Pengalaman Pertama Bersalin- You Cannot Change The Past, but You Can Learn From Them
Pengalaman Pertama Bersalin- You Cannot Change The Past, but You Can Learn From It | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Anak aku si Nazhan dah selamat dicucuk untuk check up 3 bulan, baru tergerak hati nak buat blogpost pasal pengalaman bersalin anak pertama. Menangis juga anak laki aku tu kena cucuk time tengah tidur. Alhamdulillah, Nazhan bukan jenis yang demam lepas kena cucuk. Dia cuma akan bangun lebih sikit waktu malam, mungkin sebab tak selesa so dia menyusu lebih. Susu tu menyenangkan bagi dia kot. Selamat datang ke dunia wahai penghuni syurga. Pengalaman pertama melahirkan anak ini aku gredkan B. Insya Allah, untuk anak seterusnya, aku A kan dia. Prinsip aku buat masa sekarang; there is always a big room for improvement. Husnudzon mode on. Kronologi Bersalin Anak Pertama 17 Ogos 2017- Aku pergi hospital untuk checkup suggested by KK Selising sebab terdapat bakteria GBS di laluan untuk melahirkan, sejenis bakteria yang boleh mengancam baby walaupun ta...