Berkelah dan Naik Banana Boat di Pantai Bukit Keluang-Lepas Stress Pre-Exam Part 2

pantai bukit keluang, bukit keluang, pantai cantik terengganu
Dekat dengan gua tepi pantai. Best!

Berkelah dan Naik Banana Boat di Pantai Bukit Keluang-Lepas Stress Pre-Exam Part 2 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Lepas dah penat mendaki Bukit Keluang dan kumpul memori banyak-banyak kat puncak, tiba masa kami topup tenaga. Masa untuk makan! Sebelum kitorang gi Pantai Bukit Keluang lagi, Fizah dah bagitahu. Syarat nak pergi, masing-masing kena bagi sumbangan.

Makan Beramai-ramai di Tepi Pantai Bukit Keluang Best


pantai bukit keluang, bukit keluang, mandi pantai bukit keluang, pantai cantik terengganu
Nak makan mana satu dulu?

Bila semua orang dah list dorang nak bawa apa pergi Pantai Bukit Keluang ni, aku mula tak de idea. Ain dengan Fizah bawa bihun goreng. Ju bawak pinggan dengan cawan polisterin. Hakim bawak Nutella. Aku volunteer bawak ais. Then, bila tanya mak mertua aku, dia cadang nasi himpit dengan kuah kacang. Beliaulah yang tolong buatkan. Kalau aku buat, takut terlajak sedap pulak.  :P

berkelah tepi pantai, makan ramai-ramai, pantai bukit keluang, bukit keluang
Hah! Nampak sangat gelojoh!

berkelah tepi pantai, pantai bukit keluang, bukit keluang
Selfying and eating can be done simultaneously. Heee

Mandi Laut di Pantai Bukit Keluang


mandi laut, mandi pantai, berkelah tepi pantai, pantai bukit keluang, pantai cantik terengganu
Model majalah Mangga.

Dah kenyang makan dekat gua Bukit Keluang, bebudak ni menerjunkan diri dalam laut. Bila lapar, naik ke darat. Semua spesies ikan duyung kot. Suka mandi air masin. Pastu kengkonon posing maut macam dalam majalah Mangga. Tak sedar hanya mampu posing Manggis je memasing. Yang penting, kita enjoy! Aku tak suka air masin. Melekit. Setakat letak kaki je mampu. Huhuu

Naik Banana Boat Yang Mencabar


banana boat, pantai bukit keluang, bukit keluang, berkelah di pantai bukit keluang
Nampak banana boat yang ni terdampar sepi, aku pun ajak wefie. Kih2

Mulanya aku tak tahu pun ada benda Banana Boat di Pantai Bukit Keluang. Dah Fizah bersungguh benar mengajak, semua pun macam nak join, dah macam wajib lak aku naik gak benda alah tu. Kesian pulak kat 2 orang adik aku tu. So, hakak terpaksa menjoinkan diri. Excited jugak. Cemanalah agaknya tunggu buah pisang. Haipp. Jangan nampak benda lain bang. :P

naik banana boat, banana boat pantai  bukit keluang
Nak pakai jaket keselamatan pun dah macam konflik.

banana boat, bot pisang, pantai bukit keluang, berkelah tepi pantai, pantai cantik terengganu
Meh nak ajar.

banana boat, bot pisang, rekreasi tepi pantai, pantai bukit keluang
Semua dah siap. Gambarlah sekeping.

naik bot pisang, naik banana boat, pantai bukit keluang, berkelah tepi pantai
Ni banana boat yang kitorang nak naik. Dalam air susah nak panjat hoihh!

naik bot pisang, naik banana boat, banana boat terengganu, pantai cantik terengganu
Kakak dia dah berjaya. Adik bongsu, An kena pujuk dulu. Takut sangat dia.
naik bot pisang, naik banana boat, pantai bukit keluang
Alhamdulillah. Semua dah berjaya. Tengok belakang semua! Smile to the camera! :D

Angan-angan aku hari tu memang nak balik rumah dengan baju kering. Aku ingatkan, bila tak mandi laut dengan yang lain, aku selamat. Rupanya, naik banana boat ni memang menempah maut! Bayang, bot depan akan tarik banana boat di belakang. So, banana boat tu akan melalui air berombak dan beralun hasil bot depan. Bot pisang kitorang dah macam Titanic lepas rempuh iceberg!

Pastu, bot tu pulak dok buat corner baring bagai. Yang last paling tak menahan! Bila dia dah lajuuuu bawak, pretttt!! Dia brek! Maka, harapan balik dengan baju kering hancur berkecai. Semua bergelimpangan dalam laut. Usahalah sendiri nak naik ke darat. Huhuu.

Pengalaman di Bukit Keluang Tak Akan Aku Lupakan.


I'll never let go.

Sekarang aku di Semester 6. Lagi setahun, habislah pembelajaran aku di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Rasa macam sekejap. Padahal, dah 4 tahun setengah duduk dengan rakan sekelas aku nih. Setahun saja lagi. Lepas tu, posting jauh-jauh. Bilalah lagi nak spend time together macam ni. I know, it is not always happy time in life. Kita kena reda dan go with the flow. :)

Model lebih inci kelebaran. Sobsss

berkelah tepi pantai, rekreasi tepi laut, naik banana boat, daki bukit
Pakai baju abbang. Rindu.

berkelah tepi pantai, pantai cantik terengganu, pantai popular Malaysia
Nak gi mana abang baju merah? Kah3

rekreasi tepi pantai, berkelah tepi pantai, pantai bukit keluang, bukit keluang, pantai cantik terengganu
Abang baju putih nak kejar abang baju merah agaknya.
Korang pun, kalau ada masa terluang tu, aku mohon sangat. Pergilah jalan-jalan. Buat aktiviti. Happy happy. Weekend tu manfaatkan sepenuhnya. Untuk lebih sihat, kekeluargaan lebih erat. Apa salahnya. Rasanya, Malaysia ni, setiap negerti ada pantai, ada air terjun. Tinggal pilih je. 

Jangan lupa!

Pakai sunblock SPF130 brand SunPlay tau. Barulah tak hangus. Macam iols la. Lex je pergi pantai tak risau hitam.

ps- bila nak bulan madu ni abbang???

Wassalaam.

#pantaibukitkeluang #bukitkeluang #pantaicantiterengganu

Comments

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus