Kopitiam Kita- Roti Titab Sedap Macam Tak Percaya!

Roti Titab di Kopitiam Kita Memang Lain Dari Yang Lain | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sepanjang aku duduk kat Pengkalan Chepa, 5 tahun masa sekolah menengah, pastu hampir nak habis dah 5 tahun setengah lagi di IPGKKB, baru berapa kali je aku sarapan di Kopitiam Kita. Tak silap aku, baru dua kali. Sebabnya, hujung minggu, aku selalu balik rumah kat Pasir Puteh. Hari lain mana boleh keluar sarapan kat luar sebab hari-hari, kelas biasa start pukul 7.45 pagi. Alasan aku boleh diterimakan?

Sangat memalukan juga bila orang luar tanya aku,'Kopitiam Kita kat mana ek?' dan aku,'Krikk.. Krikkk'. Padahal, Kopitiam Kita terletak dalam 10 minit je kot dari IPG. Popularnya Kopitiam Kita ni memang tak boleh nak nafikan sebab menteri, artis, pelancong, semua pakat datang sini kalau ada di Kelantan. Kawan aku dari KL pun request aku bawa dorang sarapan kat sini. Aku pula? Dah final year baru nak terhegeh-hegeh mengajak room mate aku datang sarapan kat sini.

kopitiam kita, roti titab, tempat makan best kelantan

By the way, aku pergi sana lama dah sebelum puasa. Jangan nak acah-acah aku tak reti ni bulan Ramadan pula. Aku tak pasti pula dorang buka tak kedai untuk sahur. Macam kena gi tengok je nih. Bosan juga asyik dok makan nasi sejuk, air horlicks hari-hari kat asrama. Kih3

Kopitiam Kita Punya Roti Titab Memang Lain Dari Yang Lain!


Dulu, Ain pernah cerita pasal dia and few kawan kitorang pergi sarapan di Kopitiam Kita. Masa tu, aku tak tahu pula yang dia ni famous sebegini rupa. Pastu, dia dok cerita Arieff order roti titab. Teringat pula, adik aku Sumayah pun pernah request nak aku bawa dia kat sana. Lepas aku pergi hari tu, aku janjilah ngan dia nak bawa. Tup tup, kawan dia dah bawa dia makan kat sana. 

See? Adik aku kat Mesir tu lebih cepat merasai kesedapan roti titab Kopitiam Kita berbanding aku yang dok kat Pengkalan Chepa ni. Ashamed! Yang aku pelik, adik adik aku ni tahu benar tempat-tempat makan famous. Dorang godek dari mana? Tak pasal-pasal, aku kena bawa dorang ni tau. 

roti titab, kopitiam kita, tempat makan best kelantan
Minta tolong jangan jilat skrin!

Roti titab di Kopitiam Kita ni ternyata memang sedap! Roti dia tebal berbanding roti kita beli kat kedai runcit biasa. Aku tak pasti homemade ke tidak. Dia bakar, lepas tu letak telur separuh masak sebiji dekat tengah. Kat 4 penjuru, dia letak kaya. Time makan, telur cair meleleh-leleh. 

Kalau yang sopan, boleh makan dengan sudu. Kalau macam aku, ratakan semua, angkat dengan tangan, ngap! Nampak senangkan nak buat roti titab ni? Nampak macam,'Boleh buat kat rumah ni.' Kalau boleh buat kat rumah, kenapa orang ramai still datang sini semata-mata nak cuba roti titab ni? 

Banyak Jenis Makanan di sebuah restoran, Kopitiam Kita


Selain tarikan roti titab, Kopitiam Kita menjadi pilihan orang ramai sebab ia menyediakan banyak sangat pilihan makanan yang datang dari serata tempat di negeri Kelantan. Kalau pergi sana, kita boleh tengok anek nasi bungkus yang ada cop dari mana makanan tu datang. Aku tak tahulah pukul berapa driver datang untuk hantar makanan ni sebab Kopitiam Kita dibuka seawal pukul 7 pagi lagi, sampailah pukul 1 petang. 

Antara makanan yang aku dan Ain pilih hari tu:


Makaroni bakar

Nasi Lemak
See? Bila hampir semua jenis makanan dikumpulkan di satu tempat macam di Kopitiam Kita, semua orang boleh menikmati juadah kegemaran masing-masing pada satu tempat. Jadi, tak delah pening sangat nak pilih tempat untuk sarapan walaupun sorang nak makan roti titab, sorang lagi nak makan nasi lemak. Yang lagi sorang pula nak makan nasi berlauk. Semua boleh makan di Kopitiam Kita. Kira one stop centre untuk makanan-makanan sedap orang Kelantan. Hehehe

makan roti titab di kopitiam kita kelantan
Mujahidah yang sangat tak up to date.


Memang nampaklah aku bekas askar wataniah.

Macam nilah dorang susun makanan di Kopitiam Kita

Roti titab kena order.

Senyum bila makanan sedap, tetiba ada orang nak amik gambar. Kih3
Alamat
Kopitiam Kita, Taman Desa Jaya, 4357-A, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan
Nombor Telefon:
019 981 0888

Antara tempat makan best di Kelantan yang lain:
Wasssalam.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus