SGI Vacation Club Tipu?
SGI Vacation Club Tipu? | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Sebagai pengguna internet tegar, aku tidak nafikan yang banyak informasi di alam maya ini adalah tidak sahih, tetapi itu tidak bermaksud SEMUA maklumat adalah salah.
Antara maklumat yang BENAR adalah mengenai kewujudan pakej percuma penginapan 3 hari 2 malam di mana-mana hotel atau resort di bawah pengurusan SGI Vacation Club untuk mereka yang menghadiri vacation preview kelab percutian ini. Antara maklumat yang SALAH pula adalah mereka yang menyatakan SGI Vacation Club adalah sebuah scam atau fraud atau penipuan.
SGI Vacation Club yang sebelum ini dikenali sebagai Swiss Garden International Vacation Club (SGIVC) adalah sebuah kelab percutian yang menawarkan pakej-pakej penginapan yang sangat menarik kepada mereka yang menggilai aktiviti melancong sama ada di dalam atau di luar negara.
Dengan keahlian di SGI Vacation Club, semua ahli dapat memilih daripada beribu-ribu tempat penginapan yang disediakan dan menikmati pengalaman menginap di tempat penginapan yang selesa dan mewah dengan harga yang jauh lebih rendah dengan partner mereka, Interval International. Bukankah itu sesuatu yang baik dan bermanfaat? Tiada salahnya kalau kita mahukan suasana percutian yang selesa semasa bercuti.
Antara maklumat yang BENAR adalah mengenai kewujudan pakej percuma penginapan 3 hari 2 malam di mana-mana hotel atau resort di bawah pengurusan SGI Vacation Club untuk mereka yang menghadiri vacation preview kelab percutian ini. Antara maklumat yang SALAH pula adalah mereka yang menyatakan SGI Vacation Club adalah sebuah scam atau fraud atau penipuan.
SGI Vacation Club yang sebelum ini dikenali sebagai Swiss Garden International Vacation Club (SGIVC) adalah sebuah kelab percutian yang menawarkan pakej-pakej penginapan yang sangat menarik kepada mereka yang menggilai aktiviti melancong sama ada di dalam atau di luar negara.
Dengan keahlian di SGI Vacation Club, semua ahli dapat memilih daripada beribu-ribu tempat penginapan yang disediakan dan menikmati pengalaman menginap di tempat penginapan yang selesa dan mewah dengan harga yang jauh lebih rendah dengan partner mereka, Interval International. Bukankah itu sesuatu yang baik dan bermanfaat? Tiada salahnya kalau kita mahukan suasana percutian yang selesa semasa bercuti.
Namun begitu, apabila wujudnya sesuatu perkara yang baik seperti ini, akan wujud jugalah pihak yang mungkin tidak memahami konsep sebenar SGI Vacation Club, tetapi tidak mahu menyiasat perkara yang sebenar. Mungkin juga, mereka berasa tidak percaya dengan apa yang mampu disediakan oleh SGI Vacation Club kerana mereka tidak boleh menerima hakikat yang mereka sendiri tidak mampu memberikan tawaran dan perkhidmatan sebaik itu.
Golongan ini seterusnya akan berkongsi dengan orang ramai sehingga timbul salah faham yang merosakkan reputasi syarikat. Inilah antara punca tersebarnya cerita-cerita salah dan tidak elok yang kononnya SGI Vacation Club menipu para pelanggan. Hal ini menyebabkan banyak kekeliruan orang ramai dan pastinya menjejaskan reputasi baik SGI Vacation Club.
Golongan ini seterusnya akan berkongsi dengan orang ramai sehingga timbul salah faham yang merosakkan reputasi syarikat. Inilah antara punca tersebarnya cerita-cerita salah dan tidak elok yang kononnya SGI Vacation Club menipu para pelanggan. Hal ini menyebabkan banyak kekeliruan orang ramai dan pastinya menjejaskan reputasi baik SGI Vacation Club.
Siapa kata SGI Vacation Club Menipu? Aku dengan yakinnya ingin menyatakan yang SGI Vacation Club sama sekali tidak menipu. Bagaimana aku boleh yakin? Mestilah sebab aku sendiri sudah mempunyai pengalaman menghadiri vacation preview oleh pihak SGI Vacation Club dan menginap secara percuma di salah sebuah tempat penginapan di bawah kelolaan kelab percutian ini.
Untuk memudahkan para pelanggan yang ingin menghadirkan diri, kita dibolehkan untuk memilih sendiri tempat penginapan yang dirasakan sesuai daripada senarai tempat penginapan mereka. Mungkin ada yang cenderung untuk memilih tempat penginapan yang lebih dekat. Mungkin juga ada yang lebih cenderung untuk merasai tempat penginapan baru di tempat yang lebih jauh dari rumah. Pada masa itu, aku memilih untuk menginap di salah sebuah tempat penginapan mereka di Kuala Lumpur.
Untuk memudahkan para pelanggan yang ingin menghadirkan diri, kita dibolehkan untuk memilih sendiri tempat penginapan yang dirasakan sesuai daripada senarai tempat penginapan mereka. Mungkin ada yang cenderung untuk memilih tempat penginapan yang lebih dekat. Mungkin juga ada yang lebih cenderung untuk merasai tempat penginapan baru di tempat yang lebih jauh dari rumah. Pada masa itu, aku memilih untuk menginap di salah sebuah tempat penginapan mereka di Kuala Lumpur.
Penginapan percuma ini aku anggap sebagai percutian yang diberi oleh pihak SGI Vacation Club untuk merasai sendiri pengalaman menginap di sebuah tempat penginapan selesa seperti yang dijanjikan. Penginapan percuma itu juga boleh dianggap sebagai tanda penghargaan kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri vacation preview yang dijalankan. Bagi aku, tiada yang salahnya dengan perkara ini. Bukankah itu sesuatu yang sangat baik dan menakjubkan?
Daripada pengalaman peribadi aku sendiri menghadiri vacation preview di Kuala Lumpur, aku telah berpeluang merasai sendiri pengalaman menginap selama 3 hari 2 malam di Swiss Garden Residences Kuala Lumpur menggunakan baucar yang diberikan. Semasa vacation preview itu, kita akan ditawarkan dengan pelbagai pakej yang disediakan oleh SGI Vacation Club, tetapi kita tidak akan didesak untuk memilih dan membeli mana-mana pakej tersebut.
Ia bergantung kepada diri kita sendiri sama ada ingin mengambil pakej tersebut atau tidak. Walaupun kita tidak menerima mana-mana pakej, baucar penginapan tetap akan diberikan kepada kita seperti yang dijanjikan. Dapatlah juga kita berehat dan bersantai di tempat penginapan tanpa dikenakan sebarang bayaran. Jadi, bahagian mana yang tipunya?
Ia bergantung kepada diri kita sendiri sama ada ingin mengambil pakej tersebut atau tidak. Walaupun kita tidak menerima mana-mana pakej, baucar penginapan tetap akan diberikan kepada kita seperti yang dijanjikan. Dapatlah juga kita berehat dan bersantai di tempat penginapan tanpa dikenakan sebarang bayaran. Jadi, bahagian mana yang tipunya?
Pengalaman menginap di bilik yang cantik dan mewah itu memang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Yelah, bukan selalu kita dapat peluang untuk berehat dan menenangkan fikiran dalam suasana baru yang menyenangkan. Bilik yang disediakan sangat cantik dan layanan yang baik oleh para pekerja walaupun aku menginap tanpa sebarang bayaran, menyebabkan aku menghargai peluang tersebut. Sebagai orang yang sudah merasai sendiri pengalaman tersebut, aku boleh memberi jaminan bahawa SGI Vacation Club tidak menipu.
Aku betul-betul tidak faham dengan orang yang senang-senang membuat fitnah semata-mata kerana merasakan yang sesuatu itu adalah sebuah penipuan. Padahal, mereka sendiri tidak pasti dengan apa yang mereka rasakan. Apa kata kalau mereka pergi dulu sendiri dan rasai sendiri pengalaman tersebut. Tidak timbul soal hilang duit atau ditipu kalau kita memilih untuk tidak membeli pakej yang disediakan. Kemudian, kita masih dapat peluang untuk menginap di tempat penginapan terbaik secara percuma dengan baucar yang disediakan.
Jadi, bagi mereka yang berminat untuk menghadiri vacation preview oleh SGI Vacation Club dan mendapatkan baucar penginapan secara percuma, bolehlah singgah ke laman web SGI Vacation Clubp. Anda pasti tidak akan kecewa dengan pengalaman tersebut. Wassalaam.
Seronoknya dapat stay free.hotel pn nmpk mewah dan selesa
ReplyDeleteSalam, saya Kamaruddin Bin A Rahman, saya ahli sudah 5 tahun, tiada masalah dan sangat gembira dengan perkhidmatan SGIVC, bagi saya hotel yang ditawarkan di Bali amat menarik & terasa murah sgt dengan apa yg dah dibayar, sampai 4 kali saya ke sana dengan 3 pilihan hotel, Kuantan saya pergi secara berkala 2 kali setahun utk ziarah keluarga, Damai Laut juga sgt menarik bertaraf antarabangsa dgn panorama yg cantik di waktu senja bertiraikan Pulau Pangkor, fahami apa yg ditawarkan, tempah seperti yg dicadangkan iaitu setahun awal utk homebased & 6 bulan utk antarabangsa, jgn sesekali join club kerana voucher percuma, anda perlu audit sendiri kemampuan anda, cuma anda kena faham ini adalah sebuah kelab percutian, jangan masuk kelab perahu layar kalau x minat perahu layar, jangan masuk kelab catur jika tidak minat bermain catur, kelab ini untuk mereka yang serius minat bercuti secara terancang. Sila rujuk apa sahaja kelab, adakah ahli kelab masuk ahli kerana kempen voucher percuma? Juga tidak timbul soal pilihan hotel yg terhad, hotel yg tersenarai pun sukar nk dihabiskan.
ReplyDeleteYa.....Saya setuju dengan pendapat En Kamarudin
ReplyDeletesalam .. saya sudah 15 tahun menjadi ahli.. tiada masalah pun.. apa yg dikatakan tipu tu... damai laut appartment dah lebih 5 kali.. damai hotel 2 kali.. kuantan 6 kali.. crown plaza kuching 2 kali.. damai santubong 1 kali..corus paradise PD 2 kali..
ReplyDeleteJangan percaya vacation club ini, list hotel panjang tapi yang kosong hanya damai laut dan Kuantan
DeleteBetul. Penipuan besar. Yg sokong tu, mesti pekerja mereka
DeleteTerkena jugak..mmg hanat..such a rubish
DeletePakej 20k. Dapat 7 malam. Dia tak cerita 5 malam tu hari be kerja. 2 mlm ja ari minggu.
DeleteB) kena tempah lebih dari sebulan.
C) kena bayar 30% baru dapat 7 mlm.
D) ada 7 hotel shj. Masa ajak join kata byk.
Saya terminate terus dari terus rugi.
dalam list tu semua dah takda, crown plaza takda, damai santubong dan corus paradise semua dah takda, dia gantikan satu sahaja genting, kl, kuantan, melaka, damai laut, itu sahaja penang pun takda. list hotel sangat sedikit skarang bg tahun 2022
DeleteBetul.. List hotel sangat sedikit dah taraf hotel pun cap ayam.. Last time ada Damai Laut hotel.. Sekarang dah tukar owner ke Double Tree Hilton.. Bukan lagi bawah SGI.. Dah x boleh book.. Yang boleh book cuma apartment dia org tapi taraf dia memang teruk.. Tidak berpatutan dgn apa yg dijanjijan sebelum ni.. Sangat kecewa..
DeleteI suddenly kena terminate after covid..because i not able guna the service selalu full lepas covid ,decide xmahu bayar yearly fee sampai dapat confirm reservation.Tapi depa end up terminate me, membership dah bayar banyak tapi xdpt refund.Totally kena scam,lousy service,cheating people at the end
DeleteTERBARU>
ReplyDeleteSAYA PAKEJ PLATIUM SEJAK 2008.
BANYAK ENTITLEMENT YANG TAK DIGUNAKAN.
TETAP BAYAR ANNUAL MAINTANENCE FEE SETIAP TAHUN
2016 ni. AKAUN SAYA DIBATALKAN HANYA KERANA LAMBAT BAYAR ANNUAL MAINTAINENCE FEE SELAMA 13 HARI DARI TARIKH AKHIR PEMBAYARAN 30 SEPTEMBER 2016.
BILA DITANYA SEJAK TUKAR MANAGEMENT BARU MMG COMPANY AKAN TERMINATED JIKA LAMBAT BAYAR. SAYA JUGA ADA MEMBERS CLUB PALACE OF THE GOLDEN HORSES. TAPI WALAUPUN LAMBAT BAYAR ANNUAL MAINTAINENCE FEE XDE PLAK DI TERMINATED AKAUN.
MEREKA KATA ADA TERTULIS DALAM AGG> ADA SESIAPA YANG BOLEH BAGI PENCERAHAN ATAU YANG TERKENA SAMA SEPERTI SAYA?
SAYA RASA SANGAT UNFAIR. KITA BUKAN BAYAR SERIBU DUA. KITA BAYAR PULUH RIBU
Saya sama terkena mcm tuan. Tak adil sunggup. Kesin pada bangsa kita yg ramai jadi ahli. Bila dah terminate mereka blh jual.keahlian kita pada org lain kut. Senangnya mereka buat duit...
Deletesalam, saya dah tanya tribunal tuntutan pengguna. dia oarng bgtau boleh isi borang utk pihak tribunal amik tindakan wajar
DeleteMmg sgvc tak tipu.. Kita yg silap buat keputusan. Diorg sgt pandai mengayat kita. Saya pun rugi. Hajat hati nak bercuti dgn keluarga. Masalah kerja kami tak byk peluang utk bercuti.kekangan masa Dgn hotel lokasi yg terhad. Yg tu tak diberitahu kat kita dengan jelas masa diorg panggil utk promosi. Ditakdirkan allah pandemik covid 19 seluruh dunia. saya akan cuba habiskan 7 malam saya dan pasti akan terminate keahlian pada bulan 12 nnti. Pada yg dpt tawaran tu fikirlah pjg2 sblm pergi. Kesilapan besar saya tak google review org lain sblm terima jemputan sgvc.
DeleteBetul tu tuan sebenarnya sgvc x tipu tetapi dia mengginskan agent tengah untuk menjual pakel kelab dia..jd org tgh mcm biasa ckp lain x sama dengan pihak sgvc..sebelum ni kata terminate dpt baki..lps tu bila kol sgvc fully repaid baru dpt 10% duit kita..jd penerangan agent dengan pihak sgvc..so bg sy kita tertipu disebabkan org sgvc hired sbgi org..last depa terpaksa bayar guna duit diorang..tp sy rasa sangat rugi..sbb bg sy swiss garden bukan hotel mewah sngt..dia bg kita just apartment,bukan resort dekat damai laut so mmg tertipu..baik duit tu pi shangrila ke lexis ke,lagi terbaik
DeleteThis club is poor and each year increases annual maintenance fee but the service getting poorer and poorer. The Optional list getting shorter and shorter, is really a cheating club
Delete(Sambung bayar)Saya nak jual kad membership ni rm3500 harga blh bincang..ada baki 30bulan utk sambung byr,tahun ini ada baki 5malam baki boleh digunakan.pakej gold 7mlm boleh guna hingga 30thn,tarikh last offer 30/7/2018 .. kalau tiada mahu kami terminate..
ReplyDeletekalau boleh ye tak payah join lah. hanya homebase saja bagus, saya telah 17tahun dengan sgvc, setahun damai laut setahun kuantan macam tu la pusingannya selama 17 tahun sampai macam nak muntal tapi apa boleh buat sebab hotel oversea yang lain semua dia kata contract sudah tamat tak boleh book, suruh tunggu sebulan, lepas sebulan dia kata contact ada sambung tapi fully book. macam tu la cara mereka permainkan member, jadi kamu cuma berpusing saja lah dengan damai dan kuantan tu.
ReplyDeleteSy terima panggilan last week dan mereka siap mohon hadir bersama pasangan untk dgr taklimat. Sy berkursus di dwn sebelah dan mereka ber'celoteh' hampir sejam lebih lamanya. Sebelum sampai kat harga pakej .. rakan baik selamatkan sy dripada terjerumus ke kancah SGI...sy kena kembali ke tempat kursus suami pula keluar dr dewan 'celoteh' staf SGI.. utk fetch anak. Alhamdulillah kami berdua terselamat walaaupun x dapat voucher 3H2M ..kami langsung tak kisah. Asalkan kami dapat bercuti dengan hati yg tenang..ikut cara kami sendiri
DeleteAda nasihat utk say yang baru Cuba no Masuk ni x?..sapa2 blh advise samadaia bagus atau x?..
ReplyDeleteX payah. Percaya la. Baik guna booking.com atau trivago
DeleteAku member kpd SGI VACATION CLUB since 2018 december skim kedua mereka. Sgt berbeza dri skim pertama.. sekarang semua booking bilik melalui online official website dorang. Dah x macam stail dlu2 nk booking kena call bagai patu x dpt. Skrng buat online booking kita sendiri dapat tgok calendar 12 bulan tros mana kosong mana penuh. Mostly mmg kosong dan xde masalah booking. Aku dah guna 2 hotel under timeshare exchange dorang "interval international". Anantara phuket seminggu. Bayar RM75 shaja 1 malam!! Harga booking.com/agoda RM3200 1 malam...! Minggu lepas baru guna lg 1 hotel under mereka, Marriott Hotel di Bali. Bayaran sama RM75 1 malam utk hotel 5 bintang mcm ni. Harga online booking RM800 1 malam utk marriot bali tp aku rasa utk 2 hotel yg aku da pakai ni, berbaloi sangat2.... Guys, vacation club ni sgt berbaloi utk mereka yg pandai guna.... research aku, 80% vacation club kat malaysia ni adalah cina yg join. Sbb tu kalau hotel2 5 bintang kat KL ni kita tgok, melayu yg check in kt reception tu boleh kira pakai jari. Mostly Marriott,Hilton,four season atau lain2 brand 5 star hotel ni yg kita nampak kt reception adalah cina. Well said, pandai guna jadi sangat2 berbaloi... x pandai guna, akan complaint all the time. ( aku check in Anantara Hotel Phuket bulan 4 2019 utk seminggu. Nilai hotel ni utk 7 malam di booking.com RM42 ribu++ tapi aku hanya bayar seminggu RM524 SAHAJA.Bini aku keje Airlines, so aku sgt enjoy holiday sbb flight tiket ada 50% diskaun & hotel 5 star aku hanya perlu bayar RM500++ utk seminggu..!) :)
DeleteNi mesti salesman sgi hahaha
DeleteSetuju. Sure bhgn sale SGI.. hotel yg dicelotehkan pun bukannya banyak... Sy tgk yang ditulis oleh En Johan SGI (x apsti nam sbnr atau tak) hanya 7 hotel. Dlm list hotel overseas hanya 1 shj.. cakap mcm berpuluh² hotel di sesebuah negara. Australia pun x banyak nk pilih. Takkan nk ulang pegi negara yg sama.
Deletesaya xnak komen tentang org lain. tp from my side as SGIVC member, dah 5 tahun saya join. so far ok. 80% satisfy sbb saya da guna ke Gold Coast, Phuket dan Beijing. dah balik modal sbb saya pegi Tokyo sendiri pun Rm 12,000 hanya untuk hotel. jangan la expect kita bayar puluh ribu untuk VVIP service sbb 1 malam 1 bilik just RM80 sja sebenarnya. dah habis untung dah tu sbb g KL or Kuantan pun dapat bilik mahal yg rate RM 300. saya selalu mandi dkt Swiss Inn Sp, and jumpa member2 vacation club lain.. semua pun ok2 je. dalam blog smua mcm negative, tp jumpa depan2 xde la bnyk complaint sgt sbb dah guna dah pun.
ReplyDeleteAku da komen juga di blog2 lain.. aku just nak share pengalaman kau, yg x seberapa ni. Aku member kpd SGI VACATION CLUB since 2018 december skim kedua mereka. Sgt berbeza dri skim pertama.. sekarang semua booking bilik melalui online official website dorang. Dah x macam stail dlu2 nk booking kena call bagai patu x dpt. Skrng buat online booking kita sendiri dapat tgok calendar 12 bulan tros mana kosong mana penuh. Mostly mmg kosong dan xde masalah booking. Aku dah guna 2 hotel under timeshare exchange dorang "interval international". Anantara phuket seminggu. Bayar RM75 shaja 1 malam!! Harga booking.com/agoda RM3200 1 malam...! Minggu lepas baru guna lg 1 hotel under mereka, Marriott Hotel di Bali. Bayaran sama RM75 1 malam utk hotel 5 bintang mcm ni. Harga online booking RM800 1 malam utk marriot bali tp aku rasa utk 2 hotel yg aku da pakai ni, berbaloi sangat2.... Guys, vacation club ni sgt berbaloi utk mereka yg pandai guna.... research aku, 80% vacation club kat malaysia ni adalah cina yg join. Sbb tu kalau hotel2 5 bintang kat KL ni kita tgok, melayu yg check in kt reception tu boleh kira pakai jari. Mostly Marriott,Hilton,four season atau lain2 brand 5 star hotel ni yg kita nampak kt reception adalah cina. Well said, pandai guna jadi sangat2 berbaloi... x pandai guna, akan complaint all the time. ( aku check in Anantara Hotel Phuket bulan 4 2019 utk seminggu. Nilai hotel ni utk 7 malam di booking.com RM42 ribu++ tapi aku hanya bayar seminggu RM524 SAHAJA.Bini aku keje Airlines, so aku sgt enjoy holiday sbb flight tiket ada 50% diskaun & hotel 5 star aku hanya perlu bayar RM500++ utk seminggu..!) :)
ReplyDeleteSalam tuan, sehingga sekarang 2022 ada apa2 komen tentang pakej SGIVC yang tuan ambil? wife saya baru sahaja daftar dan untuk trial setahun ni dulu dah buat bayaran kredit kad RM5,252. saya nak tengok dahulu bagaimana pengurusan nya. pakej yang ambil setahun 7 malam. Mohon padangan dari tuan puan yang pernah ambil pakej ni..Rasa susah hati pula bila baru baca komen2 yang negetif dari byk pihak.
Deletependapat saya - macam menyesal jer ambil pakej ini..sebelum ambil punya manis mulut bagitau itu ini..sampaikan saya pernah tanya..klau booked hotel on pick hour, macam mana? so jawapannya ok saja..anytime boleh booked hotel sebb SGIVC memang dah reserve setiap hotel utk members even pick hour pun..so hari ini, saya baru 1st time nak book, ternyata hampa saja..date yg saya nak smuanya already full..but when i checked vis hotel's website, still availabe in that date...apa benda semua ini..rasa macam kena tipu jer...
Deletemula la rasa nak terminate ajer members..
Macam mane nak terminate ya SGIVC ni?
DeleteRasanya skrg SGI active balik selling this membership.. masa nk join cari gak info x byk info mcm elok je.. rupanya scam.. mmg tertipu package x munasabah rupanya tempat homebased 3 je .. sesiapa yg dia call utk dgr pls don't go.. if u go make you sure u record apa dia ckp.
DeleteYe lah... Betul apa ug u taip. Better record their words... Rugi i did not take that action time Johan tu membebel all.those things ttg SGI. Mujur Allah swf selamatkan sy just right in time. Sy dpt escape the mulut naga akhirnya. Plus sy x pakai CC. Syukur!
Deletesgivc is the great scammer of Msian people....
ReplyDeletePernah merasa tidur di SGI CLUB di Lumut.
ReplyDeleteBiliknya cantik, tapi belum fikir nak join membership lagi.
~ BCA | CA | A.M
lumut tiada hotel
DeleteGosh!... Scary bila tau. Masa dengar semua ada.. loc.overseas... they just manis mulut saja. Lega nya hati dot selamatkan diri
DeleteAku minat dgn sorg pekerja SGI punya telemarketer, terus sampai skarang dia tak berani call aku invite for membership. 😆
ReplyDeleteI'm selling my SGIVC Platinum Odd membership
ReplyDeleteTimeshare period: 2013-2042 (20 years left)
Entitlement: 14 nights every odd year
Price: 7K (discounted 50%)
Interested please email azman143@gmail.com
Thanks
Why are you selling ur memberships? What was the actual fee u have paid earlier on?
Deletetipu kuat sgi niii, management hanya pentingkan duit bukan member. member dijadikan bodoh saja. jangan masuk sama sekali
ReplyDeleteKalau nak vacation club ulang tempat yang sama selama 30 tahun boleh la ambil. Tu pun nak kena berebut booking. Dah la every year nak kena bayar maintenance fee lagi. Asyik penuh ja, ada 2-3 pilihan ja. Join dari 2003. Lepas dah nampak macam ngarut je terus terminate beberapa tahun yg lepas.
ReplyDeletesaya juga kena pancing dengan janji2 manis mereka, dah bayar first payment baru terfikir ish ish takan selama 15 tahun kita nak dok hotel pi mai tangtu je? bila tanya pakej hotel Jepun diam, pastu cuba alih perhatian ke hotel2 Bangkok yg entah pape. sampah!
ReplyDeletethis is latest. happen to me jugak... Kalau bukan scam apa namanya? Masa nk jual cakap lain bila dh jadi member semua story twist... masa offer tunjuk video lain dah jadi member baru tahu tu bukan dlm home-based..byk sgt penipuan.. x yah la caya apa yg di org ckp especially konon kene sign up hr ni jugak.. lebur duit. Everything on rush...konon boleh repurchase lepas jadi member nk repurchase kene bayar full dulu. Gila nk invest kat SGI yg xde keuntungan langsung.
ReplyDeleteSya pon dh jdi ahli , dh abis byr tpi kemudahan hotel mcm dh xmenarik. Nk dok kl hotel asik penuh jerkkk...ntahh..ape2 ntahhh...rasa nk let go jer mbrship...Anyone berminat huhuuu
ReplyDeletei am one of the members...DON'T join the SGI vacation club!!!...honestly truthfully the places they are giving is LIMITED and when you want to booked the places they have.... it is always full...its hard for you to booked the rooms unless you can plan for one year ahead planning vacation and quickly booked the date.....don't forget you have to pay the yearly maintenance fees which will increase every few years and Late Payment charges per month shall be imposed with daily rest on all outstanding!!!
ReplyDeleteif you want to make money or cover back the cost by giving the entitlement or selling to friends for a few night stay is troublesome as well due to the mostly full booking date.
that is true...management dont care
DeleteTrue. All the hotels are always fully booked during school holidays but when you checked through trivago it is actually still available. Prices of the rooms also much cheaper if book through trivago. SGI is a big scammer
Deletejangan percaya SGI, tiada bilik dan semua penuh. Nak booking pun susah. Lagi hanya kl, kuantan dan damai laut saja
ReplyDeleteAku pun one of the member jugak baru 1st year. Masa promosi kat hotel tu katanya boleh cuba dan bayar setahun dulu ( payment dibahagi kpd 3 tahun bayaran). Lepas setahun tu boleh decide sama ada nak sambung atau terminate. Skrg aku dah nak habis tempoh setahun, bila aku call nak terminate, katanya walaupun terminate,bayaran melalui credit card mesti kena bayar penuh juga 21k sebab bank dah bayar penuh kpd pihak sgi. Masa promote kat hotel tu tak ckp pun yg bank bayar penuh. Pemahaman kita bank akan bayar year by year bila kita decide nak sambung.
ReplyDeletePilihan hotel dahlah terhad. Asyik pusing ke situ jugak. Bercuti pun dlm keadaan terpaksa dgn kena apply cuti hari bekerja sebab nak duduk hotel habiskan WEEKDAYS entitlement night .
PERLU DIINGAT, SETAHUN CUMA BOLEH BOOK 14 MALAM JE TAU.
Nak book hotel pun kena sebulan atau lebih awal kena book, kalau tak mmg dah fully book.
Kalau nak duduk hotel selain yg dlm list, kena bayar tambahan, ya. So, SIAPA YG NAK DUDUK 4-5 HOTEL YG SAMA JE TIAP TAHUN, SELAMA 30 TAHUN PASTU BOLEH BOLEH VACATION UNTUK SETAHUN YG AKAN DTG, JOINLAH. SIAPA YG TAK NAK TERKENA, SAYA NASIHATKAN JGN JOIN.
Menyesal nanti.
KEPADA MEMBER2 SGIVC, KEPADA SIAPA KITA BOLEH BUAT ADUAN? PENIPUAN LICIK INI AKAN SENTIASA BERTERUSAN. MUNGKIN MANGSA SETERUSNYA IALAH SAHABAT2, JIRAN2 ATAU SAUDARA MARA KITA
ReplyDeleteJangan jadi mangsa, baca betul betul agreementnya sebelum join. Selepas join semua aduan tak guna dia akan tunjuk agreement yang u signed...
ReplyDeleteSAYA ADALAH MANGSA PENIPUAN DIAORG JUGAK. HARAP SEMUA BERHATI HATI SEMUA.MAJORITI ORANG MELAYU YANG TERKENA. KEBANYAKAN YANG PANDAI BERBOHONG NI ORANG INDIA. CINA SANGAT BERHATI HATI X MUDAH TERTIPU. WASPADA LH MULUT MANIS. SAYA DAH BERHABIS 11800. DAH MACAM MACAM AGENSI SAYA PERGI 1 PUN X BOLEH TOLONG. HADAP AJALH. BUKAN NYA ORANG SENANG PUN.
ReplyDeletejujur sy kata tak payah lah masuk club sgi ni ...sy menyesal tak sudah... dh muntah hotel yg dimalaysia, bila kita call knp susah nk booking di overseas .. cik kene booking awal... lahanat betul tu dah awal kut ... kate boleh jual... tapi kene carik buyer sendiri... bila kita cary forward leave ...dia kata dia tak terima email... way not buat je auto cary forward je ... kan lahanat tu... byr mahal... ade je alasan... diorang penipu betul.... SGI ni
ReplyDeleteSaya pun tertipu sbb nk booking penuh shj. Ingat dapatlah menginap kat swiss garden melaka tp bila dah jd ahli rupanya hotel lain 2 bintang kat melaka yg diberi. Sedih betul anak2 bilik hotel yg sgt kecil dan xde langsung kemudahan. Swimming pool pun xde.
ReplyDeleteSaya merupakan ahli platinum SGVC sejak 2003 yg mendapat 14 hari untuk selang setahun.
ReplyDeleteSaya membeli pada harga 10k ketika itu. Saya akui saya telah menggunakan kelayakan secara optima di mana saya telah bercuti ke Gold Coast( 2 apartment utk 7 hari) , Bali (4 malam)dan Bangkok (6 malam) menggunakan keahlian SGVC saya.
Jika di hitung kos keseluruhan di 3 negara tersebut telah melebihi kos yang dibayar (10k). Di Malaysia juga saya telah menginap hampir diseluruh homebase dan affiliated hotel( Swiss- hotel Damaj laut/ Kuantan / Sungai Petani/ Langkawi/ Cameron Highland secara berkala.
Walau bagaimanapun apabila akhir 2019 saya terlewat 9 hari membayar maintenance fees , saya telah mendapat E- Mail dari SGVC yang menamatkan membership saya secara tiba tiba. . Saya telah menalipon pihak HQ merayu untuk membuat bayaran dan sanggup membayar surcharge sekiranya perlu terapi tidak di layan. Memang saya berasa amat sedih memandangkan 2020 saya akan bersara dan telah merancang utk bercuti bersama suami dan ahli keluarga dgn lebih kerap terutama ke luar negara..
Pihak SGVC perlu lebih bertanggungjawab dalam mengendalikan kes kes sebegini dan tidak menganiayai ahli yang telah membayar ribuan Ringgit. . Mereka seharusnya menghubungi ahli secara menalipon atau e-mail bagi memaklumkan perkara ini.
Sekiranya ada ahli yang ingin menjual keahlian platinum Gold saya ( yg berbaki 10 tahun ) pada harga yang manaabah boleh hubungi saya. 012-5157494.
Memang penipu. Ada terma dan syarat yang mereka tak beritahu masa taklimat (cthnya annual maintenance fee). Bilik terhad, tak terurus, tv masih crt dan susah nak dapat bilik sebab selalu penuh. Tak perlu buang duit jadi member SGIVC. Kalau nak bercuti, booking jer direct dgn hotel/resort atau guna Trivago. Harap pihak kerajaan dapat ambil tindakan terhadap pihak SGIVC kerana menipu.
ReplyDelete