Posts

Showing posts from June, 2016

Video Pertama di Youtube.Com

Image
Video Pertama di Youtube.Com | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku memang antara peminat Youtube sebab senang nak download video kat sini guna software yang Mukmin bagi dulu. Kat tempat lain, aku tak reti sangat. Tak macam husband aku yang pantang nampak ada cerita baru, mesti cari, mesti download. Dah download, sayang nak delete. Lepas tu, bila storage dah merah, kalut pulak cari hard disk la, pen drive la. Balik kepada perihal Youtube. Bila dah lama buat benda sama bertahun-tahun, rasa bosan pula. You get tired easily when you keep doing the same thing over and over again. Bila nak berkembang? Sampai bila nak duduk dalam comfort zone? Hal ini termasuklah juga dengan blogging. Haippp! Taklah. Aku bosan bukan jenis bosan yang nak tinggalkan terus. Cuma, nak buat benda lain juga so that banyak benda berbeza boleh dibuat. Variety of stuff to do, variety of experiences. Kalau rasa nak buat yang ni, boleh buat yang ni. Jadi, aku ada options to choose. Tak delah mengh...

Kopitiam Kita- Roti Titab Sedap Macam Tak Percaya!

Image
Roti Titab di Kopitiam Kita Memang Lain Dari Yang Lain | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sepanjang aku duduk kat Pengkalan Chepa, 5 tahun masa sekolah menengah, pastu hampir nak habis dah 5 tahun setengah lagi di IPGKKB, baru berapa kali je aku sarapan di Kopitiam Kita. Tak silap aku, baru dua kali. Sebabnya, hujung minggu, aku selalu balik rumah kat Pasir Puteh. Hari lain mana boleh keluar sarapan kat luar sebab hari-hari, kelas biasa start pukul 7.45 pagi. Alasan aku boleh diterimakan? Sangat memalukan juga bila orang luar tanya aku,' Kopitiam Kita kat mana ek ?' dan aku,'Krikk.. Krikkk'. Padahal, Kopitiam Kita terletak dalam 10 minit je kot dari IPG. Popularnya Kopitiam Kita ni memang tak boleh nak nafikan sebab menteri, artis, pelancong, semua pakat datang sini kalau ada di Kelantan. Kawan aku dari KL pun request aku bawa dorang sarapan kat sini. Aku pula? Dah final year baru nak terhegeh-hegeh mengajak room mate aku datang sarapan kat sini. B...

Variasi Pilihan Makeup Organiser Cantik Comel di Gracias Online Store

Image
Variasi Pilihan Makeup Organiser Cantik Comel di Gracias Online Store | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Baru-baru ni kan, kat KB ni ada bukak shopping mall baru. AEON Mall. Berpusu-pusu orang datang. Bukan setakat orang Kelantan, orang Terengganu pun spotted kat sana. Nak dijadikan cerita, jalan raya sesak, tempat parking penuh, barang cantik cepat je habis. Last last nganga je. Balik tangan kosong. Sebab tulah aku suka sangat shopping online. Hehehe. Baru-baru ni, aku terjumpa Gracias Online Stor e. Macam best sebab aku suka header dia. Macam girlish gitu. Aku suka imej shopaholic. Mesti banyak barang wanita. Antara barang yang ada kat online store ni adalah barang kecantikan dan penjagaan diri, bekas mekap, bekas barang perhiasan dan pakaian. Sebut je keperluan wanita, semua ada kat Gracias Online Store. Barang yang aku paling berminat di Gracias Online Store semestinya makeup organiser dia. Banyak sangat pilihan. Nak dijadikan cerita, suami aku meman...

Order Gas Memasak Secara Online Guna Grabgas Je Sekarang

Image
Order Gas Memasak Guna Aplikasi Grabgas Je Sekarang | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Nak dijadikan cerita, dalam dua hari lepas tak silap aku, aku dah bangun awal dengan niat murni nak tolong mak mertua aku masak untuk sahur. Tetiba, api dapur semakin malap. Semakin tak nampak. Then, mak mertua aku dah letak telur dalam kuali.. Pufff!!! Api hilang. Hancur harapan nak makan nasi, tambah kicap dengan telur dadar. Sobsss Untunglah orang Petaling Jaya. Kalau gas habis, boleh order online je daripada www.grabgas.com yang akan datang dengan aplikasi di Google Play Store dan Apple App store tak lama lagi. Klik klik klik, tercongok gas memasak depan mata. Tak delah jadi macam aku dengan mak mertua aku hari tu. Membazir je telur tak masak dalam kuali. Sadis sangat kalau teringat. Huhuuuuuu Macam Mana Idea Grabgas Ni Timbul? Ceritanya macam ni. CEO Sean menghadapi masalah untuk order gas memasak. Satu hari, Sean datang ke pejabat, mengadu kat Jeson. Memula tu, do...

Pembukaan Watsons di AEON Mall, Kota Bharu Meriah!

Image
Pembukaan Watsons di AEON Mall, Kota Bharu | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Walaupun masa tu beberapa hari je lagi nak exam, aku memang tak lepaskan peluang untuk join pembukaan Watsons di AEON Mall . Aku pelanggan setia Watsons kot. Masa ni la nak rasa rewarded sikit. Masa tu AEON Mall baru buka. Lagilah excited. Walaupun dah banyak kali pergi sana sebelum tu. Bawa few partners in crime, perfect! Pembukaan Watsons kali ni dimeriahkan lagi dengan kehadiran 2 orang dj dari stesen radio terkenal di Pantai Timur, Thr; Dj Nazrin dan Dj Shah. Nak kenal dorang? Inilah dorang. Best betullah dorang dua orang ni. Suara sedap. Meriah jadinya pembukaan Watsons dengan celoteh dorang yang mesra sangat. Sesuai sangat jadi Dj radio popuplar. Tu yang Thr ramai sangat peminat.  Hari tu, dalam 200 baucer diagihkan. Bestla semua yang dapat. Boleh beli barang dengan potongan harga. Sape la yang tak suka beli barang kecantikan murah? Tak de lelaki yang tak ...

Tip Bahagia dan Berjaya Dalam Kehidupan daripada Dr. Hamid Arshat

Image
Tip Bahagia dan Berjaya Dalam Kehidupan daripada Dr. Hamid Arshat | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tahun lepas, kami adik beradik ada kumpul duit 50 hengget sorang untuk belikan smartphone kat umi masa besday beliau. Suka sangatlah dia bila ada seketul. Dia tu doktor, tapi terlalu bersederhana. Semua pun rasa tak penting. Bila dah ada, barulah seronok sekarang. Dah berhubung balik dengan kengkawan sekolah guna whatsapp. Siap buat reunionlah bagai. Alhamdulillah sangat. Kesian juga kat umi succumbed dengan hidup dia dalam klinik tu je. Sekarang, dah ada social life sikit. She looks happier too. Alhamdulillah. Nak dijadikan cerita, few days ago, umi ada bagi link tentang tip bahagia dan berjaya dalam kehidupan daripada Dr. Hamid Arshat. Umi cakap menarik. Aku jarang sangat nak baca benda motivasi, tapi sebab umi yang suggest, aku gagahkan juga dan memang tidak menyesal. Aku pun listkan balik kat entri ni tapi bukanlah 100 peratus sama ye. Ada few things yang a...

Pembina WebsiteTerbaik Mestilah Sitesbrick.Com

Image
Pembina Website Terbaik Mestilah Sitesbrick.Com | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku sebagai blogger sentiasa berharap untuk ada blog yang terbaik. Seo terbaik, template cantik, page loading laju, serba serbi perfect. Tu baru aku. Blogger cincai duduk merapu pasal kehidupan sendiri. Pastu, mengharap adalah yang sudi baca. Syok sendiri. Kih3 Tu baru aku yang sendu ni. Korang yang baru bermula dalam keusahawanan, perniagaan dan bidang professional online lagilah memerlukan website yang mampu bersaing dengan berjuta-juta website lain di alam maya ni. Tak salah untuk keluarkan modal lebih sikit untuk tunjukkan betapa seriusnya kita dalam bidang yang kita ceburi. Barulah pelanggan pun lebih percaya dan yakin dengan kita. Sitesbrick.Com - Pembina Website Termudah untuk Membina Website Tak tahu macam mana nak bermula? Tak reti main koding? Tak tahu susunan template terbaik? Tak perlu risau. Sitesbrick.Com sedia membantu. Sitesbrick.Com menyediakan website pla...

Kenapa Famous Sangat Ikan Celup Tepung Warung Pok Nong Ni???

Image
Kenapa Famous Sangat Ikan Celup Tepung Warung Pok Nong Ni??? |  Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Seperti biasa, gambar dalam entri ini sudah diperam lama baru nak upload. Diharap rasanya masih sedap ala-ala baru digoreng. Memm Baru-baru ni, aku ada pergi jenjalan di Terengganu dengan Fariena. Jenjarang aku yang suka letak atas sofa tengok tv sambil makan jajan ni rajin untuk pergi jenjalan tau. Kitorang stay kat rumah Ain. Terima kasih sangat Ain sekeluarga, dah sudi terima kehadiran kami kat sana. Sorry sangat sebab  makan banyak. Kalau pergi sana lagi, mohon kurangkan kesedapan makanan ye Ain. :') Ikan Celup Tepung Warung Pok Nong Terbaik! Antara tempat menarik yang aku lawati kat sana mestilah Warung Pok Nong . Warung Pok Nong ni dalam 20 minit gitu dari Kuala Terengganu. Warung ni terletak tepi pantai. Best makan sambil disapa angin pantai sepoi-sepoi bahasa. :) Ikan celup tepung adalah hidangan yang paling famous di Warung Pok Nong. Memang se...