Tip Mujadafewa- 5 Tip Jual Barang Secara Online Part 2

Tip Mujadafewa- 5 Tip Jual Barang Secara Online Part 2 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tip jual barang online part 1 korang dah baca belum? Kalau belum, afdhalnya korang gi baca part 1 dulu then sambung dengan part 2. Biar teratur ikut priority gitu. Hokeyhhh??

6. Sediakan Gambar-gambar Yang Menarik dan Cantik


jual barang online, tip jual barang secara online, tip mujadafewa, online shop, online selling
For me this is menarik. Pm for offer to put this pic on your banner. Wearing Mutiara Shawl by Irrara Label

Kalau betul-betul serious nak jadikan jual barang secara online sebagai full-time job, hasilkan gambar-gambar produk menarik dan cantik. Jangan berkira sangat nak upah fotografer profesional yang mampu hasilkan gambar dengan daya magnet yang dapat menarik perhatian pelanggan. Jangan lupa selitkan logo perniagaan dalam setiap gambar testimoni atau banner untuk elakkan gambar dicuri dan disalahguna oleh orang lain. Rugi gambar cantik kita. Kita tak nak rugi, nak untung je tau!

7. Gunakan Media Sosial Secara Maksimum

tip jual barang online, jual barang, jual barang online, barang online, jual online, tip mujadafewa, tip nurmujahidah
Antara media sosial yang popular adalah Facebook; profile, group dan fanpage. Tak lupa Twitter, Instagram, Pinterest, Google+. Semuanya ada peminat sendiri. Rugila tak guna sebab semuanya percuma. Inilah yang bestnya jual barang online. Boleh jimat kos. Sekarang, hashtag juga penting dan sangat berkesan dalam memviralkan perniagaan kita. Guna hashtag khas yang mungkin dicari oleh pengguna media sosial di setiap pos di media sosial. Insya Allah ada gunanya. :D

8. Buat Blogpost Di Blog Untuk Mudah diGoogle


tip jual barang, tip jual barang secara online, tip jual online, tip online selling, tip mujadafewa, tip nurmujahidah
Blogger Pilihan Utusan ni pun boleh jadi promoter produk. Ekekeke.

Kalau kita nak beli barang online, mesti kita Google Search, tol tak? Sama juga dengan bakal pelanggan kita. Jual barang secara online tidak boleh lari daripada blog atau laman web. Carian Google akan menjumpai entri-entri di blog, bukan di group Facebook atau Instagram. Kita boleh bina blog sendiri atau lantik komuniti blogger untuk viralkan perniagaan. Kena pandai-pandai pilih blogger berpotensi, blog berprestasi baik, kata kunci, dan cara promosi. Fikir banyak-banyak dulu ye.

9. Isikan Maklumat Barang Dalam Bentuk Gambar

tip jual barang secara online, tip jual barang online, jual barang online, online selling, barang online, tip mujadafewa, tip nurmujahidah
Contoh gambar untuk jualan krim herba kemboja oleh Mujadafewa. Ada testimoni, ada gambar krim, gambar packaging, nombor untuk dihubungi. Hampir lengkap. Senang citer. :)
 
Sediakan gambar yang mempunyai semua maklumat tentang barang jualan supaya senang nak bagi informasi setiap kali ditanya. Ia menjimatkan masa dan dapat elakkan keciciran maklumat. Antara maklumat yang boleh diletakkan dalam bentuk gambar adalah latar belakang gambar produk, semua nombor akaun, dan akhir sekali, peringatan untuk pelanggan; no refund, bagi bukti pembayaran dan maklumat penghantaran, penghantaran biasanya mengambil masa dalam 3 hari bekerja, sabar.

10. Proses Tempahan Setelah Harga Barang Dibayar Penuh oleh Pelanggan

Bayar dulu baru hantar. Jangan sesekali hantar barang sebelum dapat bukti pembayaran daripada pelanggan. Kerja kita adalah meyakinkan pelanggan yang kita jujur tetapi percaya atau tidak adalah terpulang kepada mereka. Kita tak perlu nak hadap risiko dengan menghantar barang dulu hanya sebab dorang tak percaya. Dorang boleh cari seller lain, kita boleh cari pelanggan lain. Penting untuk kita elak ditipu pelanggan, kawal perniagaan dengan sendiri dan  tahu yang kita tak boleh harapkan orang lain. Sekarang, bukan pelanggan je kena tipu, seller pun ramai dah terkena.

----

Setakat ini, hanya 10 tip jualan barang secara online yang dapat aku kongsikan dengan semua. Bermanfaat juga pengalaman aku berkongsi tentang Syma Beauty Skincare dan KHK ni. Moga memberi manfaat untuk semua online seller terutamanya yang baru nak bermula. Moga dengan ilmu ni, perniagaan kita sesama bertambah maju. Amiin.

Abbang, abbang happy tak saiyang makin cantik? #abbangpuntersenyumsambiljelingjeling #saiyangtahu #kih3

Wassalaam.


Comments

  1. Sab ni semua medium dh ada. Cuma satu kena tambah sikit lagi. RAJIN! kalau tak rajin, memang semua tak jalan :p

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas tips-tips membina Muja!

    Kalau ada usahawan online yang nak tangkap gambar-gambar produk dengan teramat mudah, bolehlah cuba produk kami, Fuyyostudio. Tangkap pakai henfon pun gambar macam baru keluar dari studio! Serius.

    Silalah lawat: http://fuyyostudio.com Buatan Malaysia :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus