Penyelesaian Masalah Rambut Kasar, Kusut dan Bergulung
Jangan Potong Rambut Anda Yang Kusut Itu! | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Rambut adalah mahkota bagi setiap wanita. Rambut adalah anugerah. Kebanyakan wanita memilih untuk tidak memotong rambut kerana rambut yang panjang menyerlahkan lagi kecantikan dan keayuan diri. Namun begitu, rambut yang panjang akan menjadi sebuah mimpi ngeri bagi mereka yang mengalami masalah rambut kasar, kusut dan bergulung. Wanita masa kini terlalu mementingkan kecantikan wajah semata-mata. Semua inginkan wajah yang cerah dan bebas cela sehingga mereka mengabaikan kecantikan rambut , terutamanya bagi wanita yang bertudung. Ramai wanita bertudung kurang mengambil berat tentang kesihatan dan kecantikan rambut mereka kerana bagi mereka tiada yang melihat.. Sebab itulah, rambut kusut masai menjadi masalah yang sangat biasa dalam kalangan wanita bertudung. Mungkin mereka lupa yang kecantikan yang terlindung adalah aset kecantikan yang sebenar. Bayangkan jika rambut kusut masai semasa hari p...