Posts

Showing posts from November, 2015

Cara Rambut Sihat, Cantik dan Nampak Lebat - New Dove Volume & Nourishment

Image
Cara Memelihara Rambut Supaya Kekal Cantik dan Seksi- Dove Volume & Nourishment | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku pernah kena marah dengan umi aku sebab obsesi aku dengan rambut. Dia nampak aku berjalan dengan kepala tergeleng-geleng masa kat luar rumah. Masa tu, aku pernah juga simpan hasrat nak free hair (astaghfirullahalaziim). Bajet rambut paling lawalah masa tu kengkonon. Bila dah besar, baca banyak, dengar banyak, baru sedar yang perempuan memang tak boleh dedah aurat. Bukan setakat membahayakan diri sendiri, lebih kepada membahayakan kaum lelaki kesayangan, ayah dan suami. Kalau bukan di dunia, di akhirat. So, aku insaf dengan nasihat daripada adik aku sendiri. Terima kasih sayang. :') Dah lama mengidam. Dapat juga akhirnya New Dove Volume and Nourishment ni.  Tapi, bertudung tak bermakna kita bebas membiarkan rambut kita layu tak bermaya. Dah macam pokok tak siram. Tak dapat nutrisi. Bertudung juga tak bermakna kita kena biar rambut bus...

Custom Made Hadiah Untuk Yang Tersayang di Printcious.Com

Image
Custom Made Hadiah Untuk Yang Tersayang di Printcious.Com | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Antara bad days yang aku lalui dalam hidup ini adalah proses  memilih hadiah . Sekarang, kawan-kawan aku ramai yang nak kahwinlah, bertunanglah. Pastu, nak bagi hadiah apa? Kalau boleh tak naklah beli set cawan kat Mydin. Buat penuh gerobok je. Pakainya idok. *sigh Kalau kita bagi hadiah, letak nama atas pembalut atau kad, orang simpan lagi untuk sebulan. Kalau geng CleanHouse datang, confirm buang. Pastu, diorang tak ingat dah sapa yang bagi. Sedih jugak. Bila dah ada Printcious.Com, tak risau dah sebab boleh custom made hadiah. Biar hadiah tu ada satu je dalam dunia. Selit nama kita kat memana. Kekal kat situ selalu dia guna. Baru dia tak lupa. Kih3 Printcious, Precious Gifts From Your Heart Precious gifts from your heart / Hadiah istimewa dari hatimu Nasib baik aku jumpa Printcious.Com yang nak buat bad days aku jadi good days. Printcious.Com adalah sebuah ...

Cara Mengurangkan Berat Badan: Cara Memperbaiki Leptin Resistance

Image
Cara Mengurangkan Berat Badan- Cara Memperbaiki Leptin Resistance | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Setelah tiga artikel mengenai leptin sudah aku tulis 2 tahun yang lalu, hari ni masa untuk artikel keempat yang merupakan artikel paling penting iaitu cara untuk kita membaiki Leptin Resistance ( Apa itu Leptin Resistance ). Paling penting, kita elakkan faktor penyebab leptin resistance dulu. Jangan lupa baca 3 keadaan leptin dalam badan . Yup, pakailah tudung bawal bunga-bunga untuk lebih semangat bersukan. Memperbaiki Leptin Resistance dengan Cara Mengawal Pemakanan. 1. Makanan Yang Harus Diambil Protein dan lemak sihat seawal pagi untuk kenyang lebih lama. Kalau boleh, sejurus bangun tidur. Ini akan menjadi bahan untuk memproses hormon. Contoh protein, telur hancur dan daging. Contoh lemak sihat, kelapa, minyak kelapa, buah avokado, mentega, kekacang dan lemak haiwan. Omega-3 seperti ketam, ikan, udang, walnut, sardin, ikan salmon, ikan kod...

10 Cara Mudah Pakai Shawl Tutup Dada- Tutorial Shawl

Image
10 Cara Mudah Pakai Shawl- Tutorial Shawl | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sejak aku masuk UM, aku mula berjinak dengan long shawl.  Sejak tu jugaklah, aku mula rasa,'Ok, aku malas dah nak pakai tudung bawal lembek, susah bentuk, annoying, dan torturing tu!' Hairan hoi bila tengok orang lain pakai tudung lawa je. Sweet je. Bila aku yang pakai, tengok cermin je rasa nak menangis. T_T Jadi, aku berterima kasih sangat dengan fashion designers yang bawa masuk long shawl dalam list perempuan bertudung yang tak perlukan aku spend hours untuk bentukkan gelembung depan yang perfect. Pakai macam mana pun nampak ok. Pakai macam mana pun nampak style. Tambah-tambah lagi yang sediakan shawl tak payah gosok. Thank you so much! I owe you! :D Satu kelebihan yang ada pakai long shawl mestilah sebab boleh dipakai banyak cara. Memula main pakai je. Belajarlah biar nampak lagi cantik and stylish. Kurangnya dia bab nak kena supply pin banyak-banyak. Asalkan cantik, pin banya...

Testimoni Pakai Chriszen Moist Cake dengan Chriszen Ampoule

Image
Testimoni Pakai Chriszen Moist Cake dengan Chriszen Ampoule | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Frust tahu dak frust? Yela, asyik dok tanya pakai apa nampak cantik. Pakai apa nampak lawa. Pakai apa nampak flawless. Bila orang dah cakap pakai Chriszen Moist Cake yang memang terbaik tak percaya. Penat lak rasa kotak suara nak suarakan benda sama tahu.. -_- Senang Je Nak Jadi Cantik. Gunalah Chriszen Moist Cake! Jangan ingat parut jerawat aku tak dalam. Korang bacalah pasal  Chriszen Moist Cake  ni. Memang banyak kelebihan dia. Yang aku tahu, memang senang nak jadi cantik dengan Chriszen. Pakai je toner, ampoule, then bedak dia. Terus flawless. Tak payah pakai bb cream or cc cream dah. Bedak lain pun tak payah. Sebab dia dah cover hampir semua flaws dekata muka sambil merawat dan menghalang cahaya matahari. Tak ke jimat masa banyak dah bila tak payah pakai sunblock asing? Terpulang masing-masinglah kan? Orang selalu tengok aku muka aku dengan...

Tak Payahlah Pakai Spec Tuu

Image
Tak Payahlah Pakai Spec Tu | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku tulis entri kali ni just nak mengadu sahaja. Ye, mengadu tentang mata. Known worldwide perhaps, aku ni memang rabun. Dedua belah pun dalam 400 punya power. Nak pakai contact lens, umi tak restu. Tahap aku nih, baca buku pun kena rapat-rapat. Kalau duduk atas kerusi, buku letak atas meja, belakang stret kejung, memang tak membacalah aku. Kena jugak bongkok, mata kena kasi dekat sungguh kat buku. Masa membaca, tak suka pakai spec. Even masa solat, aku tak perlu risau pasal corak kat sejadah tu. Masa berdiri or qiam tu pun, memang takkan perasan corak sejadah tu. Kot ada misi Yahudi kat sejadah tu pun, aku takkan perasan pape. Kecuali kalau aku tertengok masa nak sujud. Biasanya, tak, Kalau orang lain punya zoom kat laptop tu 90%, aku buat 125%. Yup, aku memang suka tengok huruf besar-besar. It helps a lot. Senang nampak and proses dalam otak. Termasuklah font size kat handphone. Suami aku pula ej...

5 Perkara Wanita Selalu Terlupa

Image
5 Perkara Wanita Selalu Terlupa | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Semakin kita dewasa, setiap yang kabur nampak semakin jelas. Terutama berkenaan kita sebagai manusia. Lebih spesifik lagi, aku makin nampak tentang wanita. Wanita ada macam-macam kelebihan. Cumanya, ada 5 perkara yang wanita selalu lupa. Mungkin sengaja buat lupa, atau lupa secara tidak sengaja. Semoga kita jadi wanita berkerjaya yang bahagia selamanya. :D Apa kata kita renung balik apa yang kita selalu terlupa. Mungkin ia akan mengubah cara kita melihat dunia. Apa kata? 1. Wanita terlupa yang dia akan sentiasa cantik, lembut dan baik hati Sebab selalu scroll fb, tengok gambar wanita yang memang kerja mereka jaga muka, dia lupa dia cantik. Perbandingan bermula. Lalu, dia berhabis untuk jadi orang lain. Cantik di mata orang lain. 2. Wanita terlupa yang dia layak menyayangi dan disayangi Sebab terlalu merendah diri, selalu bersedih, dan terlalu takut disakiti, dia lupa yang di...

Homestay Terbaik dan Murah di Gambang Waterpark- Sinaran Qaseh Homestay

Image
Homestay Terbaik di Gambang Waterpark- Sinaran Qaseh Homestay | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Korang dah pernah pergi Taman Tema Air Gambang, Pahang tak? Kawan sekelas aku pernah pergi Gambang Waterpark ni. Bestnya. Kalau ikutkan, Pahang dekat dengan Kelantan. Menyesal aku tak ikut sebab memang popular taman air yang satu ni di Malaysia. Harap-harap, tak lama lagi, aku boleh tengok pintu gerbang Bukit Gambang Waterpark ni depan mata. Tapi, aku terfikir juga. Cukupkah masa kalau pergi tempat menarik macam Gambang Waterpark ni sehari je? Puas hati ke mandi manda dan rehatkan minda? Kalau nak pergi sana beberapa hari, nak tinggal kat mana? Tak kan nak tidur kat surau je. Kata bercutikan? Nak la semua aspek best. Lamanya tak main air. Memang kena pergilah Taman Tema Air Gambang. Syoknya!!! Jadi, kalau aku, aku pilih Sinaran Qaseh Homestay . Homestay terbaik dengan harga penginapan terlajak murah di Gambang, Pahang. Aku pasti, korang akan setuju dengan ak...

Promosi Pakej Website Mampu Milik di Empayar Network

Image
Promosi Pakej Website Mampu Milik di Empayar Network | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sebelum membeli produk kecantikan, apa korang buat? Kalau aku, mesti cari review dulu. Terutamanya kalau beli secara online. Kalau tak tanya kawan memana online shop yang dipercayai, mesti aku Google Search. Muka kita ada satu saja. Kalau dah rosak, tiada galang ganti.  Penting untuk kita cari informasi produk atau servis sebelum membeli! Tiada yang sanggup berdepan dengan risiko ditipu dengan produk dan servis yang teruk. Yelah, sekarang ni, scammers berlambak-lambak. Produk beracun bersepah-sepah. Jadi, aku yakin ramai antara kalian pun mesti macam aku.  Daripada senario aku ini, kita tahulah yang pengguna Google Search terlalu ramai. Inilah peluang keemasan untuk semua peniaga untuk menjadikan Google Search sebagai 'perangkap pelanggan'! :D Di zaman sekarang, trend membeli belah secara atas talian tengah in. Ya, mungkin sebab kekangan masa, orang beralih ke...