Posts

Showing posts from December, 2015

Wishlist Wajib Capai Mujadafewa untuk Tahun 2016

Image
Wishlist Wajib Capai Mujadafewa Untuk Tahun 2016 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Azam tahun baru aku tahun ini mencakupi kehidupan aku sebagai seorang isteri , pelajar, anak dan semua fungsi lain dalam hidup aku. Aku sangat berharap untuk mencapai semua ni sebab this is the first year yang aku rasa, aku MESTI capai semua ni! Sebelum ini, tulis sekadar nak update entri je. Kih3 Wishlist Wajib Capai 2016 Aku mohon sangat, korang yang baca entri untuk doakan kejayaan aku dan misi merealisasikan semua harapan dan impian dalam wishlist 2016 ini. Wishlist 1- Survive kehidupan sebagai pelajar IPGKKB dengan cemerlang Tahun 2016 akan jadi tahun terakhir aku sebagai pelajar IPGKKB. Kalau ada rezeki, aku akan konvo tahun 2017, pastu jadi cikgu tahun 2018. Eh, setahun menganggur? Aku rasa aku nak cuti lama. Aku nak try kerja jadi cashier ke, kerani ke, impian aku masa aku lepas SPM dulu. Tapi, kalau dapat cuti 3 bulan macam Nik dulu pun, aku akan terima dengan r...

Lirik Lagu Hey Kau! by Sandra- Tujukan Pada Stalker Yang Asyik Tengok Dari Jauh

Image
Lirik Lagu Hey Kau! by Sandra- Tujukan Pada Stalker Yang Asyik Tengok Dari Jauh |Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Dulu, ada seorang stalker. Nama dia Nik Nashram. Dia jumpa profile Nurmujahidah di Facebook. Dia stalk dan stalk. Perempuan ni ada blog rupanya. Duduk Kelantan. Eh samalah. Pasir Puteh? Laa, dekat je. Pastu, dia tegur. Sekarang, perempuan tu dah jadi isteri beliau. Happy Ending. Seronokkan? Ekekekekekee Tak rugi ambil risiko mulakan langkah pertama. Kalau kena reject kali pertama, cuba kali kedua dan seterusnya. Nombor ni bersifat infinity. Tu pun tak tahu. Cuba baca entri muja reject nik . Kalau Nik tak mulakan langkah pertama itu, bujang lagilah kitorang sekarang. Langkah pertama itu penting. Nah, lagu Hey Kau! nyanyian Sandra untuk mereka yang asyik pandang, renung, tenung dari jauh.  Korang ingat perempuan tu nak datang dekat ke kalau korang setakat tengok je? Ko ingat semua perempuan macam aku? Aku ok je kalau aku yang start dulu. Kah3 ...

Aku Sebagai Isteri Macam Isteri Lain Juga

Image
Aku Sebagai Isteri Macam Isteri Lain Juga | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku kahwin 5 Jun 2015 and till this date, i have become one for dalam 8 bulan. It is not easy. It is never easy. It takes a lot of effort, more sacrifices. Aku anak sulung. I am too used to having people listening to me. Aku tak biasa dengar arahan orang. Selalunya, aku yang mengarah, aku yang decide. Aku yang control. Aku yang boleh cakap macam-macam for my siblings. They depend on me a lot. Smile when facing problems. It helps a lot. One more thing, aku terlalu biasa dengan mendapat semua yang aku nak kalau aku rasa benda tu aku sepatutnya boleh dapat. Abah umi selalu bagi everything that i need even with a little conflicts at first, aku still akan dapat. Aku pernah tak dapat kasut sukan untuk main basketball sebab umi rasa kasut tu mahal, and it still hurts till today. Tidak dapat sesuatu yang aku nak memang beri kesan berat dalam hidup aku. Aku akan ingat how frustrating, how hurtfu...

Lirik Lagu Beautiful by Aziz Harun- Tujukan Pada Wanitamu

Image
Lirik Lagu Beautiful by Aziz Harun- Tujukan Pada Wanitamu | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Lama dah tak tulis lirik lagu. Dengar radio dalam kereta husband aku asyik dok main lagu ni je. Siap dia save dalam pendrive khas untuk kereta dia. Tertungu-tunggu juga, bilalah husband aku nak tujukan lagu ni untuk aku. Nak juga kena puji sekali sekali. Dalam mimpi pun tidak sekali kot. So, bila dah dengar selalu, terus jadi peminat Aziz Harun. Tengok umur. Ceh, baru 17 tahun dah kaya raya. Aku bilanya? -_- Lirik Lagu Beautiful by Aziz Harun Sangat Sesuai Untuk Memikat Hati Wanita Tutur dan caramu sesuatu Mampu membuat semua terpaku Namun cara kau tunduk membisu Buat ku tahu yang kau tak tahu Jelita Kau sempurna Girl you are so beautiful Ku mahu kau tahu Kenapa mahu malu Kau memang cantik begitu Girl you are so beautiful Harusnya kau tahu Tapi kau memang tak pernah Percaya bila ku kata Kau cantik tak terkata Itu hakikatnya Kau harus percaya kau ...

Payment Pertama H12 Media RM432.14 Dah Masuk Akaun

Image
Payment Pertama H12 Media RM432.14 Dah Masuk Akaun | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Dari dulu lagi, aku sibuk duduk ajak blogger sekalian alam untuk join syarikat pengiklanan yang bagi duit paling banyak ini, tapi masih ramai yang liat. Masih ramai yang ragu-ragu untuk jana pendapatan dengan H12 Media . Banyak kelebihannnya tahu. Hari tu memanglah ada masalah Inappropriate Content kejap. Tapi, aku dah tulis entri penyelesaian masalah Inappriate Content H12 Media hari tu kan? Payment Daripada H12 Media Buat Bayar Bil Celcom Memula failed sebab tak buat setting luar negara dengan Maybank. Korang jangan lupu setting sebelum cashout k. Bila dah masuk Paypal, akan dapat email macam ni. Bila dah masuk akaun. Paparan skrin laptop yang membahagiakan. Alhamdulillah. Payment pertama daripada H12 Media sudah masuk dalam akaun Maybank2u aku yang sudah sampai withdrawal limit hari tu. Haha. Tahu je dah masuk, terus bayar bil Celcom. Bil inilah modal aku berblo...

Cinta Monyet Pelbagai Zaman Sebelum Kahwin

Image
Lelaki dan Cinta | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Macam korang semua, sebelum aku kahwin pun, aku ada melalui beberapa kisah cinta monyet dan beruk. Ada yang orang start dulu. Ada yang aku start dulu. Ada yang tepuk berbunyi, tak berbunyi. Ada yang tepuk dua belah tapi bunyi slow. Ada yang bila tepuk je, bunyi nyaring. Ada yang terluah, ada yang tak terluah. Ceh, bebajet playgirl lak aku. Menyesal pun ada sebenarnya. Rasa macam curang sebelum kahwin. Yelah, ramai orang berhajat untuk jadikan suami dia cinta pertama. Sorry husband. So, aku nak share dengan korang antara kisah puppy love yang aku ingat. Yang aku ingat ni kira special la. To all my exes, kalau rasa korang masuk dalam list, sila bangga. Kah3! Zaman sekolah rendah Masa tu aku budak baru. Macam hot tak hot jugak la sebab baru darjah 1. Selalu gaduh dengan sorang budak ni. Pastu, tah cemana, dia terberitahu adik aku, dia suka kat aku. Siap bagi surat, frame gambar bentuk love. Mak ayah dia selalu d...

Debaran Tahun Akhir Pelajar TESL PISMP Ambilan 2013

Image
Debaran Tahun Akhir Pelajar TESL PISMP Ambilan 2013 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tahun-tahun terakhir aku di IPGKKB bukanlah yang terbaik. Sama sejarahnya dengan masa aku di sekolah menengah. First few years, aku menyerlah. Last few years ni, aku malap. Momentum aku tak berapa hebat. Ketahanan lemah. Terpaksa relalah aku bersetuju yang hidup ini umpama roda yang sentiasa berputar. Tak selama di atas, tak selamanya di bawah. Sekarang, aku anggap aku di bawah. Aku masih bersyukur dengan kedudukan aku. Cuma, aku masih berharap boleh jadi macam Muja yang dulu . Yang bijak lebih sikit. Dari atas, dari kiri Muja, hakim, arip, bahij, naim, jiji, azmeer, alang qaiyah, ain, syanim, yana, ju, mirah diah, ada, mimi, fizah, an, khalida, buvana Bila menghampiri tahun terakhir, makin berdebar pula aku. Kenangan praktikum tahun ni bukanlah kenangan yang baik. Sampai tahap aku berasa tidak layak menjadi cikgu . Setiap kali kena observe, aku sentiasa kena kritik. Sini s...

Berbuka Puasa di Hotel Ridel-First Time Berbuka Puasa Dengan Famili Plus Husband

Image
Berbuka Puasa di Hotel Ridel-First Time Berbuka Puasa dengan Famili Plus Husband | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Astaghfirullahalazim. Dah nak abis tahun lagi dua minggu baru nak update bukak puasa sesama dengan family and suami for the first time! Insaflah Muja hoiiihh. Dah jadi isteri pun still suka practise procrastination . Grr!!! Aku tak suka sangat simpan gambar dalam laptop. Berat laptop jadinya. Biasanya, aku akan update blog so that aku boleh upload gambar beserta dengan bercerita pasal gambar tu sekali. Lebih bermaknakan? Disebabkan aku ternampak gambar-gambar ni, terupdate juga entri berbuka puasa di Hotel Ridel bulan puasa yang lepas. Moga masih ada yang sudi baca. Kih3 Sebab aku nak berterima kasih kepada famili aku yang dah bersusah payah untuk persiapan perkahwinan aku, aku belanjalah diorang pada hari terakhir puasa tahun ni. Nak duduk semeja tahun ni juga. Lama nak tunggu tahun depan. Aku nak berbuka puasa dengan famili aku ...

EdDe Kopitiam Kok Lanas- Sebab Aku Penggemar Makanan Sedap yang Pedas!

Image
EdDe Kopitiam Kok Lanas- Sebab Aku Penggemar Makanan Sedap yang Pedas | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Masa tu, aku tengah merajuk dengan my husband. Kesnya kecil sangat sampai malu nak tulis kat sini. Untuk lepas geram, aku dengan my partners in crime, keluar cari pasal di EdDe Kopitiam Kok Lanas . Siapa tak pernah pergi EdDe, memang rugi. Menu Hebat di EdDe Kopitiam Kok Lanas- Sangat Menyelerakan! Restoran EdDe adalah sebuah restoran yang menyediakan makanan western. First time aku ke EdDe di cawangan Pasir Puteh dengan Fariena. Fariena belanja semata-mata nak beritahu satu rahsia. Sorry, rahsia tak boleh bocor. Then, aku pergi lagi kat cawangan yang sama dengan Nik. Then, masa merayau dengan Huda, Zie dan Hana malam tu, ternampak pula cawangan EdDe di Kok Lanas. Cawangan EdDe Kok Lanas berkonsepkan kopitiam. Memang cool. Hajatnya, nak order burger. Kot kot sesedap Burgerbyte . Tetiba, teringat amaran cik husband. Sebagai isteri mithali, tak jadi order. ...

Billah Coffee Pasir Puteh- Minuman Perisa Paling Sedap di Kelantan

Image
Billah Coffee Pasir Puteh- Minuman Perisa Paling Sedap Di Kelantan | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tajuk aku macam good good je kan tapi honestly, this is an honest opinion from me tau. Asalnya, adik aku Huda yang addicted dengan Billah Coffee Green Tea . Dok merengek suruh bawak dia pergi beli. Aku sebagai kakak penyayang, terpaksalah bawak kereta dari Selising ke bandar Pasir Puteh semata-mata nak belikan minuman kegemaran dia nih. Excited lebih bila dapat Billah Coffee Billah Coffee- Kopi Sedap Menenangkan Hati Masa kecil, aku tinggal dengan cek dan mok (atuk dan nenek). So, dari kecil lagi, aku memang suka minum kopi sebab nenek aku selalu buatkan kopi untuk kitorang. Dalam kesejukan angin pagi, duduk kat beranda, makan biskut kering cicah kopi hitam pekat manis panas berasap. Perghhh!! Nikmat dunia sungguh. Memang sedaplah. Kopi oldschool. Tambah gula je. Tak tambah susu. Memang best! Tak de lagi yang boleh lawan sedapnya kopi mok aku buat sampai seka...