3Bskin Detox Journey- Green Detox Mask Untuk Detox Muka, Rawat Jerawat, dan Kecilkan Pori
3Bskin Detox Journey- Jom Detox Muka Kita!
Yang terbaru pula, aku berpeluang merasai sendiri pengalaman Detox Journey dengan 3BSkin. Memang tak sabarlah sebab aku memang percaya dengan produk 3Bskin ni. Baru aku tahu, bukan perut je kena detox. Muka pun kena detox. Barulah anasir-anasir buas takut nak singgah. Aku berpeluang mencuba Green Detox Mask.
3BSkin Green Detox Mask sangat berkesan untuk kulit berminyak dan kombinasi dengan membantu mengimbangkan kelembapan dan minyak pada kulit untuk menghasilkan kulit yang lebih sihat dan cantik.
Cara Penggunaan 3Bskin Green Detox Mask
Biasanya aku akan guna face mask waktu malam sebelum tidur. Masa nilah aku nak rehat lepa penat bergelut dengan hal dunia. Masa nilah badan aku nak dimanja lepas terseksa. Selesa tidur bila muka rasa bersih dan segar. Tak de lah tidur dengan minyak melimpah ruah, kuman pula melata kat muka.
- Basuh muka dengan bersih.
- Pakai toner pada muka.
- Sapukan 3Bskin Detox Mask pada muka sehingga leher.
- Biarkan selama 15-30 minit.
- Bersihkan muka dengan air putih.
- Pakai pelembap sebelum tidur.
Bahan-bahan Dalam 3Bskin Green Detox
aqua, caprylic/capric triglyceride, glycerin, propylin glycol, sodium hyaluronate, panthenol, cetearyl alcohol, catyl alcohol, tocopheryl acetate, nelumbo nucifera leaf extract, angelica gigas extract, camellia sinensis leaf extract, ceteareth-20, psidium guajava fruit extract, allantoin, phenoxyethanol, butylene glycol, fragrance, ethyhexylglycerin, C1 19140, C1 42090Jadi, 3Bskin ni ada ekstrak tumbuhan dan buah-buahan. Patutlah best sangat rasa lepas pakai.
Tekstur 3Bskin Detox Journey- Green Detox Mask |
Review 3Bskin Detox Journey- Green Detox Mask Yang Awesome
Green Detox Mask daripada 3Bskin memang best! Kulit aku memang jenis berminyak. Sebab tu dulu berjerawat sungguh. Berkilat muka tambah-tambah waktu tengah hari. Sebab tu tak cukup kalau sekadar cuci muka je. Jadi, aku selalu amalkan face mask. Nak bagi serap minyak lelebih tu
Suka sangat bila dapat guna 3Bskin Green Detox Mask ni. Memula lepas pakai, rasa panas sikit. Pastu rasa selesa. Lepas pakai dan basuh, muka memang rasa segar dan bersih. Nak lagi best, letak pula pelembap, pastu tidur. Perghhh! Heaven sungguh! :D
Kiri: Tengah pakai. Kanan: Selepas pakai, Sorry muka aku memang tak floles sebab masa muda dulu memang berjerawat. Hehehe |
Laman web: 3Bskin.Com
Facebook: 3Bskin.Com
Email: admin@3Bskin.Com
Instagram: instagram.com/3bskin
Setakat ni jelah dulu perkongsian aku. Sila percaya sebab memang menjadi! Take care. Assalaamualaikum.
wahhhh mcm mcm detox sekarang haih so tempting hahah
ReplyDeletesila tempted sebab mask nimmg best pun.. hahahahaaa
Delete