk dalam air jadi tukang ambik gambar. Ok la tu. Celup celup kaki dalam air. Ke tu pun dah kira mandi? Up to you.

Dorang ni suka main air. Kecuali yang ada tahi lalat tu. Dia kurang suka.

Bila mandi dalam air terjun ni, tak sah kalau tak bajet mesra, tegur-tegur budak yang menggeletar sejuk tapi bila orang acah nak amik gambar, semua angkat tangan buat bentuk V. Peace la konon. Aku pun tergolong gak dalam golong peace sign ni zaman muda-muda dulu. So, aku bagi can lah.

Jumpa bebudak main air, then ajak berselfie yang bakal cikgu budak. Aku le tu.
 
 

Bercutilah, Berehatlah, Anda Akan Pulang Dengan Perbezaan


Keluarga aku memang jenis tak berjalan. Duduk di rumah je. Makan kat dapur rumah, berak dalam jamban rumah, bersenam di ruang tamu rumah, tidur di bilik rumah. Sadiskan? Jadi, aku selalu teruja kalau ada program IPG yang boleh bawak aku keluar daripada persekitaran cliche aku di rumah. 
 
Kengkadang terasa jugak nak tengok dunia luar. Nak tahu naik tren yang bergerak di atas jambatan tu macam mana, nak tahu jugak apa beza tengok movie di rumah dengan di pawagam, nak jugak merasa gi main-main di Legoland. Jadi, selagi boleh, aku akan usaha untuk keluar tengok dunia luar. Jadilah macam aku. Hehehe.

Seorang budak TESL dengan budak BM

Satu lagi yang aku suka bila pergi program, kita boleh berkumpul dengan pelajar daripada kursus lain. Kitorang ni nama je satu kampus, tapi jarang boleh berkumpul dan beraktiviti sama-sama. Bila ada program macam ni, barulah A kenal dengan B. C pula mula bercakap dengan D. Gituu.

Yang depan tu junior Faris Petra dulu. Kini kami satu batch.

Banyak malam juga kitorang tak boleh tidur di dalam khemah sebab hujan lebat. Habis khemah basah. Biasalah kalau dah duduk kat kaki gunung. Tapi aku, memang berjaya mengkentalkan diri. Aku duduk gak dalam khemah sebab khemah aku tak teruk sangat. Sikit je masuk air. Tak de sekali pun aku gi tidur kat surau. I am quite proud of myself. Heee

Selfie tanpa mekap. Aduss. Drop keyakinan.
Tu je la kot aku nak cerita. Gambar reramai budak PBSM terasa malas nak cari. Kbai.



Comments

  1. Cantik tempat camping tu... Rindu pulak nak bercamping gini ^_^

    ReplyDelete
  2. FUH NAMPAK REAL LA LUKA TU..WAHH DULU NAD PUN ADE BUAT MACAM NI SEMUA..HEHEE...BEST JE RASA..

    ReplyDelete
  3. seriously, gambar luka tuh nampak real, cepat2 akak skip tau...gerun sangat...


    DIY Karpet & Langsir Guna Tali

    ReplyDelete
  4. Saya dulu pernah masuk sekejap PBSM .. tapi lepas tu asyik kalah je kawat kaki terus masuk kadet bomba... hoho .. masuk kadet bomba terus jadi pengerusi .. terus menang kawat kaki tewaskan kadet bersatu .. hoho...

    Errr gambar yang berdarah2 tu real la ... hebat tukang solek.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus