Posts

Showing posts from December, 2014

Majlis Perkahwinan Wan Diana Omar dan Hafiz- Semoga Bahagia Hingga Syurga

Image
Majlis Perkahwinan Wan Diana Omar dan Hafiz | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Ingat tak dulu aku pernah pergi ke majlis perkahwinan Fizo Omar dengan Mawar Fareeda ? 27 Disember lepas aku berpeluang pula menghadiri majlis kahwin adik beliau, Wan Diana Omar, senior aku di Sek Keb Bukit Jawa dulu. Cantik sungguh dia sekarang. Makin famous pulak tu. Jelez omak. Kih3 *kidding Datang je tengok pengantin perempuan tengah ada photography session. Aku tumpang snap. Lawa!! :D Majlis ni diadakan di Selising, Pasir Puteh, Kelantan. Sama macam majlis abang dia. Masa majlis kahwin si abang, aku ada tunggu nak jumpa Diana, tapi tak sempat sebab dia tengah ada kerja dan masa tu aku memang nak cepat. Semua orang tengah sibuk. Ramai giler orang. Tak pelah. Kali ni dah boleh jumpa siap selfie lagi kan. Huhuu Teringat dulu, aku kenal Diana sebab aku pernah join kelas Bahasa Inggeris darjah 6 walaupun aku darjah 5. Jenis tak tahu malu banyak aku ni. Entah cemana boleh cak...

Program Persediaan Krew Kabin Ambilan Februari 2015- Jom Terbang Di Udara!

Image
Program Persediaan Krew Kabin Ambilan Februari 2015 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku cakap direct je k, kalau korang nak join krew kabin, bercita-cita nak jadi pramugari, nak kerja dalam kapal terbang, baca entri ni. Entri ni mungkin akan jadi perantara antara korang dengan cita-cita korang tu tau. Program Persediaan Krew Kabin Dalam Industri Penerbangan di Olives Academy Objektif Pembelajaran Program Persediaan Krew Kabin Ambilan Februari 2015   memberikan ilmu dan kemahiran yang diperlukan memberikan ilmu teori dan kemahiran praktikal membantu menyediakan peserta untuk temu duga sebagai ahli krew kabin penerbangan mendedahkan peserta dengan latihan penilaian temuduga penerbangan mengadakan perkongsian maklum balas memberikan pendedahan tentang cara krew kabin, penghidupan dan pakej pengangkaan    Modul Kursus Program Persediaan Krew Kabin Ambilan Februari 2015   Pengenalan tentang Industri Penerbangan Kemahira...

Akademi Penerbangan dan Hospitaliti, Olives Academy- Nak Join Cabin Crew Tak?

Image
Akademi Penerbangan dan Hospitaliti, Olives Academy - Nak Join Cabin Crew Tak? | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Masa kecik, aku pernah gak terpesona dengan penampilan cabin crew. Nampak cool je tarik beg ada tayar keluar airport. Bila dah besar, tengok pula drama Awan Dania, terdetik gak nak jadi cabin crew , tapi ditakdirkan aku bakal jadi cikgu. Korang yang bercita-cita nak jadi cabin crew macam Dania tu, boleh baca entri ni dan bertindak secepatnya. Peluang bagus tak datang banyak kali dalam hidup tau. :D Apa Yang Ada dengan Olives Academy? Olives Academy (1100079-W) adalah sebuah syarikat bumiputera   berdaftaryang ditubuhkan untuk menyediakan latihan dalam Aviation dan Hospitality atau dalam bahasa Melayunya; penerbangan dan hospitaliti. Olives Academy menyediakan tempat praktikal kepada pelajar setelah selesai belajar tertakluk kepada terma. Tempat latihan di Olives Academy juga boleh disewa.  Maksudnya, dalam tempoh tak de bu...

Warung Pak Mat, Pulau Pisang, Kelantan- Bukan Sebarang Warung

Image
Peminat setia Warung Pak Mat. We love Warung Pak Mat! Oyeahhhhhh   Warung Pak Mat, Pulau Pisang, Kelantan- Bukan Sebarang Warung | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Salah satu benda yang aku cukup bangga dengan negeri aku Kelantan mestilah sebab orang Kelantan ni ramai yang terer giler masak. Honestly, tak termasuk aku. T_T Lama dah nak tulis pasal makan kat Warung Pak Mat ni. Dah masuk kali ke berapa entah pergi sana, baru sekarang update sebab dah dapat amik gambar the way I want. Selalunya, bila, pergi mesti ada je yang tak kena. Lupala, hujan la, tutup la. Lama la pulak tak pergi Seoul Garden . *tetiba zie, kak, cik. bahagia bila tercapai impian makan kat Warung Pak Mat sama-sama. :') Alhamdulillah, dalam musim hujan rezeki aku gi sana sebab adik aku si Faizah. Plus, dia belanja. Jarang kot si budak kupit ni nak habiskan duit untuk kakak dia. Salunya kakak dia ni la yang jadi mesin ATM. Len kali, nak bawak makan kat Nasi Ulam Cikgu je. Murah b...

Fenomena Tudung dari IRRARA LABEL- Mutiara Shawl

Image
Mutiara Shawl yang awesome! :D Fenomena Tudung Dari IRRARA LABEL- Mutiara Shawl | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku memang peminat tegar tudung panjang yang kita dok panggil shawl . Dari zaman aku kat Universiti Malaya lagi. Masa tu trend shawl ni baru nak up. Then, bawal take over. But for me, aku masih setia dengan shawl. Sebab utama aku suka shawal adalah malas nak bentukkan bahagian depan tudung bawal. Leceh giler! Kenapa Aku Suka Long Shawl Daripada Square Shawl Aku malas bersusah payah nak bentukkan bahagian depan tudung bawal kasi gelembung tu sempurna. Aku kedekut nak bazir duit beli kanji sembur nak kasi gelembung yang sempurna kekal lama. Aku tak suka kain tudung bawal yang see through (dulu tak de bawal satin ke hape). Aku jugak rasa bergaya dengan tudung bawal agak static sebab aku memang tak kreatif, but I dont like being static. Aku bukan Hazanis the Fashion Blogger yang pakai apa pun cantik. So, since 4 years ago, memang aku setia den...

Tip Membeli Barang Secara Online Oleh Abbang- Apa Nak Buat Sebelum Bayar?

Image
Tip Online Shopping Oleh Abbang- Apa Nak Buat Sebelum Bayar? | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Online shopping memang best dan buat kita teruja. Tengok gambar, bayar, dapat barang. Senang. Sambil golek-golek atas katil pun boleh shopping. Tapi, membeli barang secara online-lah yang menyebabkan beribu-ribu mangsa ditipu setiap hari. Aku pun pernah tergolong dalam senarai mangsa tersebut. T_T Kita nak pengalaman shopping yang memuaskan hati and tak hingin kena tipu secara online kan? Jangan jadi macam aku masa noob dulu. Jadi bacalah tip oleh abbang ni secara detail dan apply dalam kehidupan seharian. Aku tak nak bias kat mana-mana pihak sebab I am both a seller and a buyer.  Yang penting tip online shopping daripada my beloved tunang ni dulu. Okay? :D Baca- Testimoni Muja Guna Vitamin C Pahang Pharmacy   Yang baju hijau tu pun giler beronline shopping. Cemana dia nak save money cer gitau dia! :@ Tip Memberi Barang Secara Online-  Berhati-h...

Testimoni Glamoskin by Legacy Secret oleh Mujadafewa

Image
Muahh Glamoskin cikeddd. :3 Testimoni Mujadafewa Guna Glamoskin by Legacy Secret | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Hari tu aku ada cerita pasal Glamoskin by Legacy Secret . Hari ni pulak aku nak bagi testimoni lepas aku guna Glamoskin ni dengan korang. Baca- Entri Secret Laxing Oleh Legacy Secret . Manalah tahu ada dalam kalangan korang ni yang masih tak jumpa produk yang sesuai dengan kulit korang, boleh guna Glamoskin ni. Produk dari Korea weh. Sape tak excited kan? Korea kan negara pembuat produk kecantikan terbaik setakat ni. Tak syak lagi dah. Memang best!!! :D Aku dengan bangganya mengisytiharkan yang aku adalah pengguna Glamoskin. Kamu bila lagi? :D Glamoskin Untuk Kulit Sihat, Segar dan Cantik Selama ni aku pendam je rasa jelez tengok pelakon Korea dok tayang muka putih, bersih, gebu, dorang. Korang tahu tak cemburu ni tak baik untuk kesihatan? Jadi, aku buat keputusan untuk jadi cantik pulak. Kalau boleh, aku nak Park Shin Hye tu pulak je...

Panda Cashback - Shopping Online Pun Boleh Dapat Duit?

Image
Panda Cashback - Beli Online Pun Dapat Rebat? | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Helo orang kampung terutamanya yang berjantina wanita!! Hari ni aku nak cerita kat korang satu online shopping website yang best. Mungkin paling best dalam dunia! Hahaha. Best kenapa? Sebab kita boleh bershopping dengan lebih diskaun kat sini!! :D Panda Cashback - Daftar Percuma, Beli Online, Dapat Rebat, Boleh Cashout. Tak Ke Best??? Dapat Duit Dengan Bershopping Je Di Panda Cashback. Sukanya Ittew!! :D Panda Cashback adalah sebuah website yang me nawarkan rebat atau reward yang boleh dikeluarkan secara tunai mengikut peratusan barang yang dibeli. 3000 online shop yang hebat tahap retis dari seluruh dunia, yang salu buat sale, termasuklah Expedia Malaysia, Zalora, Lazada yang datang dari Malaysia berkumpul di bawah satu bumbung di Panda Cashback ni. Jadi, tak semestinya kita kena beli barang dari Malaysia je, dari online shop famous kat Amerika ke, Korea ke, China mahupun...

Penyakit Bila Cuti Sekolah

Image
Penyakit Bila Cuti Sekolah | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Bagi pelajar IPG, hari cuti kitorang sama dengan cuti budak sekolah. Jadi, aku masih lagi ada bulan Disember yang heaven tetiap tahun. Korang hado? Kalau korang nak hado jugak, jadi pelajar IPG ye. Alahh. Pelajar uni lagi lama dorang cuti kot, cuma dorang cuti sekali gus, kitorang cuti sikit-sikit. Heee Cuti Lebih Daripada Seminggu Yang Dinanti-nanti Aku sangat ternanti-nanti cuti yang lebih seminggu ni sebab tunang aku yang koya bizi akan balik Kelantan. Kalau setakat 3 hari, memang non hado dia nak balik. Yelah, 2 hari dah perjalanan pergi balik, takkan nak dok rumah sehari je? Tak sempat hilang pun penat driving balik rumah, dah kena pergi lagi. Semasa menulis ni, aku masih cuba untuk menjadi tunang yang memahami. :'( Macam ada rambut warna hijau je atas kepala den. -_- Dalam cuti yang lebih seminggu barulah ada peluang bertemu mata dengan Nik Nashram nih. Nak tengok makin gemuk ke, makin ...

Betul Ke Ais Buruk Untuk Kesihatan dan Kecantikan?

Image
Betul Ke Ais Buruk Untuk Kesihatan? | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Rasa berfaedah juga aku ada instagram bila aku start follow akaun yang berfaedah. Sekarang, aku banyak follow akaun kesihatan; akaun nak dapatkan 8 pax la, nak kempiskan perut, cara betul untuk squat, dan banyak lagi. Semua page mat salleh. Dorang memang komited habis. Bilalah orang Melayu macam aku lak nak jadi komited macam dorang. Setakat ni, hanya mampu tengok. Buatnya still TIDAK. T_T Ais Boleh Jadi Bagus dan Tidak Bagus Untuk Kesihatan Adik aku suka cuaca sejuk. Ais jugak. Di Turki ni. Kemain lagi. *Jeles :@ Dalam dunia ni, setiap benda ada pros and cons. Termasuklah ais. Ramai orang cakap ais buruk untuk kesihatan. Ada yang cakap ais buat perut jadi buncit. Ada gak yang cakap kalau nak awet muda, jangan minum ais. Semua ni buat kita jadi takut dengan ais. Tapi kalau kaki kejang ais gak dicari. Padahal, Rasulullah sendiri sukakan benda-benda sejuk. Why is that? Ais Buruk ...