Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris- Buku Rujukan Dwibahasa
Buku Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris (MBBI)- Buku Rujukan Dwibahasa | BAssalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tak lama lagi, insya Allah, pelajar PISMP 2013 akan mula menerima surat posting untuk mengajar di sekolah. Tak lama lagi jugalah aku akan mula bergelar seorang guru Bahasa Inggeris yang sebenar. Bukan lagi guru pelatih macam masa aku buat praktikum di Sekolah Kebangsaan Melor dan Sekolah Kebangsaan Panji dulu. Antara persediaan aku untuk menjadi guru bahasa Inggeris yang bagus adalah mengimbau kembali ilmu bahasa Inggeris yang aku belajar selama ini. Salah satu perkara yang aku lakukan adalah mendapatkan buku rujukan dwibahasa bertajuk Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris atau lebih dikenali dengan nama Buku MBBI . Aku memang sudah lama berkenan dengan buku dwibahasa selepas menulis artikel tentang kelebihan penggunaan buku dwibahasa untuk pengajaran bahasa kedua . Buku ini akan sangat berguna untuk mengajar bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua Mal...