Kgrill Kota Bharu, Restoran BBQ Pertama di Kelantan

Kgrill Kota Bharu, Restoran BBQ Pertama di Kelantan |Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Masa dekat nak final semester exam hari tu, Pia ada mintak tolong aku ambil dia dekat stesen bas Tesco. Alang-alang dah pergi Tesco dengan Ain dari Pengkalan Chepa, aku ajak dorang makan di Restoran Kgrill. Matlamat aku kan nak makan di banyak tempat makan best di kawasan Kota Bharu sebelum tamatkan pengajian. Nilah salah sebuah tempat yang aku pergi dan berpuas hati.

kgrill, restoran kgrill, kgrill kota bharu, restoran bbq kelantan

Restoran Kgrill- Restoran BBQ Wajib Singgah di Kelantan


Restoran Kgrill Kota Bharu ini senang sangat nak jumpa sebab bangunan dia berhadapan dengan pintu belakang KB Mall. Insya Allah tak sesat sebab memang terletak di tengah-tengah banda. Kalau tak silap, ia terletak di bahagian atas Celcom Centre. Jadi, pelanggan kena naik tangga yang disediakan di bahagian tepi bangunan. Kalau ada yang tidak mampu, boleh call pihak restoran sebab mereka ada sediakan lif di bahagian dalam. Memang sangat menjaga kebajikan pelanggannya.

review restoran kgrill kota bharu, kgrill kota bharu

Restoran Kgrill, Untuk Penggemar Satey Yang Besar dan Sedap


Bila masuk sahaja dalam restoran, terus rasa macam makan di tempat mewah. Susunan perabot memang cantik dan kemas. Suasana ala-ala tenang tapi romantik gitu. Sesuai sangat kalau nak buat candle light dinner untuk pasangan. Masa kami bertiga pergi sana pun, ada family tengah sambut hari jadi. Havoclah juga dorang bergambar. Aku tak kisah pun. Malah, aku rasa benda tu sweet sangat! Kalaulah aku pun dapat merasa sambut hari jadi kat situ, siap disurprisekan, bestnyalah haiiiiii!


Layanan pekerja pun mesra. Bila aku tanya apa yang best kat situ, pelayan tu terus jawab dengan yakin. Tak delah masam mencuka macam tempat yang pernah aku pergi dulu. Sebenarnya, aku suka sangat bila pekerja restoran boleh bagi cadangan makanan untuk aku order. Yelah, sebab kita baru first time jejak kaki kat situ, manalah kita tahu makanan apa yang paling berbaloi untuk dicuba. Malas pula tu nak fikir. Aku main ya kan aja kalau rasa macam cadangan tu sesuai. Tapi, aku faham je kalau sesetengah orang rasa tak perlu. Ikut keselesaan masing-masinglah. No big deal sangat.

review restoran kgrill kota bharu, restoran bbq pertama kelantan

Masakan panas dengan minuman pun cepat sampai. Rasa pastinya sedap sehingga menjilat jari. Servis yang sangat okay. Cuma, untuk makanan yang perlu dibakar ambil masa sikit. Kalau kalau kita order lebih daripada bilangan yang dah ditetapkan (lupa dah berapa cucuk minimum), kita boleh bakar sendiri dengan pemanggang yang disediakan di setiap meja. Malam tu, kitorang order kurang. Jadi, satey daging, sotong dengan kambing kami datang dalam keadaan sudah siap dibakar. Tinggal nak kena makan saja. Terlajak sedap! Rasa rugi pula tak dapat merasa grill sendiri malam tu. Kih3 


Singgah di Kgrill Untuk Pengalaman Makan Malam Tak Mungkin Dilupakan



Baca: Kota Bharu Street Art






Pia, Ain, Muja. Missing you two soooo much!

Okay kan Restoran Kgrill Kota Bharu ini? Sebelum keluar dari restoran, cashier tu siap tanya macam mana servis. Mestilah aku suka bila pendapat aku ditanya. Nampak pentingnya pelanggan. Harga pun berpatutan. Ingatkan mahal sampai tak terbayar bila tengokkan suasana dalam tu. Korang kena cuba makan di Restoran Kgrill kalau korang tersinggah di KB Mall. Apa barang makan dalam mall. Baik makan kat Kgrill. Lagi best tau! :D

Alamat: Jalan Hamzah, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
No Telefon: +60 9-743 3898
Facebook: https://www.facebook.com/kgrillkelantan/
Instagram: https://www.instagram.com/kgrill_kb/

Comments

  1. As salam. Abam Kie kena gi makan di sini la sementara cuti sek masih berbaki.

    P.S. Abam Kie follow sini ye? no 2373. TQ

    ReplyDelete
  2. Bagus jugak kongsi pasal kedai makan ni. Datang KB nanti boleh cari tempat ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus