Mee Celup Golok, Ketereh, Kelantan Sedap Tersangat!
Mee Celup Golok, Ketereh, Kelantan Sedap Tersangat | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Lama dah. Ye. Dah lama dah aku dengan my family pergi makan kat Mee Celup Golok di Ketereh ni. Masa tu baru lepas kahwin few months. Kebetulah Nik balik dari Johor. Baru nak update la nih.
Sejak si Huda dah reti bawa kereta ni, merata riti dia jalan. Tak macam kakak dia. Selagi boleh duduk rumah, kat situlah dia. Hudalah yang semangat sangat nak pergi makan kat Mee Celup Golok, Ketereh. Nasib baiklah abah aku sudi nak payung. Jimat fulus. Padahal sebab nak bawa pelajar kesayangan dia je. Jelez betul aku.
Ingat tak aku pergi share masa pergi makan di Warung Pak Mat? Aku ingatkan kat sana je ada air teh beng madu. Jauh benar pergi sampai Pulau Pisang dekat PCB semata-mata nak cuba. Padahal, kat Mee Celup Golok di Ketereh pun ada air legend ni. Bukan setakat teh je, bandung, teh hijau, pun dia buat versi berbuih-buih ni tau. Guna skill tarik jer. Best kan??? :D

Kedai Mee Celup Golok ni dibuka petang sampai malam. Kitorang pergi malam. Best sikit feeling dia sebab tak panas. Bila makan sup panas dalam sejuk gitu baru syok. Aku gerak dengan Nik (tak nak masuk gambar), the others gerak dengan abah. Masa kitorang sampai, memang penuh orang. Sampaikan kena tunggu turn untuk dapat tempat duduk. Sadis juga tu.
Inilah rupa Mee Celup Golok. Walaupun namanya mee, kita still boleh pilih sama ada kita nak kuey tiaw, bihun, maggi, mee kuning atau maggi. Sangat terpulang pada selera masing-masing. Pastu kita boleh pilih pula lauk yang kita nak. Kalau nak tambah lauk pun boleh. Rasanya kena tambah RM1 untuk setiap tambahan. Tak pun 50 sen. Seriously lupa. My bad. Sorry. :P
Ingat tak aku pergi share masa pergi makan di Warung Pak Mat? Aku ingatkan kat sana je ada air teh beng madu. Jauh benar pergi sampai Pulau Pisang dekat PCB semata-mata nak cuba. Padahal, kat Mee Celup Golok di Ketereh pun ada air legend ni. Bukan setakat teh je, bandung, teh hijau, pun dia buat versi berbuih-buih ni tau. Guna skill tarik jer. Best kan??? :D
Nik duduk sebelah aku. Tak nak masuk gambar. |
Hubungi Mee Celup Golok, Ketereh, Kelantan
Alamat: Lot 679B, Kampung Tok Akil, Ketereh, Kelantan
(Kalau dari KB, lepas je bandar Ketereh, belok kanan kat jalan yang betul-betul berhadapan dengan kedai cat diri sebelah kiri jalan)
No hp: 017 721 3440
Kalau ada peluang bercuti ke Kelantan, silalah singgah di sini. Dengar cerita siap ada tomyam ketam. Boleh lawan dengan tomyam bukit marak lepas ni. Tu je aku nak bebel untuk kali ini. Till next entry. XOXO.
Wassalaam.
Muji, aduyaiiii terliur yer tgk mee celup ketereh tu...dah rasa macam sampai dekat tekak dah ni hehehe
ReplyDeleteuiyoo berbuih2.. hehe teringin nak makan mee ceup sebab orang ckap sedapp
ReplyDelete