Posts

Showing posts from March, 2017

5 Cara Ibu Bapa Boleh Membantu Proses Pembacaan Anak Menjadi Lebih Efektif

Image
5 Cara Ibu Bapa Membantu Proses Pembacaan Anak Menjadi Lebih Efektif | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Dalam artikel sebelum ini, aku ada menceritakan tentang 5 Kebaikan Penggunaan Buku Dwibahasa untuk para pelajar menguasai bahasa kedua. Dalam konteks kita orang Malaysia, Bahasa Inggeris. Kali ini, aku ingin cadangkan pula 5 cara ibu bapa boleh membantu memaksimumkan proses pembacaan anak-anak supaya menjadi lebih efektif.  Keberkesan proses pembacaan pasti akan bertambah baik dengan beberapa pengubahsuaian dan penambahbaikan yang kita mampu lakukan. Ia termasuklah cara membaca dan suasana pembacaan. Untuk melihat perubahan positif yang jelas, kita perlu melakukan beberapa pengubahsuaian yang boleh memotivasikan pelajar untuk bekerjasama kerana ramai yang menganggap belajar dan membaca sangat membosankan.  Untuk mengelakkan masalah ini, ada beberapa faktor yang kita boleh perhatikan untuk dibuat pembaikpulihan. 5 Cadangan Untuk Membantu Anak-...

5 Kebaikan Penggunaan Buku Dwibahasa Untuk Menguasai Bahasa Inggeris

Image
5 Kelebihan Penggunaan Buku Dwibahasa Untuk Menguasai Bahasa Inggeris | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Guru dan ibu bapa pada zaman sekarang sangat mementingkan pendidikan anak-anak mereka. Aku juga akan berada dalam kalangan ibu bapa dan guru itu tidak lama lagi. Pendidikan sangat penting sebab ia boleh dikatakan faktor penentu masa depan anak-anak apabila mereka menjadi dewasa. Sekarang juga, kebolehan bertutur lebih daripada satu bahasa turut ditekankan dalam sistem pendidikan di Malaysia.  Kelebihan ini memberikan nilai tambah kepada seseorang pelajar apabila berada dalam kelompok pelajar yang mencapai tahap yang hampir sama dalam ujian formal. Contohnya, apabila semua pelajar mendapat 10A, kelebihan bertutur dengan lancar dalam bahasa lain selain bahasa ibunda akan menjadi satu kelebihan yang besar bagi seseorang pelajar. Kelebihan ini akan membantu pelajar tersebut untuk menyediakan resume yang lebih baik. Kelebihan seperti ini juga memberikan peluang yan...

Diari Hamil Muja- Result Ultrasound dan Berat Badan Mula Turun

Image
Diari Hamil Muja- Macam Mana Berat Boleh Turun  | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tetiba, sudah masuk entri ketiga blog thread 'Diari Hamil Muja'. Nampaknya blogging passion ada lagi dalam diri aku. Ingatkan dah hilang bila kena menghadap internet yang tak stabil di kawasan perumahan aku ni. Mungkin sebab internet semakin stabil walaupun masih tak stabil. Untuk yang ketinggalan, boleh baca 2 entri sebelum ini di link Mula-mula Tahu Pregnant dan Ujian Prenatal dan Antenatal ini. Sambung cerita, bila aku tahu result ujian glukos tak memberangsangkan, umi berikan aku Nutren Diabetics. Nama sahaja Nutren Diabetics, tapi orang yang tak sakit macam kita pun boleh minum. Nutren Diabetics datang dalam serbuk susu dan merupakan hidangan lengkap untuk satu waktu makan. Jadi, aku memilih untuk minum Nutren Diabetics pada waktu malam. Walaupun lengkap, takkanlah setiap waktu makan pun nak minum benda ini aja kan? Macam mana ia berfungsi mengawal kandungan glukos dar...

Diari Hamil Muja- Ujian Prenatal dan Antenatal Pertama Dalam Hidup Aku

Image
Diari Hamil Muja- Prenatal Check Up Pertama Dalam Hidup | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sudah 4 bulan usia kandungan dalam perut aku. Ini baru nak bercerita pengalaman prenatal check up yang aku buat selang 2 hari lepas aku tahu yang aku sedang pregnant . Ada sebab aku lambat update tentang kehamilan aku. First sekali, orang tua-tua pesan, jangan excited sangat di awal kehamilan. Takut benda tak baik berlaku sebab kandungan masih tak kuat. Bila terlebih excited, takut terlebih sedih pula kalau berlaku benda-benda yang tidak diingini. Nauzubillahi min zaalik. Secondly, sebab aku kecewa dengan tahap kesihatan aku pada masa tu. Yes, aku mendapat khabar yang agak kurang menyenangkan dengan my first antenatal check up. Jadi, bila rasa macam nak sangat share ngan orang, aku private message kawan-kawan rapat aku. Kalau korang dapat private message tu, ketahuilah yang korang sangat bermakna dalam hidup aku. You know who you are. Pertama Kali Menjalani Ujian Prenatal,...

Diari Hamil Muja-Mula-mula Tahu Pregnant

Image
Diari Hamil Muja- Hari Mula-mula Tahu | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Hari tu, aku ada perang dingin dengan Nik. Malu pulak nak bagitahu kenapa sebab terlalu mengarut. Aku lah yang mengarut tu. So, korang jangan tanya ye. Gaduh-gaduh pun, bila lapar, minta Nik juga belikan makanan. Bila nak keluar, minta izin beliau juga. Kih3 18 Disember 2016 Aku ajak umi and my siblings yang ada kat ruma, nak belanja makan tomyam belut kat restoran famous dengan SMK Long Gafar. Ida, kawan sek ren aku dulu pun ikut sama. Aku dengar, restoran ni merupakan cawangan Maggi Tomyam Belut Bukit Marak . Jadi, pastinya sedap! Bila dah ada kat sana. Mestilah borak-borak. Bila jumpa family time kita tengah stress perang dingin, memang berubah mood jadinya. Jadi lega sangat! Masa tu dah determined dah. Nak minta maaf and nak berbaik dah ngan Nik bila dah balik nanti. Hehehe Muka yang masih tak tahu yang diri tu dah nak jadi mak budak! :D ''Umi, hari ni 18 Disember. Sepatutnya...

Lirik Lagu Sakit oleh iamNeeta- OST Drama Menanti Februari

Image
Lirik Lagu Sakit oleh iamNeeta- OST Drama Menanti Februari | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Drama Menanti Februari lakonanan Fathia Latif, Zul Ariffin dan Afiq Muiz akan ditayangkan di TV3 tak lama lagi. Aku terkesan sangat dengan promo yang dengar budak perempuan menangis rindukan ayah dia tu. Kena pula dengan lagu latar belakang dia membuat aku tak sabar-sabar nak tengok drama ini. Apa-apa pun, aku paling tertarik dengan OST drama Menanti Februari yang bertajuk Sakit , nyanyian oleh band terbaru dari Malaysia iamNeeta . Uniknya band ini adalah kerana ahlinya berbilang kaum. 1Malaysia gitu. Bila tengok di YouTube, ramai yang memberikan komen positif untuk band dan lagu Sakit ini. Lirik memang menikam, lagu memang menusuk, kena pula dengan klip video yang ala-ala emo. Cuma ada rasa macam tak sampai klimaks sikit. Bila dah nak note tinggi, tetiba rendah balik. Tapi aku ok je. Baru-baru biasalah. Aku akan sentiasa harapkan yang lebih baik selepas ini daripada ...

Peraduan Gugu Gaga Minyak Bebe Anugerah 2017- Wang Tunai RM10000Untuk Dimenangi!

Image
Peraduan Gugu Gaga Minyak Bebe Anugerah 2017 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Buat kali pertama diumumkan di blog mujadafewa.my yang Muja, The Lady Warrior sudah mengandung selama 16 minggu. Alhamdulillah. Setelah setahun setengah kahwin dan tinggal berjauhan dengan suami time aku study di Kelantan dan Nik bekerja di Johor, Allah kurniakan kami zuriat dari syurga ini. Doakan semuanya selamat sampai aku melahirkan dan anak kami dapat jadi hamba Allah yang beriman dan mampu memberi sumbangan besar dalam Islam ye. Insya Allah. Sekarang, aku memang aktif mengGoogle cara-cara menjaga bayi, cara tidurkan bayi, cara menjadikan anak-anak hamba Allah yang beriman. Banyak kena tahu bila nak jadi seorang ibu. Seram juga bila fikirkan tak tahu nak buat apa kalau tetiba anak menangis tengah malam. Jadi, semua ibu memerlukan PEMBANTU. Pembantu? Antara pembantu ibu untuk menjaga baby mereka mestilah Minyak Bebe Anugerah ! Yes, sudah ramai ibu bapa yang memilih Minyak Bebe Anuger...