5 Cara Ibu Bapa Boleh Membantu Proses Pembacaan Anak Menjadi Lebih Efektif

cara menggalakkan anak anda membaca buku

5 Cara Ibu Bapa Membantu Proses Pembacaan Anak Menjadi Lebih Efektif | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Dalam artikel sebelum ini, aku ada menceritakan tentang 5 Kebaikan Penggunaan Buku Dwibahasa untuk para pelajar menguasai bahasa kedua. Dalam konteks kita orang Malaysia, Bahasa Inggeris. Kali ini, aku ingin cadangkan pula 5 cara ibu bapa boleh membantu memaksimumkan proses pembacaan anak-anak supaya menjadi lebih efektif. 

Keberkesan proses pembacaan pasti akan bertambah baik dengan beberapa pengubahsuaian dan penambahbaikan yang kita mampu lakukan. Ia termasuklah cara membaca dan suasana pembacaan. Untuk melihat perubahan positif yang jelas, kita perlu melakukan beberapa pengubahsuaian yang boleh memotivasikan pelajar untuk bekerjasama kerana ramai yang menganggap belajar dan membaca sangat membosankan. 

Untuk mengelakkan masalah ini, ada beberapa faktor yang kita boleh perhatikan untuk dibuat pembaikpulihan.

5 Cadangan Untuk Membantu Anak-anak Membaca Buku dengan Lebih Efektif


1. Persekitaran dan Suasana Tempat Pembacaan


Tidak kiralah macam mana berkesan pun penggunaan buku dwibahasa sebagai buku rujukan untuk mereka yang sedang mempelajari bahasa kedua, L2, ia tidak akan memberikan apa-apa kesan jika kita tidak mampu menyediakan persekitaran sesuai untuk anak-anak benar fokus dengan bahan bacaan mereka. Kalau ada perpustakaan mini di rumah untuk menyimpan segala jenis buku dan bahan bacaan yang lain, memang terbaik!

2. Buku Yang Sesuai dengan Umur dan Tahap Kematangan Anak-anak


Pertama sekali, buku yang digunakan perlulah sesuai dengan umur dan tahap kematangan pelajar. Ia tidak boleh terlalu senang atau terlalu susah untuk mereka hadam. Kalau terlalu senang, mereka akan berasa bosan sebab sudah tahu banyak perkara. Kalau terlalu susah, mereka akan cepat putus asa untuk meneruskan pembacaan. 

Kita haruslah pandai memilih buku yang mampu membuatkan pelajar terus bersemangat untuk meneruskan pembacaan. Antara kriteria yang perlu dititikberatkan adalah kandungan yang sesuai termasuklah
  • nilai dan teladan
  • saiz dan font tulisan
  • gambar dan ilustrasi yang menarik dan berwarna-warni
  • material yang tahan lasak
  • saiz dan berat buku

3. Suasana Pembacaan Yang Baru dan Berbeza


Kalau ada berkesempatan, anak-anak boleh dibawa ke perpustakaan negeri atau awam. Contohnya, semasa cuti hujung minggu. Cara ini juga akan mendedahkan para pelajar dengan bahan bacaan yang lebih pelbagai. Perpustakaan akan memberikan suasana pembelajaran yang baru kepada anak-anak dan dalam pada masa yang sama mereka masih boleh dikawal dengan baik.

cara membuat anak-anak minat membaca
Saja share gambar aku praktikum di SK Melor dulu.

Kalau ingin lebih santai dan menenangkan, ibu bapa juga boleh meluangkan masa membaca bersama-sama anak-anak di taman-taman berdekatan.Pada penghujung sesi, ibu bapa bolehlah meminta pelajar memberikan ringkasan pembacaan mereka. Mereka boleh ditanya tentang topik utama atau karakter utama kalau mereka membaca buku cerita.

4. Bertukar-tukar Bahan Bacaan dengan Rakan


Ibu bapa sekarang boleh bekerjasama untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak, bukan setakat bergantung sepenuhnya kepada guru di sekolah. Ibu bapa boleh berkumpul dalam kumpulan Whatsapp atau Telegram untuk berkongsi cara mendidik anak-anak. Dengan kerjasama ini, ibu bapa akan dapat idea yang pelbagai dan mengetahui cara terbaik untuk diaplikasikan dengan anak-anak mereka. Apabila ibu bapa sudah kenal, anak-anak juga akan kenal sesama sendiri.

Jadi, apa kata kalau anak-anak bertukar-tukar buku dengan rakan-rakan? Buku kepunyaan kanak-kanak biasanya dipilih oleh mereka sendiri dan semasa memilih, pasti mereka memilih buku yang menarik dan disukai. Buku ini sendiri akan membuatkan mereka teruja untuk membacanya. Namun begitu, ibu bapa masih perlu melihat sendiri kandungan buku mengikut kriteria buku yang baik supaya ibu bapa boleh memastikan buku tersebut betul-betul sesuai sebagai bahan bacaan anak-anak.

5. Buku Rekod Pembacaan


Untuk memastikan keberkesanan proses pembacaan pula, ibu bapa boleh juga menetapkan target bilangan buku yang perlu dibaca dalam satu tempoh masa. Walaubagaimanapun, target ini perlulah realistik dan mampu dicapai oleh anak-anak. Ibu bapa tidak boleh terlalu bercita-cita tinggi dan syok sendiri. Kalau target tidak tercapai, anak-anak tidak boleh ditekan atau dimarahi dengan berlebihan.

Untuk melihat progres pembacaan, buku rekod seperti Buku Nilam boleh disediakan untuk anak-anak. Di dalam buku rekod ini, anak-anak boleh merekodkan sedikit keterangan tentang bahan bacaan mereka seperti tajuk buku, ringkasan, jumlah perkataan, senarai perkataan baru dengan maksud dan pendapat mereka mengenai buku tersebut. Dengan ini, anak-anak boleh memantau sendiri proses pembacaan mereka. Pasti mereka akan berasa lebih bermotivasi apabila melihat dengan jelas perkembangan yang mereka telah lakukan.

Ibu-bapa Sekalian, Anda Sebenarnya Mampu!


Macam mana? Agak-agak bolehkah anda melakukan 5 cara ini untuk kebaikan anak-anak? Apa kata kalau anda buat satu persatu.? Tak perlu tamak. Bulan ini, buat cadangan pertama dulu, diikuti cadangan kedua dan seterusnya. Sekurang-kurangnya, anda boleh selalu ingatkan betapa membaca itu dianjurkan dalam Islam supaya mereka tahu kepentingan membaca.

cara ibu bapa menggalakkan anak-anak membaca di rumah
Antara tugas guru di sekolah adalah menyambut hari jadi anak-anak murid.

Insya Allah. Dengan usaha yang istiqamah, kita akan dapat lihat perkembangan yang konsisten. Doa dan tawakkal juga jangan sesekali dilupa. Untuk ibu bapa yang ingin mendapatkan buku rujukan dwibahasa; Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris (MBBI), bolehlah Private Message di 

atau hubungi Muja di talian 
011 2694 7035
(Whatsapp/Wechat/Telegram)

Buku ini sangat sesuai untuk mereka yang lemah dalam Bahasa Inggeris kerana ia datang dalam dwibahasa; Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Mudahlah nak faham. Ia mengandungi pembelajaran Vocabulary dan Grammar beserta dengan latihan dan jawapan. Ada 244 halaman dengan ilustrasi berwarna-warni dan menarik. Tulisan pun besar-besar. Ditulis pula oleh cikgu berpengalaman lebih 20 tahun. 

Harga BUKU MBBI ini hanyalah RM39. Pos RM8 SM RM11 SS untuk sebuah buku yang berkualiti. Pasti akan membantu menguasai Bahasa Inggeris dengan mudah dan cepat. Contact Muja di nombor 01126947035 ye.

ps- Skema je ayat aku hari ni. Yelah, menulis tentang pendidikan. Manalah tahu ada pelajar universiti ke, ipg ke, nak copy paste nanti, senang. Kih3 

Wassalaam.

Comments

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus