Pembukaan Butik Benang Hijau Terbaru di Wakaf Che Yeh, Kelantan | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sebelum raya Aidiladha hari tu, butik terbaru Benang Hijau telah dibuka di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan. Tahniah Benang Hijau untuk butik yang ke 16 ini. Rasa baru je branch Benang Hijau dibuka di AEON Mall. Tup tup dah ada yang lagi baru. I feel so proud tau dengan produk tempatan kita ni. Terinspirasi pula nak berbisnes. Kih3
|
Kalau nampak banner ni, singgah jangan tak singgah! |
Butik Benang Hijau Dibuka di Wakaf Che Yeh
Benang Hijau Wakaf Che Yeh Grand Opening telah berlangsung selama tiga hari dari 9 hingga 11 September. Aku pergi masa hari pertama lagi. Bangun pagi-pagi, gosok baju, mekap, terus gerak dan breakfast kat Wakaf Che Yeh. Betapa excitednya aku dengan event Benang Hijau ni. Masa aku sampai, pekerja dorang tengah busy buat persiapan terakhir. Aku malas nak kacau. Aku ambil peluang buat sesi fotografi dengan Sony Alpha 5000 baru aku tu. Manalah tahu nanti ada yang nak hire aku jadi photographer. Practice makes perfect kan. Kih3
Cantik sungguhlah model kat banner besar Benang Hijau Wakaf Che Yeh. Dari seberang jalan pun dah nampak tersergam. Senang je nak jumpa BHWCY ni. Satu bangunan dengan Ariani dan Old Town White Coffee. Kalau tak jumpa juga, boleh Waze Benang Hijau Wakaf Che Yeh. Mesti jumpa. Sepanjang pembukaan selama 3 hari ni, 1000 helai tudung percuma diagihkan kepada pelanggan Benang Hijau. Diskaun dari 50% hingga ke 70% turut diberikan. Bukan itu saja, dengan setiap pembelian RM100 dan ke atas, pelanggan dihadiahkan dengan brooch eksklusif Benang Hijau. Memang langkah kananlah kalau shopping kat Benang Hijau sepanjang 3 hari tu.
|
Selfie dulu sementara tunggu nak masuk butik Benang Hijau. |
Antara Koleksi Menarik di Benang Hijau Wakaf Che Yeh
Banyak sangat pilihan tudung yang menanti para pelanggan. Yang instant, yang tak instant, long shawl, bawal. Tinggal pilih je ikut selera masing-masing. Kalau aku, mestilah long shawl jadi pilihan. Suami pun suka. Aku ikut je. By the way, bukan tudung je ada. Blouse dengan dress pun ada. Berkenan betul aku dengan dress Autumn Tree. Cantik tau tak? :D
|
Tudung sarung pula menarik minat aku. Mana satu lagi cantik? |
Amacam? Tergugat tak tengok koleksi terbaik yang tersedia di Benang Hijau Wakaf Che Yeh ni? Kalau ikutkan hati, nak je borong semua bawa balik, tapi kena tahan la. Poket tak tebal mana. Kena pilih-pilih juga. Hehe
Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Inspirasi Wanita Anggun
Bila buka saja pintu butik pukul 10 pagi tu, berderu-deru peminat Benang Hijau menyerbu masuk. Nasib baik tak tercabut pintu. Aku faham je kenapa dorang beria-ia sangat nak masuk. Yelah, dorang mesti tak nak tudung dan dress idaman sold out. Kan menyesal sudah terlambat. Tak masal berbaldi-baldi pulak air mata nak kena tadah. Sadis pulak.
Lepas membeli belah, pelanggan dijemput untuk menjamu selera. Macam-macam makanan dihidangkan termasuklah bihun goreng, kuey tiaw goreng, pulut bakar dan muffin. Terima kasih Citarasa Linda Catering yang dah masak makan sedap-sedap. My favourite mestilah bihun goreng. Bertambah aku makan hari tu. Siyes tak tipu.
|
Selfie sementara tunggu makanan. |
|
Sporting je peminat Benang Hijau ni. Sua je kamera, terus senyum. :) |
Ada 3 orang blogger yang hadir sempena pembukaan Benang Hijau Wakaf Che Yeh termasuk aku,
Hazanis dengan
Puteri Memory. Jadi, mestilah nak kena tepek juga gambar kami kan? Bila lagi nak kongsi kalau bukan sekarang. Jangan muntah atas laptop hoiiii..
|
Orang kata aku kurus. Dia tak tahu aku tahan nafas. |
|
Tak puas rasanya berselfie dengan Hazanis. Setahun lebih tak jumpa. Rindu sangat! |
|
Nanti jumpa lagi tau. Tau tau tau.... |
|
Gambar penutup, model tak bertauliah Benang Hijau. |
Terjah
mujaaaa, xpuah lg la bual hari tu.... mai la jale kerteh :)
ReplyDeletetk tahu bila la tuuu
Delete