Tip Bedak Padat Tahan Lama, Tidak Merekah dan Bercapuk - Joliez Cosmetics Compact Powder

Tip Bedak Padat Tahan Lama Pada Wajah- Joliez Cosmetics Compact Powder | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Korang tahu tak yang bedak padat yang berkualiti boleh buat mekap korang nampak flawless. Bila mekapnya flawless, kita punya muka pun jadi lawa. Kalau yang lagi power, yang kusam pun boleh nampak gebu macam kulit bayi tau. Sebab tulah, jangan pilih mekap hentam keromo. Kang menyesal macam aku dulu. Sobbsss.

tip mekap tahan lama, joliez cosmetics, bedak pada joliez, joliez compact powder


Satu masalah dengan mekap, Tak Tahan Lama! Sakit hati betul kalau dia mula nampak cakey, nampak melekit. Paling haru kalau makin ke tengah hari, makin berminyak. Masa tu memang geli tengok diri sendiri. Muehehe. 

Tip Bedak Tahan Lama Berjam-jam Tanpa Merekah dan Bercapuk


Disebabkan kebaikan hati aku hari ni, aku nak share dengan korang tip untuk buat bedak korang tahan lama.
  1. Mulakan mekap dengan menggunakan toner, pelembap, serum dan minyak muka supaya kulit mendapat cukup kelembapan.
  2. Gunakan foundation untuk menutup cela pada wajah dan tekapkan foundation menggunakan beauty blender. Elakkan menarik foundation semasa meratakannya pada wajah. 
  3. Jika tidak menggunakan foundation, lembapkan span mekap terlebih dahulu sebelum mengenakan bedak pada wajah.
  4. Jika menggunakan berus, layangkan bedak pada hujung berus sahaja supaya foundation tidak bergerak dan kulit tidak berminyak. Foundation juga akan tahan lebih lama.
  5. Gunakan spray mekap untuk mengekalkan kelembapan kulit supaya mekap tidak merekah dan akan tahan lebih lama.
  6. Kalau berpeluh, tekapkan span bedak pada wajah. Jangan tarik span pada wajah kalau tak nak mekap jadi bergaris dan kulit muka cepat berkedut.


Compact Powder Joliez Cosmetics- Murah Tapi Berkualiti


Memperkenalkan JOLIEZ Cosmetics Compact Powder yang terbaru di pasaran. Bedak ini mampu menyamarkan noda pada kulit wajah dan menampakkan tekstur kulit kelihatan lebih halus,cerah dan mengurangkan efek berkilau akibat daripada wajah yang berminyak.


compact powder joliez, joliez compact powder, bedak padat joliez

Kod Warna Joliez Cosmetics Compact Powder


Bedak padat daripada Joliez Cosmetics didatangkan dengan 2 kod warna yang sangatlah cantik iaitu
  1. White Doll untuk kulit cerah
  2. Natural Beige untuk kulit sawo matang.
Bila ada pilihan warna macam ni, senanglah kita nak pilih warna yang sesuai dengan tona kulit muka kita ni. Tak delah jadi macam tahi cicak kalau muka terlebih putih, tangan tergelap. Ekekeke.


joliez cosmetics, bedak padat joliez, joliez compact powder

Kelebihan Joliez Compact Powder


Compact Powder Joliez Cosmetics mempunyai banyak kelebihan. Setiap kelebihan dia ni penting kalau kita nak hasil yang nampak flawless dan tak nampak macam pakai bedak lima hengget. Siap boleh lindung daripada sinaran bahaya Matahari lagi.

  • Mampu menyerap lebihan minyak pd wajah
  • Tekstur bedak yang ringan
  • Mengandungi uv protection
  • Memberikan hasil mekap yang halus tanpa kilauan 
  • Mekap yang sangat tahan lama
  • Boleh jadikan alas bedak atau bedak biasa
  • Boleh guna span lembab atau kering 

 Testimoni Pengguna Compact Powder Joliez Cosmetics


Compact Powder Joliez dah jadi pilihan ramai tau sebab bedak padat yang satu ni memang berkualiti dan buat wajah kita tampil cantik dan flawless. Jom tengok hasil mekap guna Joliez Compact Powder.




Dapatkan Bedak Padat Joliez Cosmetics Hari Ini



Harga Joliez Compact Powder adalah RM38. Sangat murah. Sangat berbaloi. Tambah-tambah lagi kalau untuk produk yang berkualiti macam ni tau. Jangan lupa singgah di Facebook Joliez Cosmetics untuk berita terkini dari hq. 

Ada live makeup tutorial oleh MUA hebat dorang share. Bolehlah korang belajar mekap lelawa di Facebook dorang nanti. Kalau dah tak sabar sangat, hubungi nombor Whatsapp 0139635343/0196315442 untuk menempah. compact powder Jolies Cosmetics ni. 

Call dan order terus. Esok lusa sampai depan pintu. Bestnya!

ps- dorang ada jual soft lip matte jugak tau. berdebar-debar hati bila tengok warna lip cream cecantik gitu. T_T

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus