Fractional CO2 Laser Treatment Untuk Hilangkan Parut Jerawat di Premier Clinic Bangsar
Fractional CO2 Laser Treatment Untuk Hilangkan Parut Jerawat di Premier Clinic Bangsar | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Perempuan manalah yang tak nak kulit putih bersih macam Nora Danish. Aku pun nak. Korang tak nak? Tapi, dah macam-macam produk aku cuba aku buat untuk hilangkan parut jerawat. Ada hasilnya, tapi sebab sel kulit kita dah rosak, memang tak cukup dengan guna skincare sahaja. Stress juga kadang-kadang.
Bukan nak katala, kulit cantik memang penting sekarang. Kalau dah kahwin, mesti lagi rasa nak cantik untuk suami. Kerja pun perlukan kita tampak kemas, cantik. Siap ada artikel, kalau cikgu cantik, murid senang belajar. Jadi, aku kena juga cantik demi anak murid aku.
Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Kalau kita mampu, tak salah kalau kita usaha dan keluarkan modal sikit untuk nampak cantik, asalkan tak melanggar batas agama. Cuma, kena selarilah cantik luaran dengan dalaman tu ye. Jangan nak kulit cantik gebu, hati hitam legam. Nauzubillah.
Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Kalau kita mampu, tak salah kalau kita usaha dan keluarkan modal sikit untuk nampak cantik, asalkan tak melanggar batas agama. Cuma, kena selarilah cantik luaran dengan dalaman tu ye. Jangan nak kulit cantik gebu, hati hitam legam. Nauzubillah.
Review Klinik Aesthetic, Premier Clinic, Bangsar
Last week, aku ada hal sikit di KL. Alang-alang ada free time, aku singgah buat Fractional CO2 Laser Treatment di Premier Clinic, Bangsar. Seriously, aku rasa bertuah sangat dapat rasa pengalaman buat rawatan laser kat sana. Dah lama berminat sebenarnya lepas tengok kawan aku buat kat sebuah klinik aesthetic dulu. Nak hilangkan or at least kurangkan parut berlubang kat muka ni.
Sesi consultation dibuat untuk membincangkan kondisi kulit dan rawatan yang paling sesuai. |
Sebelum pergi ke Klinik Premier, kita kena buat appointment dulu sebab ramai sangat pesakit yang beratur nak jadi cantik. Ada yang nak bakar lemak, nak hilangkan parut. Senang je, boleh buat appointment di laman web 'Premier Clinic' dan pilih sama ada kita nak pergi ke cawangan Bangsar atau Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Kebetulan, pukul Jumaat petang aku free. Aku on je.
Doktor Premier Clinic Bukan Calang-calang Orang
Bila dah sampai, kita akan diberi consultation oleh doktor yang memang diiktiraf. Semua doktor ada degree dalam bidang perubatan dan pengiktirafan dalam bidang aesthetic. Bukan beautician macam kat salon tu. Jadi, tak perlu risau tersalah cucuk ke, tersilap ubat ke. Memang dorang ni highly trained dalam bidang kecantikan. Dr yang buat laser treatment untuk aku hari tu nama dia Dr. Jaswine Chew.
Dr. Jaswine Chew memperoleh ijazah perubatannya (MD) di Kursk State Medical University. Beliau merupakan calon post-graduate Diploma of Dermatology dari Academy of Family Physicians of Malaysia. Beliau telah menerima pelbagai latihan dalam Aesthetic Medicine dari prosedur tanpa jarum hingga ke prosedur menggunakan jarum minimum seperti penegangan kulit, pembuangan tatu, terapi kuruskan badan, terapi transplant rambut dan sebagainya.
Dr. Jaswine memang baik dan mesra. Memula jumpa, dia terangkan satu persatu rawatan yang ada untuk masalah parut jerawat yang aku hadapi. Kemudian, beliau mengesyorkan rawatan terbaik. Aku ikut je sebab aku yakin beliau lebih memahami apa yang aku perlukan dan akan berikan nasihat dan rawatan yang terbaik. Bila tengah me'laser'' kulit aku pn, beliau tanya sama ada kita selesa ke tidak dengan rawatan yang tengah berjalan. Memang caringlah senang cerita.
Fractional CO2 Laser Treatment Untuk Hapuskan Parut Jerawat
Mula-mula, muka kita akan dibersihkan daripada sebarang mekap dan kotoran. Lepas tu, numb cream atau krim kebas diaplikasikan pada muka so that bila laser, tak rasa sakit sangat. Numb cream tu dibiarkan selama 15 minit untuk berkesan. Untuk first timer macam aku, level laser yang low akan digunakan. Takut aku tak tahan sakit. Consideratekan? Kalau nak buat sesi seterusnya, barulah dia naikkan level. Kalau ada rezeki, insya Allah. :D
Muka syok bila orang bersihkan muka kita. |
Ni kalau tak silap, rupa lepas pakai numb krim. Mana cantik dengan Mak Limah? Kih3 |
Khusyuk melaser muka berparut aku tu. Bunyi tot tot tot tot.. Gitulah lebih kurang. |
Peralatan yang digunakan memang canggih dan terkini sebab mereka sangat mementingkan keselamatan para pelanggan. Jadi, kita akan dapat apa yang kita sepatutnya dapat iaitu rawatan yang terbaik dengan harga yang terbaik.
Sambil melaser, vacuum dihalakan pada muka supaya kotoran dapat dielakkan daripada terkena muka. |
Memula nak buat, neves yakmat sebab pernah tengok muka budak sebelah dorm lepas buat laser. Makan minggu juga muka merah dan bengkak. Aku dah start bersedia mental dan fizikal nak terima keadaan tu. Tapi, alhamdulillah aku tak alami benda tu. Petang Jumaat aku buat, balik hotel, pakai mask. Pagi Sabtu tu, muka rasa pedih kalau sentuh dan merah-merah, tapi tak bengkak. Pagi Ahad, dah tak rasa pedih sebab kesan laser tu dah berkuping. Kuping tu akan jadi bintik-bintik pada muka.
Tiap-tiap malam, aku apply aloe vera Elianto yang memang dah jadi rutin aku dari dulu. Sebelum pergi kelas, apply moisturizer Savee dengan sunblock Banana Boat SPF130. Brand apa pun boleh, asalkan sesuai dengan kulit kita. Dua benda ni wajib, pesan Dr. Jaswine. Kawan aku cakap, muka aku nampak macam kesan tidur atas tikar. Yang sorang lagi pulak cakap macam kena bola. kelima, kuping tu dah start hilang bila kita selalu cuci muka.
Dr. Jaswine cakap, aku akan alami downtime period selama 10 hari. Downtime period tu waktu di mana kulit kita nampak berkuping dan bercorak. Dalam tempoh ni, kalau rasa malu, boleh pakai topeng. Sebab aku memang jenis tak tahu malu, aku buat selamba je pergi kelas, mekap macam biasa. Buruklah sikit mekap masa tu sebab tak rata. Dalam hari ke 8 gitu, kuping dah memang hilang sepenuhnya. Jadi, kulit aku dah balik asal lebih awal daripada jangkaan which was very good.
Me and my beloved doctor, Dr. Jaswine. Tq Doctor! :D |
Testimoni Laser Treatment di Klinik Premier, Bangsar
Harga Fractional CO2 Laser Treatment: RM1800 |
Gambar 1: Jumaat. Muka masa hari kejadian.
Gambar 2: Pagi Sabtu. Amik lepas solat Subuh. Obviously without mekap.
Gambar 3: Isnin. Dah boleh mekap, tapi buruk banyak.
Gambar 4: Selasa. Kesan laser dah start kering.
*I hate myself sebab kantoi pakai tudung sama dua hari. -_-
Kiri: masih bercorak. Pakai foundation. Kanan: hari ke-6. Dah yakin lebih. Pakai bedak Maybelline without foundation. |
Sekarang, muka aku dah balik asal dah. Rasa lebih lembut, halus dan kurang kasar sebab kedalaman parut dah berkurang apabila laser merangsang penghasilan kolagen supaya membina sel kulit baru untuk mengisi lubang parut. Itu yang parut makin kurang kelihatan. Kalau nak hilang total, kena buat beberapa kali selang 3 minggu. Kalau yang dalam sangat, doktor akan gunakan hyaluronic acid sebagai filler. Itu lain pula cerita dia.
Kesimpulannya, aku tersangat puas hati dengan rawatan laser di Premier Clinic, Bangsar. Senang sikit aku nak mekap lepas ni. Pakai bedak je pun dah ok. Kalau pakai concealer and foundation pun, nipis dah cukup. Tak payah dah bersusah macam selalu tu. Kalau ada rezeki, insya Allah aku datang lagi lepas ni. Terima kasih dengan lawatan first class kat sana. Siap tolong panggilkan Grabcar untuk aku balik ke hotel. Yelah, jakun sebab jenjarang sampai KL. Kih3
Hubungi Premier Clinic:
Laman web: www.premier-clinic.com Instagram: https://www.instagram.com/premier_clinic/ Twitter: https://twitter.com/PremierClinicKL Call / WhatsApp / SMS: +60-12-662 5552
Jom sama-sama jadi cantik! Wassalaam
semoga lekas sembuh
ReplyDelete