Posts

Showing posts from April, 2017

Sekolah Pertama Aku Sebagai the real, Teacher Muja

Image
Sekolah Pertama Aku Sebagai Teacher Muja | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Korang dah baca belum tip interview pelajar IPG ? Baca yang tu dulu baru baca entri ini okay. Khamis, 27 April 2017, tarikh memula aku tahu sekolah pertama yang bakal menerima diri ini sebagai guru Bahasa Inggeris. Sangat-sangat nervous bila nampak Alang share link JPN Johor di group kelas untuk check. Sebab, ada ura-ura, Jumaat baru tahu. Terima kasih sangat kat JPN Johor yang keluarkan pengumuman agak awal berbanding few other states yang akan beritahu PPD bakal guru pada hari lapor diri. Kesian juga my friends yang tak tahu nak sewa rumah kat mana di negeri yang baru baru dorang. Bertabahlah kawan. Anggaplah ini dugaan kecil pertama selepas selangkah masuk ke alam kerja. Oh ye, lapor diri hari 2 Mei 2017. Selasa ni dah. :) Sekolah Kebangsaan Seri Maamor, Semerah, Batu Pahat. Impian untuk mengajar di negeri yang sama dengan Nik sudah tercapai. Tapi, nak dapat sekolah dalam PPD Tangkak, ...

Cuckoo Goood Plan- Penapis Cuckoo Super Jimat RM60 Sahaja!

Image
Cuckoo Goood Plan- Penapis Cuckoo Super Jimat RM60 Sahaja! | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tahukah anda, kandungan air dalam otak adalah 74%, otot 75%, darah 82%, tulang 22%, gigi 5%, hati 69% dan buah pinggang 82%. Setiap organ dalam tubuh manusia mempunyai peratusan air yang sangat tinggi dan ia harus dikekalkan untuk memastikan setiap organ berfungsi dengan baik.  Manusia boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan tetapi boleh mati dalam beberapa hari sahaja tanpa air kerana dehidrasi. Begitulah pentingnya air dalam kehidupan. Bagaimana Air Di Sekeliling Kita Boleh Tercemar Tanpa kita sedari, kita sebenarnya mengambil mudah tentang kebersihan air yang kita minum setiap hari. Air yang kita minum mungkin nampak jernih dan bersih, namun ia mungkin dipenuhi dengan bakteria, logam berat dan banyak lagi benda asing yang boleh memudaratkan kesihatan. Air minuman tercemar akibat daripada pencemaran alam sekitar termasuklah pencemaran udara, tanah dan ...

SGI Vacation Club Tipu?

Image
SGI Vacation Club Tipu? | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sebagai pengguna internet tegar, aku tidak nafikan yang banyak informasi di alam maya ini adalah tidak sahih, tetapi itu tidak bermaksud SEMUA maklumat adalah salah. Antara maklumat yang BENAR adalah mengenai kewujudan pakej percuma penginapan 3 hari 2 malam di mana-mana hotel atau resort di bawah pengurusan SGI Vacation Club untuk mereka yang menghadiri vacation preview kelab percutian ini. Antara maklumat yang SALAH pula adalah mereka yang menyatakan SGI Vacation Club adalah sebuah scam atau fraud atau penipuan. SGI Vacation Club yang sebelum ini dikenali sebagai Swiss Garden International Vacation Club (SGIVC) adalah sebuah kelab percutian yang menawarkan pakej-pakej penginapan yang sangat menarik kepada mereka yang menggilai aktiviti melancong sama ada di dalam atau di luar negara. Dengan keahlian di SGI Vacation Club , semua ahli dapat memilih daripada beribu-ribu tempat penginapan yang disediak...

Pengalaman Menginap di Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur

Image
Pengalaman Menginap di Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Alhamdulillah, setelah sekian lama tak jejak kaki kat hotel, aku berpeluang juga menginap di Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur . Teruja sangat sebab tempat penginapan ini memang sudah terkenal di kawasan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Bangga juga bila aku berkesempatan untuk menginap di sini. Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur terletak di pusat bandar Kuala Lumpur. Hampir semua tempat di sekitar sangat senang untuk dijejaki dari sini. Ia sangat berdekatan dengan Berjaya Times Square dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Kalau hendak ke sana, hanya ambil masa dalam 10 minit berjalan kaki. Kalau nak senang dan murah, boleh tempah Grabcar atau Uber. Rezeki kami menginap di Swiss-Garden Residences Kuala Lumpur  adalah setelah mendapat baucar daripada SGI Vacation Club melalui emel. Ia memberi peluang untuk kami merasai sendiri pengalaman menginap di sana sebel...

Pengalaman Aku Dengan SGI Vacation Club- Swiss Garden Vacation Club Review

Image
Pengalaman Aku Dengan SGI Vacation Club | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Beberapa minggu lepas, aku berasa sangat bertuah sebab berpeluang untuk menghadiri sebuah vacation preview oleh SGI Vacation Club yang dulunya dikenali sebagai Swiss-Garden International Vacation Club. Bila dah besar dan ada tanggungjawab, teringin juga bercuti dan berehat di tempat-tempat menarik yang selalu kita tengok dalam Instagram. Pada masa yang sama, kita juga menginginkan percutian dengan harga yang menarik Jadi, lebih baik aku kongsikan keistimewaan SGI Vacation Club ini. Pengalaman Menghadiri Vacation Preview SGI Vacation Club Aku dijemput menghadiri vacation preview untuk  SGI Vacation Club melalui emel. Ia diadakan di Swiss-Garden Residences, Kuala Lumpur. Apabila selesai menghadiri vacation preview, aku diberikan baucer penginapan selama 3 hari 2 malam di sana untuk 2 orang. Kiranya, penginapan percuma ini adalah hadiah untuk kesudian mereka yang hadir semasa vacation p...

Titik Permulaanku Sebagai Guru- Cepatnya Dah Nak Posting

Image
Titik Permulaanku Sebagai Guru- Cepatnya Dah Nak Posting | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Semalam, dengan tidak semena-mena, telah keluar di E-Graduan, keputusan negeri untuk kami pelajar IPG memulakan karier perguruan kami. 14 Februari, settle interview. 21 Mac, dapat keputusan lulus interview. 17 April, dapat keputusan negeri penempatan. Alhamdulillah dapat negeri yang memang menjadi pilihan pertama aku. Korang pun kenalah happy sama tau. Barulah berbaloi aku gebang kat blog ni hah. :P Pengalaman Interview Menjadi Guru di IPGKKB Sedih juga masa gi interview hari tu. Aku menginap di rumah Hannan, my high school best friend sebab rumah dia dekat dengan tempat temuduga. Kena gi awal weh. Dalam jadual, 7.30 pagi dah kena ada di IPGKKB. Cuak juga kalau kena drive dari Selising ke Pengkalan Chepa. Buatnya bangun lambat? Nasib baik Hannan ada. Dia punya turn temuduga, esoknya. Tetiba je kat rumah Hannan, handphone aku tak boleh on. Tak boleh cas. Memang tak de ...