Buat Cleopatra Treatment di Estetika Medispa, Kota Bharu

estetika medispa, rawatan cleopatra, cleopatra treatment

Buat Cleopatra Treatment di Estetika Medispa, Kota Bharu | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Ini bukan advertorial berbayar ye. Ikhlas daripada seorang junior untuk seniornya. Walaupun seniornya tak kenal pun juniornya ini. Sebelum kahwin dulu, aku ada pergi Baiduri Beauty and Spa yang lebih kepada tradisional. Kali ni, nk try tempat lain pula. So, aku pilih Estetika Medispa

Klinik Primer, Estetika Medispa- Facial Treatment Yang Sangat Berbaloi!


estetika medispa kota bharu, rawatan cleopatra, cleopatra treatment

Nak dijadikan cerita, Klinik Primer kat Kota Bharu tu memang lama dah famous dalam kalangan budak SMSTMFP sebab owner klinik tu merupakan bekas pelajar, Dr. Hannan Yusof. Masa aku form 1, beliau dah form 5. Sekelas pula dengan sorang akak form 5 yang duduk sedorm dengan aku. Selalulah juga dengar cerita pasal Hannan ni. Tapi, tak pernah cam pun kalau jumpa kat sekolah.

estetika medispa, cleopatra treatment, rawatan cleopatra, rawatan wajah

Masa ada Klinik Primer je (Estetika Medispa belum wujud) kawan aku kat IPGKKB pun ada pergi dapatkan rawatan untuk masalah jerawat dan parut jerawat dalam 2 tahun lepas. Adalah juga dia ajak aku, tapi malasnyalah. Takut pun ada juga sebab masa tu, yang famous, rawatan laser untuk hilangkan parut. Seksa juga nak kena pakai topeng lepas rawatan untuk elak cahaya matahari.



Memula, tak delah berminat sangat nak buat rawatan muka kat tempat cenggini. Rasa macam membazir dan tak berapa penting. Tapi, bila dah tengok banyak iklan Estetika Medispa kat fb, jadi teringin pula. Teringin pun, tahan jela sebab masalah ongkos yang sentiasa menjadi penghalang. Tup tup, tertengok promosi sempena Hari Guru yang lepas, terus grab peluang untuk merasa sendiri rawatan di klinik estetik ni.



Kawan aku si Fariena memang dah lama mengidam nak buat facial kat sini. Tambah-tambah lagi, dia nak kahwin dah tak lama. Yang dah cantik pun, nak kena extra cantik juga. Pernahlah juga merancang nak pergi dan nak ambil rawatan paling murah. Tup tup dapat harga promosi untuk rawatan Cleopatra, terus grab. Daripada RM199 jadi RM100. Tak ke banyak potongannya tu?

Cleopatra Treatment, Rawatan Kulit Wajah 4 in 1


rawatan cleopatra, cleopatra treatment, estetika medispa
Benda nilah yang bagi nama Cleopatra sangat tu.

Rawatan cleopatra adalah antara rawatan yang paling famous di Estetika Medispa selain daripada rawatan oxcryo. Cleopatra treatment menggunakan kaedah terapi dari Korea. Kalau tak silap, peralatannya pun dari Korea. Patutlah orang Korea ramai yang lawa. Selalu buat cleopatra treatment agaknya. Rawatan Cleopatra merupakan rawatan 4 dalam 1.

1. Facial oxygen therapy

Oxygen infusion untuk membersihkan muka, menghilangkan radikal bebas dan merangsang pertumbuhan sel kulit baru.

Terasa macam ada air yang dia sembur berulang kali pada kulit muka. Sebab oxygen tu memang datang daripada air tu.

2. Microderma abrasion


Mencuci muka daripada sel kulit mati sambil menanggalkan whitehead dan blackhead

Masa ni, memang terasa ada alat yang menyedut kulit muka. Tak macam facial biasa yang picit jerawat yang sakit tu, rawatan ni tak sakit pun.

3. Radio frequency


Menegangkan kulit muka, menggalakkan pertumbuhan kolagen, mengecilkan liang roma

Rf dilakukan dengan alat yang ada bebola. Dia gelek-gelekkan muka kita dengan bebola tulah.

4. LED mask


Mengaktifkan kolagen untuk menjadikan kulit gebu, anjal dan bebas cela.

Pakai topeng yang ada cahaya LED dalam lebih kurang 15 minit. Jenuh juga nak menunggu. Tidur jelah kalau dah bosan sangat.

Testimoni Cleopatra Treatment di Estetika Medispa




Yang paling aku nak highlight adalah layanan mesra yang diberikan oleh staf cantik di Estetika Medispa. Dah la cantik, berbudi bahasa. Lembut ayu je. Aku tanya soalan tak perlu pun staff tu layan je. Aku ni kalau dah selesa, terus banyak idea nak bertanya. Kengkadang, layanan baik macam ni yang buat kita selalu nakkan servis pape walaupun servisnya tak setara mana. Ye dak?

Staff cantik di tengah.

Cleopatra treatment is A Must Try to all beautiful women outside there! You, you and you! Yes, memang best buat rawatan cleopatra di Estetika Medispa. Rawatan wajah yang tak sakit dan tidak meninggalkan parut macam yang pernah aku alami dulu.. Segala jenis kekasaran pada muka memang hilang. Terus rasa addicted nak sentuh hidung yang salunya rasa tajam-tajam ni. Jerawat pun tak naik setakat aku buat rawatan sampai time aku tulis entri ni.



Harga Rawatan Cleopatra di Estetika Medispa

  • Satu sesi RM199
  • Pakej 6 sesi rawatan RM700
  • Pakej 10 sesi rawatan RM1000
Bagi yang mempunyai ruang dan peluang, aku sangat recommend untuk ambil pakej. Murah sikit. Tak salah kalau kita berbelanja untuk kecantikan dan kepuasan diri sendiri. Terutamanya yang dah kahwin macam aku. Lagilah perlu jaga kecantikan luar dan dalam. Barulah cik abang tambah sayang. Betulkan?




Bagi yang nak buat pemeriksaan wajah pun boleh tau kat Estetika Medispa. Bolehlah lepas tu consult doktor, rawatan apa paling sesuai dengan masalah yang dihadapi. Doktor pun bagus-bagus. Jangan risau. Ramai dah review puas hati kat facebook dorang tahu.

Laman web:
Facebook
Instagram:
Alamat:
No. 3486, Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu.
No Telefon:
010 -220 1929

Tu jelah. Wassalaam. XOXO


Comments

  1. salam,
    untuk lelaki ada buat tak ?

    ReplyDelete
  2. Saya baru buat 2 kali

    Hopefully dapat la kulit lawa macam u


    Hihihi

    Doakan ya


    Harga saya nayar RM1000 juga tapi dapat 8 sesi aje

    Maybe sebab skrg sume benda naik harga kan


    Huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus