Makan Besar dengan Bos di Madam Kwan's, Pavilion | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tak habis lagi kisah jenjalan di Kuala Lumpur. Sekali lagi terima kasih sangat dengan
Swiss Garden Residences Kuala Lumpur sebab dah sudi sponsor penginapan mewah dan Primer Clinic yang sponsor
laser treatment yang dah buat kulit aku makin tak perlu mekap banyak. Thank you so much! Kalau tak de korang, tak bermakna perjalanan aku hari tu. Kih3
|
Nasi Bojari |
Nak cerita pengalaman pertama aku jejak kaki di Pavilion pulak. Yes, that was my first time and dont judge. Masa tu juga, first time aku nampak Sephora di Starhill. Magnificent view of colours! Thanks to my boss sebab sudi bawa kami 3 orang dan belanja lunch kat sana. Kitorang pilih satu makanan satu minuman. Bos tambah pula starter. Baik sungguh la. best gila makanan yang ada kat Madam Kwan's ni. Macam-macam makanan ada. Sedap pula tu.
|
Starters for everybody |
First thing first, Madam Kwan's ni restoran halal yang menyediakan pelbagai jenis makanan Malaysia. Signature dishnya, nasi lemak. Menyesal pula tak order. Pekerja pun orang Melayu so no worries. Macam
Papparich juga konsepnya. Bos cakap, kalau sambut tetamu dari luar negara, sesuai bawa ke Madam Kwan's. Terus aku rasa terharu dan rasa dihargai sangat. Aku ni sapalah. Tapi, sudi pulak bos aku bawa makan kat tempat tu. Thank you bos!
|
Otak-otak for everybody |
|
Bos' Prawn Noodle |
|
Along's Beef fried kuey tiaw |
|
Thank you Atin dan Lisa dah sudi temankan. Kuey tiaw goreng tu Atin punya. |
|
Kebetulan, Madam Kwan ada kat sana. Ambil gambarlah. |
|
Tq bos for this beautiful shot! You are a great photographer! :D |
Call me jakun ke, rusa masuk kampung ke, aku suka sangat pergi Kuala Lumpur sebab aku memang jenis jarang berjalan. Senang sangat transportation kat sana. Tu part paling aku suka. Lepas tu pula, kawan aku pun ramai kat sana termasuklah kawan blogger. Sedih sangat bila tak dapat hadir event ramai-ramai kat sana. Hope, aku akan dapat pergi lagi sana dan jumpa korang pula ye. Insya Allah.
Wassalaam.
huyoo bestnya dapat makan makan dengan boss
ReplyDeletedah sampai kl memang patut jalan2
ReplyDelete